CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rita Sosilawati Pilu Kenang Kematian Tragis Arwah Ibu – ‘Kami Tak Buat Pusara Sebab Tak Ada Jasad’

16-10-2024 09:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11739| Komen: 34

 


Usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan kes pembunuhan ibunya Datuk Sosilawati Lawiya yang berlaku 14 tahun lalu.

Menerusi temu bual bersama radio Kool 101, Rita atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari berkata, sejak kejadian tersebut berlaku, sambutan bulan Ramadan dan Syawal dia dan keluarga tidak sama lagi.


"Setiap kali Ramadan dan sambutan hari raya, kami tak gembira macam orang lain. Orang lain ada mak."

"Sebab kejadian itu berlaku semasa bulan puasa.'

Menurut usahawan berusia 39 tahun itu, paling menyayat hati adalah arwah ibunya tidak dapat disemadikan seperti jenazah Muslim yang lain berikutan tiada jasad yang ditemui.


Namun, sebagai anak dia tetap mendoakan ibunya meskipun arwah meninggal dunia di dalam keadaan yang sangat tragis.

"Sudah semestinya saya sedih. Lagi-lagi bila tak ada pusara, kami memang tak buat pusara sebab dia tak ada jasad."

"Kes ini jarang berlaku dan satu dalam sejuta, ia berlaku kepada saya. Bila tak ada badan atau jasad ia adalah kes paling ‘rare’. Sampai sekarang tak ada kubur."

"Bagi saya doa sahaja yang penting. Doa seorang anak tak ada hijab untuk mak."

Dalam pada itu, Rita akui turut terkesan dengan berita pembunuhan kejam yang berlaku di dalam negara.

"Apabila melibatkan ibu bapa, saya rasa bukan saya sahaja tak boleh (melihat berita pembunuhan), semua orang begitu."

"Jadi bagi saya, apabila saya saya mendengar tentang berita seperti itu saya akan berdoa. Ya Allah berilah kekuatan kepada dia (waris mangsa) sebab saya tahu macam mana perasaan itu."

Imbas kembali, pengasas produk kosmetik Nouvelle Visage tersebut bersama tiga lagi individu iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin dilaporkan hilang sebelum disahkan telah dibunuh pada September 2010.

Mereka dibunuh dengan kejam di Morib, Selangor, kemudian mayat mereka telah dibuang dan dibakar di dalam ladang ternakan ayam.

Sumber: TikTok Kool 101, Oh Bulan

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 16-10-2024 09:31 AM
Kesian keluarga ni.
Kematian si ibu sangat tragis
Quote prince_marhaen 16-10-2024 09:52 AM
Kesian, jangan kata dia, sebagai anak, meols yang terkejut dengan kes ni pun selalu triggered, dan meols macam paranoid pulak bila tengok founder2 kosmetik, especially yang dok tayang2 mewah2, hidup lavish, meols ada mindset yang diorang ni tak takut ke ehh?? cthnya, kuputihkuputih yang knowing she actually surrounded by 'kaum lain' punya circle of 'bussiness', menakutkan ye kalau ada hal jadi...
Quote Thunderclouds 16-10-2024 10:17 AM
Soalan seriyus.
Tader jasad mmg xleh wat kubur ka?
Quote nazzse 16-10-2024 10:37 AM
Thunderclouds replied at 16-10-2024 02:17 AM
Soalan seriyus.
Tader jasad mmg xleh wat kubur ka?

buat kubur pun takda makna. Lot tu boleh guna tanam orang lain,tanah wakaf kan. tak boleh nak selfish
Quote imthegirl 16-10-2024 10:37 AM
Meninggal bulan puasa / dekat raya memang tinggal kesan ye. Macam meols, orang terdekat meninggal dlm waktu puasa. Bertahun tak lalu nk sambut raya.

Dengar takbir raya pon meols tak lalu
Quote naina 16-10-2024 10:38 AM
Tapi kan ada tulang temulang..tak leh ke tanam buat kubur jugak..
Quote naina 16-10-2024 10:40 AM
prince_marhaen replied at 16-10-2024 09:52 AM
Kesian, jangan kata dia, sebagai anak, meols yang terkejut dengan kes ni pun selalu triggered, dan m ...

Ye Noks ntah kenapa iols teringat Vida bila kes ni naik. Vida pun lavish masyaAllah lepastu dia  ramai haters muka dan badan pun hampir sama..
Quote Thunderclouds 16-10-2024 10:51 AM
nazzse replied at 16-10-2024 10:37 AM
buat kubur pun takda makna. Lot tu boleh guna tanam orang lain,tanah wakaf kan. tak boleh nak self ...

Okeh
Make sense.
Tq.
Quote Purplehaz 16-10-2024 12:18 PM
Dah la culik dibunuh, pastu dibakar habis hancur dibuang kat sungai.
X silapbaca dibakar berlapis dgn zink ker kayu camtu, pastu tmpt tu di tabur kunyit konon nk halau roh org yg mati..saksi yg nampak api kat ladang. Tragis sungguh 4 org sekaligus
Quote Purplehaz 16-10-2024 12:19 PM
Semoga Roh arwah arwah ni diampuni dosa dan diberi RahmatNya . Aminn
Quote Straya 16-10-2024 12:50 PM
naina: Tapi kan ada tulang temulang.. ...


Tulang2 pun dah bersepai agaknya. Jadi serbuk & dah campur dengan individu lain,susah nak asing
Quote fanaz82 16-10-2024 01:48 PM
kejam betul pembunuh tu..memang xnak tinggalkan bukti, mujurlah polis malaysia ni kira bijak jgk
Quote missyL 16-10-2024 02:25 PM
Dah hukum gantung ke semua..
Sedih nye.
Lg plk mak die taraf cm celerity.
Xnk igt pn Kadang2 org lain buat article lah ape lah.
Quote missyL 16-10-2024 02:25 PM
Purplehaz replied at 16-10-2024 12:18 PM
Dah la culik dibunuh, pastu dibakar habis hancur dibuang kat sungai.
X silapbaca dibakar berlapis d ...

Tragis nye kan
Quote Ai_kiu 16-10-2024 02:30 PM
Purplehaz replied at 16-10-2024 12:18 PM
Dah la culik dibunuh, pastu dibakar habis hancur dibuang kat sungai.
X silapbaca dibakar berlapis d ...


Wow.. ai baru tahu pasal tabur serbuk kunyit but for real?...
Ai xnk komen rasis since yg bunuh tu india & serbuk kunyit utk halau roh org yg mati? Selepas engko bunuh org itu?
Siriyes la...
Quote noor2 16-10-2024 02:43 PM
Kesian sgt pada semua yg dibunuh....
Quote NazRysha 16-10-2024 02:52 PM
paling kesian kat driver
Quote tipah89 16-10-2024 03:13 PM
kes pembunuhan ni memang antara yg paling tragis n kejam me oll baca, jadik kt malaysia ni. lagi2 melibatkan orang xbersalah like the driver, banker & lawyer tu. Arwah sosilawati tu lagilah dah kena aniaya kena bunuh n bakar..
Quote matamata 16-10-2024 03:14 PM
Kena hack dgn cangkul dari belakang kan?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.032042 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top