Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial berkaitan berita penceraian rumah tangga dalam kalangan artis seperti Fattah Amin dan Fazura, Nora Danish dan Nedim, Emma Maembong dan Shazli serta beberapa pasangan selebriti lain. Perpisahan antara pelakon Fattah dan Fazura memberi kesan yang mendalam buat para peminat yang mengharapkan mereka bersatu semula selepas bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu. Malah, ramai yang meminta aktor Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin dan semua lelaki yang bergelar suami untuk mencontohi pelakon Farid Kamil dalam mempertahankan rumah tangga ketika dilanda konflik.
Menerusi sebuah video tular di laman TikTok, netizen mengimbau semula kes penceraian antara Farid dengan isterinya, Diana Danielle yang berpisah pada 10 Ogos tahun lalu. Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat usaha Farid untuk memikat semula hati isterinya seperti membawa sejambak bunga ros dan sebentuk cincin di Mahkamah Syariah Subang Bestari. Usaha pelakon Anwar, The Untold Story itu dalam menyelamatkan rumah tangganya telah dikagumi netizen kerana Farid sanggup mengetepikan egonya untuk isteri tersayang. Hasilnya, Farid dan Diana kembali rujuk semula pada 31 Ogos 2023 selepas berdepan dengan pelbagai ujian. Dalam pada itu, ramai harapkan Fattah dapat memujuk semula hati bekas isterinya, Nur Fazura yang kini menjalani tempoh iddah demi kebaikan dan kebahagiaan keluarga. Sumber: TikTok @dianagjimxi, Oh Media |
pocongkiutss replied at 17-10-2024 12:36 AM
Bukan katanya dh nk cer balik?
zuriey replied at 17-10-2024 08:12 AM
Tak tau la kalau pajura berlendir tgk abdul time2 eddah ni..
zuriey replied at 17-10-2024 08:12 AM
Tak tau la kalau pajura berlendir tgk abdul time2 eddah ni..
ezacbee replied at 17-10-2024 08:18 AM
Acik2 klo jumpa laki hensem semua sanggup.. Biawak pun ok. Walaupun jiwa terseksa, asal sedap mata m ...
babyLON. replied at 17-10-2024 08:37 AM
FK masih sayang..yg sorang tu kelihatan seperti dah tak sayang bekas isteri.
ADVERTISEMENT