CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tawaran RM33,000 jika pulangkan iPhone 15 Pro Max hilang - “Telefon itu mempunyai nilai sentimental yang besar"

17-10-2024 08:02 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12891| Komen: 11

 


SINGAPURA – Seorang lelaki menawarkan ganjaran sebanyak SG$10,000 (RM33,000) kepada individu yang memulangkan telefon bimbit iPhone milik isterinya yang hilang, lapor laman berita Stomp hari ini.

Dia membuat rayuan itu di Facebook dengan menyatakan bahawa iPhone 15 Pro Max berwarna putih tersebut hilang di dalam tandas pusat beli-belah Ion Orchard semalam.

Lelaki tersebut, Joseph Phua berkata, telefon bimbit itu menyimpan gambar keluarganya.

“Telefon itu mempunyai nilai sentimental yang besar buat kami.

“Telefon itu telah dikunci dari jauh dan nombor Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI) telah dilaporkan kepada polis. 

“Jika percubaan dibuat untuk menjual telefon itu di mana-mana, polis akan dimaklumkan dan ia boleh  dikesan.” – AGENSI

Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Acik2kepam 17-10-2024 08:08 AM
Gambar tak back up dlm icloud ke
Quote Thunderclouds 17-10-2024 08:42 AM
Hada kt X sorg pompuan tu update keberadaan ipong dia yg kne kidnep waktu bckpek di yurop. Dh jln² smpai spain lepas setaon blalu. Aku pn igt² lupa.
Quote lostnfaun 17-10-2024 08:46 AM
Ada mcm2 'gambar' & 'video' ke?
Quote jazaa100 17-10-2024 09:06 AM
Iphone bkn blh trace di mana keberadaannya ke?
Quote Jikookie 17-10-2024 09:52 AM
Tak back up kat iCloud kah?
Quote imransulaiman 17-10-2024 10:21 AM
jazaa100: Iphone bkn blh trace di mana k ...

Kalau tak dalam keadaan switch on tak dapat detect rasanya..

#pengguna android
Quote nuralisa 17-10-2024 10:29 AM
lostnfaun replied at 17-10-2024 08:46 AM
Ada mcm2 'gambar' & 'video' ke?

kann.. tu yg gelabah .. sampai nak bg 33k..
Quote shamsadis 17-10-2024 11:03 AM
something dia simpan dalam phone la tu
Quote Firenzza 17-10-2024 12:28 PM
Silap2 hb lps pulang terus hantar ke balai caj mencuri.....spork ni bkn blh caye sgt
Quote najib888 17-10-2024 12:49 PM
sentimental konon.. ke ada video orgy, swings..
done sangka buruk, hati berkeladak dan galau bak I.am.PH

p/s; mana pi Ayam PH ni ye? 2018 gigih promote PH siap post pic bercuti dengan teman2 di Cameron Highlands
Quote renko 17-10-2024 01:12 PM
ada la tu pape sbb tu gelupur
setakat sentimental
ipong 15 pun baru setahun je

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.046652 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top