CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Christie Syukur Berjaya Beli Kereta Kedua Jenama Jaecoo Di Usia 24 Tahun, Harga Cecah RM150,000

16-10-2024 11:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 30301| Komen: 14

 


Pelakon Amelia Christie Lim meluahkan rasa gembira dan teruja apabila akhirnya berjaya membeli sebuah kereta jenama Jaecoo pada usianya 24 tahun.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Amelia sudah bersedia untuk mengambil keretanya di ‘showroom’ Jaecoo.


"Alhamdulillah, bersedia untuk mencipta kenangan bersama ‘the new beast’."

Sementara di ruangan kapsyen, pelakon drama siri Histeria The Series itu meluahkan rasa syukur kerana urusan pembelian kereta keduanya itu dipermudahkan.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian pelakon Sharnaaz yang mengucapkan tahniah kepada bekas teman wanitanya itu atas pencapaiannya.


"Tahniah, awak berhak mendapatkan itu atas usaha keras awak selama ini."

Difahamkan, kereta tersebut mencecah harga RM150,000.

Sumber: TikTok Amelia Lim, Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 17-10-2024 12:40 AM
Br nmpk kete ni kt IPC

Btw rumah dh beli belum dek?
Quote jalfa 17-10-2024 12:53 AM
So rumours kena debik tu tak betul la ye...tahniah dek
Quote fanaz82 17-10-2024 08:47 AM
jaecoo ni brand apa?
Quote areyam 17-10-2024 08:48 AM
best ke Jaecoo ni? mula banyak nampak atas jalan
Quote hijau_serindit 17-10-2024 09:00 AM
haritu ada pegi test drive kete ni. kereta luas, selesa cuma enjin dia xsmooth sgt & bunyi kasar. tp mungkin sebab dah ramai yg lenjan, so enjin dia jadi begitu... mungkin,, dia punya market segment sama dgn CRV.
Quote hijau_serindit 17-10-2024 09:01 AM

brand dari China, bawah Cherry.
Quote lightheaded67 17-10-2024 09:57 AM
Edited by lightheaded67 at 17-10-2024 10:16 AM

dilit lah. ongtua kata awal awal, jgn tegur, nnti improvement tak long term hashtag acikkampong hashtag dourbestgirl
Quote imransulaiman 17-10-2024 10:24 AM
Brand Jaecoo ni ada dalam wishlist saya untuk next car. Tunggu habis loan kereta sekarang ni dulu. Atau nak trade in kalau berbaloi..
Quote nisako 17-10-2024 11:27 AM
nak buat pe smapi 2 kereta oii rumah dah beli?
Quote kukukatablog 17-10-2024 04:57 PM
murah ea jaecoo ni ingat 300k
teringat nama adik Giant
Quote tahanie 17-10-2024 05:07 PM
Iklan ke ni
Quote virgo19 17-10-2024 05:10 PM
Buat apa la anak dara beli sampai dua kereta, sapa je yg nak pakai, membazir je.. simpan la duit tu utk masa depan.. gitu mak2 membebel
Quote anilanil 17-10-2024 08:15 PM
Amboi sampai 2 biji dik amelia beli nak buat e hailing ke? Rumah dah ada kot dapat rumah pusaka drpd parents.
Quote fefeeling 17-10-2024 10:02 PM
Stylo gak kete ni aku pun berkenan masa dulu tgk org review.. bg org ramai pakai dulu kita jd cctv tgk apa2 isu dgn kete tu leh kita masuk research siap2

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.039123 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top