CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

DAP cadang Akta Ibukota Persekutuan 1960 dipinda. "Adalah sangat penting bagi Kerajaan Madani untuk meminda akta berkenaan" - Teresa Kok

15-10-2024 10:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20657| Komen: 12

  


KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan meminda Akta Ibukota Persekutuan 1960 bagi membolehkan Ahli Majlis dilantik sama seperti dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara.

Naib Presiden DAP, Teresa Kok berkata, akta yang diguna pakai oleh Kuala Lumpur tidak sama seperti PBT dan sebab itu Ahli Majlis tidak boleh dilantik di wilayah berkenaan.

"Semua PBT di seluruh negara adalah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, tetapi disebabkan Kuala Lumpur adalah sebuah ibu kota jadi akta yang ditadbir adalah Akta Ibukota.

"Jika dibandingkan dengan kandungan kedua-dua akta berkenaan, memang tiada pelantikan jawatan Ahli Majlis seperti termaktub dalam Akta Ibukota.

"Adalah sangat penting bagi Kerajaan Madani untuk meminda akta berkenaan supaya Kuala Lumpur akan sama seperti semua PBT di seluruh negara," katanya dalam sidang media sempena Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024, hari ini.


Sebelum ini, Pengerusi DAP Negeri Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai dalam ucapan aluannya sempena konvensyen itu berkata, parti itu bersama rakan dalam Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha mencadangkan reformasi dengan melaksanakan sistem pelantikan Ahli Majlis untuk Kuala Lumpur seperti diamalkan oleh PBT.


Beliau berkata, langkah itu mampu memperkasakan demokrasi tempatan dan membawa sistem pentadbiran Kuala Lumpur ke arah pilihan raya Kerajaan Tempatan.

Mengulas perkara yang sama, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata ia adalah satu perkara yang baik.

"Kami memahami bahawa sentimen dan realiti politik untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan kerana ia pastinya mendapat tentangan daripada banyak pihak.

"Ketika ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya mempunyai Lembaga Penasihat dan bukannya Ahli Majlis dilantik. Dalam PBT, terdapat Ahli Majlis dilantik dan ia bertanggungjawab dalam setiap keputusan dibuat.

"Saya rasa sebagai langkah pertama, sistem pelantikan ini boleh digunakan, dan akhirnya matlamat utama kita adalah untuk mengadakan pilihan raya majlis tempatan, sambil mengambil kira beberapa kekangan yang ada ketika ini.

"Ini mungkin satu pendekatan progresif yang boleh dipertimbangkan. Sudah tentu, kita perlu membawanya ke Majlis Pakatan Harapan untuk pertimbangan sebelum dibawa ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sumber : BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kiahlemau 15-10-2024 10:55 PM
Edited by Kiahlemau at 15-10-2024 11:02 PM

Tiber ah so ni nk suruh pinda..mesti ada sebab kan
Quote kakikuDibibirmu 15-10-2024 10:57 PM
PBT skidibidi bom bom bom yes yes yes yes
Quote Isninselasarabu 15-10-2024 11:06 PM
Die nk letak geng cine bukit lah tu..dasar komunis tak gune
Quote miss_white 15-10-2024 11:10 PM

Beruk baru nk merasa jd kerajaan
Quote Skuau 15-10-2024 11:26 PM
Edited by Skuau at 16-10-2024 12:11 AM

Kenapa lu olang semua marah..u olang jugak tolong kita 'masuk' gomen maaa.. sindili makan manyak belacan..sindili talak ingat- Ah So Lor
Quote Skuau 15-10-2024 11:29 PM
miss_white replied at 15-10-2024 11:10 PM
Beruk baru nk merasa jd kerajaan

kita mau niaga lumah ulut sikalang manyak susah..lor..manyak susah mau angkat lesen....
Quote Farnor 16-10-2024 01:27 AM
oo faham..korang nak lantik salah satu menteri korang kan jd pm..lpas pmx..sorry tak nak..
Quote Dovahkiin 16-10-2024 05:40 AM
Sikit2 dia tarah. Nasib la korang, aku pun hidup x lama da. Da nak sampai usia senja.
Quote Firenzza 16-10-2024 06:12 AM
Banyak lagi akta yg nuart kena pinda tp utk kepentingan geng2 dapig je la......
Quote Thunderclouds 16-10-2024 06:29 AM
Teresa seorang yg teliti..
Sudah tentu skibidi bidi bom bom bom yes yes yes
Quote lostnfaun 16-10-2024 07:41 AM
Pandai dia nak seragam kan dengan akta PBT. Kalau dah seragam seronok la orang politik, semua berlumba nak jadi Ketua Whip & ahli majlis. Manyak masyuk oooo....
Quote pokokmeranti 16-10-2024 07:48 AM
mana mungkin saja2 dipinda sekiranya tidak memberi kelebihan kepada mereka.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.033063 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top