Dilabel sebagai duda terhangat Malaysia, pelakon sensasi Fattah Amin hanya mampu menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong setianya. Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkata, dia sebenarnya tidak selesa memberikan sebarang komen mengenai julukan yang diberikan kepadanya selepas berpisah dengan aktres Fazura. “Saya sebenarnya tak mahu komen. Namun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya. “Tanpa mereka siapalah saya. Saya berdiri di sini hari ini pun sebab mereka. Saya bersyukur,” katanya sewaktu ditemui pada tayangan perdana filem dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years. Fattah hadir ke acara itu sebagai tanda sokongan terhadap bintang terkenal indonesia, Datuk Seri Rossa. Sewaktu Fattah melewati karpet merah, ratusan peminat bagaikan terkena histeria berteriak memanggil namanya.
Diminta mengulas mengenai kelab peminatnya iaitu The FA Team yang kembali aktif selepas enam tahun dibubarkan, Fattah berkata, dia bersyukur kerana selama ini pengikut menyokongnya dalam diam. “Mereka sebenarnya sentiasa ada. Cuma mungkin sebelum ini mereka berdiam diri. “Saya pun tak sangka mereka tiba-tiba kembali aktif dan menyokong saya,” ujarnya. Terdahulu, nama Fattah kembali menjadi fenomena selepas bergelar duda pada 7 Oktober lalu. Ramai netizen dan rakan selebriti bersimpati dengan nasib yang menimpa dirinya malah tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat Sumber:– KOSMO! ONLINE |
Buritan replied at 17-10-2024 08:02 AM
Hensem beno ke pun patah ni.. aku tgk mmg lee hensem tp idaklee aku sampai histeria pecah obari peca ...
zuriey replied at 17-10-2024 08:09 AM
Handsome apa mcm budak lembam je aku tgk
Bila buka mulut lagi npk lembam
___ replied at 17-10-2024 08:24 AM
Dewasayu mendonia
DeLuna85 replied at 17-10-2024 08:16 AM
Muka dia mcm muka sorang content creator yg laki bini suka makan tu. Yg duduk tiny house. Yang makin ...
makcun14 replied at 17-10-2024 08:11 AM
“Saya pun tak sangka mereka tiba-tiba kembali aktif dan menyokong saya,” ujarnya
ko tunggu la be ...
MadameOnion replied at 17-10-2024 08:46 AM
abdol ni sesuai kawen dgn pompuan2 kampung tudung sarung labuh dgn jubah sepasang tu dok ulang2 je ...
MadameOnion replied at 17-10-2024 08:46 AM
abdol ni sesuai kawen dgn pompuan2 kampung tudung sarung labuh dgn jubah sepasang tu dok ulang2 je ...
ADVERTISEMENT