CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Didi rimas dicop tiru Bella Astillah, sedar ramai tak suka tinggalkan dunia pramugari - “Sebenarnya saya seorang introvert"

16-10-2024 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12788| Komen: 87

 


PELAKON Didi Astillah, 27, atau nama sebenarnya, Dayang Nazilah Awang Astillah akui agak rimas apabila kerap dilabel cuba meniru karier dan reputasi kakaknya, Bella Astillah.

Dikatakan terlampau dibayangi populariti Bella selaku artis kesayangan ramai, kehadiran Didi yang terjun dari bidang pramugari ke dunia hiburan kurang disenangi segelintir pihak.

“Saya mulanya sebagai pramugari tapi kakak yang tarik saya ke dalam industri sejak kecil lagi dan kita saling membantu dalam industri.

“Sebenarnya saya seorang introvert, beza dengan Bella yang lebih mesra, tapi dia sering cakap yang saya ada bakat cumanya saya sukakan kelainan.

“Sebelum ni pun saya merupakan seorang pramugari, baru je berhenti dan cuba terjun dunia hiburan sebagai penyanyi, jadi saya suka mencuba,” katanya pada sidang media konsert ‘A Night With Sumandak Stars’ di Temu Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.


Dalam pada itu, Didi bersama kakaknya bakal menghiburkan peminatnya menerusi konsert tersebut yang dijadual berlangsung pada 30 November di Zepp, Kuala Lumpur.


Membariskan beberapa artis kelahiran Sabah dan Sarawak, beberapa lagi penyanyi tersohor negara turut terlibat dalam konsert berkenaan antaranya Wani Kayrie, Nikki Palikat, Stacy dan Marsha Milan.

Merupakan pengalaman kali pertama menyanyi di pentas sebesar itu, Didi menganggap ia sebagai permulaan baik buat dirinya yang sememangnya memasang impian untuk pergi jauh dalam bidang nyanyian. 

Sumber — Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awenda507 16-10-2024 12:57 PM
Dia ni mmg penyanyi ke?
Quote fanaz82 16-10-2024 01:47 PM
aku kenal dia sebagai kak didi dalam program kanak2 tv2 je
Quote dewi_rina 16-10-2024 01:53 PM
Kakak kot pn tiru tokti dan terpaling selena gomeh
Quote jihah_kudat 16-10-2024 01:53 PM
she try hard nak menyeksi maybe nak jadi the next lmk tapi tula tetap org kenal sebab adik bella adik ipar alep..sebab kalo dari segi rupa she patut oustanding dari kakak dia..tapi ok la tu berkat nama kakak dapat la satu stage dgn stacy and marsha kalo tak haruslah who are you..
Quote bottompro 16-10-2024 02:05 PM
Sek2 muka peniaga jumpa dkt pasar filipin.  Muka gomen. No x factor. Sendurina
Quote ketambangkang 16-10-2024 02:10 PM
kenal dia waktu dia bercinta ngn harris alif laki intan ladyana skrg
Quote fadz84 16-10-2024 02:27 PM
Bukan baru last year ke dia join jd cabin crew Batik Airlines?
Quote missyL 16-10-2024 02:29 PM
Mekap cmnie lawa dlm gmbr yg amek sendiri je.
Huks. Bile org amek nampak pelik
Shading kemain ko
Quote royaldanish 16-10-2024 02:34 PM
good luck la dik...
kalau x famous gak bole balik sabah jual ikan bisi di pasar pelipin sanaaaa
Quote aciksenah 16-10-2024 02:45 PM
Mak aiii..tebalnya shading..lemak bawah dagu tu sampai jadi coklet mcm tu ye....
Quote akuHavocczz 16-10-2024 02:51 PM
Ni bukan sahaja tibaiunta tetapi juga tibai kisah rumah tangga kakak untuk kekal relevan
Quote pembacagosip 16-10-2024 02:52 PM
tapi bella pun suara x sedap
berlakon kayu

sorry tau peminat bella

didi berlakon ok lagi best dia berlakon ngn didi alias mak dia dalam sembang jarak jauhtapi didi nyanyi pun hausssssss
Quote ihtisyam1 16-10-2024 03:01 PM
"populariti Bella selaku artis kesayangan ramai"  ayat tak menahan.... aku tak minat
Quote anilanil 16-10-2024 03:21 PM
Kelakar pulok nengok shading hidung dak didi ni. Buat kantoi ar cameraman...
Quote brainbiru 16-10-2024 03:40 PM
Gedik nya yg blkg tu
[youtube]YIluH6aEtLQ?si=zpyIw8RlAFXGwjQv[/youtube]
Quote n3ar 16-10-2024 03:41 PM
kalau orang betul introvert takde nak jadi pelakon penyanyi, siap pakai seksi tunjuk bahu tunjuk body...
Quote pocongkiutss 16-10-2024 03:42 PM
ketambangkang replied at 16-10-2024 02:10 PM
kenal dia waktu dia bercinta ngn harris alif laki intan ladyana skrg

La..bila pulak tu
Quote pocongkiutss 16-10-2024 03:42 PM
n3ar replied at 16-10-2024 03:41 PM
kalau orang betul introvert takde nak jadi pelakon penyanyi, siap pakai seksi tunjuk bahu tunjuk bod ...

Bagaimana pula dgn patah amon?
Quote brainbiru 16-10-2024 03:43 PM
ihtisyam1 replied at 16-10-2024 03:01 PM
"populariti Bella selaku artis kesayangan ramai"  ayat tak menahan.... aku tak minat

Ewwww perasannya.  Masa kes bella tgh hot, dia kata "sy mewakli netizen" lorrr, ko ingat semua syg kakak kau ke? Oh lupa presiden kata 1malaysia sayang Bella.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.076320 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top