CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Pintu misteri’ ditemui di Antartika kini menjadi topik teori konspirasi di internet

17-10-2024 08:06 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13215| Komen: 12



LONDON – Satu ‘pintu misteri’ ditemui di Antartika, bahagian tenggara pos penyelidikan Stesen Showa yang dikendalikan oleh Jepun, lapor portal berita MailOnline semalam. 

Pengguna-pengguna bermata tajam melihat ‘pintu’ itu yang kini menjadi topik teori konspirasi di internet.

Terdapat beberapa spekulasi bahawa ia adalah rumah percutian Bigfoot atau tempat pesawat angkasa lepas yang berulang-alik seperti dalam filem ‘Star Trek’.

Seorang pengguna platform Reddit yang melihat struktur itu memberikan komen: “Pintu besar di Antartika?”

“Mungkin ia hanya pintu (pesawat) Boeing yang diterbangkan,” tulis seorang netizen lain.

Dia merujuk kepada nahas udara yang berlaku melibatkan sebuah pesawat Boeing pada Januari lalu.

Mengulas mengenai penemuan tersebut, Pakar Glasiologi di Universiti Newcastle, Profesor Bethan Davies berkata: “Ia adalah gunung ais yang menjadi tanah dan kini tersekat serta mencair di situ.” – AGENSI



Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 17-10-2024 08:45 AM
Ada apa kat bawah salji tu
Quote fanaz82 17-10-2024 08:46 AM
pintu doraemon
Quote lipans 17-10-2024 09:38 AM
tempat rahsia superman
Quote ilahaz 17-10-2024 09:42 AM
Teringat cerita true crime Jodie foster tu
Quote Jikookie 17-10-2024 09:50 AM
Pintu ajaib
Quote kucingitam 17-10-2024 10:05 AM
Pintu Suka Hati
Quote ifanonline 17-10-2024 10:09 AM
entah2 geng2 jepun buat filem blue dlm tu
Quote mejaputih 17-10-2024 10:09 AM
pintu tempat tertimbus Megatron.
Quote nisako 17-10-2024 11:43 AM
pintu rahsia eh
Quote Skuau 17-10-2024 11:47 AM
andai..pintu ni boleh bawa aku ke masa lampau(cam citer dark netflix tu)...aku nk masuk....
Quote tompie 17-10-2024 11:48 AM
Pintu masuk hollow earth
Quote lipans 17-10-2024 11:51 AM
pintu hatiku telah terbuka untukmu. chia chia chia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.091484 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top