CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ajal pergi ke tandas ketika Subuh, lelaki maut dibaham harimau di Gerik

16-10-2024 08:58 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10904| Komen: 14

 


SEORANG lelaki maut dipercayai dibaham harimau dalam satu kejadian di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Kelantan pada Selasa.

Mayat lelaki warga tempatan berusia 54 tahun itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri warga Thailand.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejadian serangan harimau itu dipercayai berlaku antara pukul 5 ke 6 pagi ketika mangsa yang juga operator pengendali jentera berat di kawasan tersebut sedang pergi ke tandas.
 
Katanya, isteri mangsa mendakwa telah terdengar bunyi ngauman harimau dan sebaik sahaja pintu rumah kongsi tersebut dibuka, dia melihat suaminya diseret haiwan liar itu ke arah semak.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Bersia dibantu pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik serta 10 anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.



Tambah beliau lagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan telah berjaya menemukan mangsa sekitar pukul 12 tengah hari dengan kecederaan parah pada bahagian kaki kiri dan leher.

"Pemeriksaan lanjut ke atas lelaki itu mendapati mangsa telah pun meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk bedah siasat dan kes diklafikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya. 


Sumber — Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tri-max 16-10-2024 09:08 AM
seram ni, bukak2 pintu je pak belang da tunggu
kalau cik ponti tunggu ok lagi
pak belang ni bengang kot tempat cari makan dia da makin pupus
dia kokak je yg mana dapat
Quote liyamariska 16-10-2024 09:13 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ
Quote BawangCaramel 16-10-2024 09:17 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote white_musk 16-10-2024 10:08 AM
tri-max replied at 16-10-2024 09:08 AM
seram ni, bukak2 pintu je pak belang da tunggu
kalau cik ponti tunggu ok lagi
pak belang ni bengang  ...

Patut kokak pemberi dan penerima reswah
Quote zamnie 16-10-2024 10:09 AM
Innalillahiwainnailaihirojiun
Quote ketambangkang 16-10-2024 10:39 AM
hutan tebal ye area tu? kwsn tu cik jah pon byk kan
Quote nuralisa 16-10-2024 10:55 AM
rimau tu dah rasa daging manusia ... sedapppp...
betul ke mitos tu?
Quote ifanonline 16-10-2024 10:59 AM
itu baru harimau...belum lagi werewolf...

orang minyak suka tengok wanita mandi telanjang
Quote naina 16-10-2024 11:06 AM
Edited by naina at 16-10-2024 03:14 PM

Kokak leher dengan kaki kiri je
Rimau tu tak makan banyak plak eh
Quote Jikookie 16-10-2024 11:09 AM
Allahu. Kesiannya. Mesti wife dia trauma tgk laki kena heret depan mata
Quote manop 16-10-2024 11:24 AM
naina replied at 16-10-2024 11:06 AM
Kokak leher dengan kaki kiri je
Rimau tu makan banyak plak eh

kalau gigit mcm ni dia marah bukan lapar.
area ni byk harimau kena bunuh pemburuan haram....
rimau balas dendam...
Quote pokokmeranti 16-10-2024 12:02 PM
semoga syurga tempat beliau.
Quote fanaz82 16-10-2024 01:51 PM
aku ingat gerik ada gajah je, pak belang pn ada rupanya.
Quote tahanie 16-10-2024 08:39 PM
fanaz82: aku ingat gerik ada gajah je,  ...



Ada. Boleh try google berita lelaki selamat dari pak belang attack kat royal belum. Parut besar kat muka/kepala

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.053018 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top