CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja swafoto tepi tebing hilang ‘ditelan’ ombak masih belum ditemui

17-10-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13724| Komen: 7

 


JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial memaparkan situasi seorang remaja lelaki ‘ditelan’ ombak ketika merakam gambar di tebing batu sebuah pantai di Tulungagung, wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku di Pantai Kedung Tumpang pada 13 Oktober lalu. 

Ketua Polis Pucanglaban, Inspektor Bambang Kurniawan berkata, mangsa yang dikenali sebagai Roni Josua, 20, berkunjung ke pantai itu bersama 16 rakannya. 

“Mangsa sempat merakam beberapa gambar di tepi tebing berlatarbelakangkan pantai sebelum ditelan oleh ombak.

“Dia kemudian terkapai-kapai di tengah laut sebelum hilang. 

“Rakan-rakannya tidak berani untuk membantu mangsa kerana ombak terlalu besar semasa kejadian,” kata Bambang. 

Rakaman di platform TikTok oleh akaun @tiangsinaga0411, menunjukkan Roni yang berada di tepi tebing dihanyutkan ombak kuat sebelum hilang. 



Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Pos SAR Trenggalek, Nanang Pujo berkata, sebanyak tiga unit dikerahkan untuk mencari dan menyelamat mangsa. 

“Dua pasukan memantau dari darat, manakala satu lagi dikerahkan ke laut menggunakan bot,” tambah Nanang Pujo. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 17-10-2024 08:37 AM
Tempat punya la lawo.
Tp hmm.. Tu lah. Spesis iq 2 digit.
Quote akies 17-10-2024 09:01 AM
Membahayakan diri sendiri
Quote Jikookie 17-10-2024 09:53 AM
Demi gambar cantik, sangat gadaikan nyawa sendiri
Quote pokokmeranti 17-10-2024 10:18 AM
kenapa di musim taufan, ribut dan banjir nie ramai manusia yg tak faham bahawa tepi pantai, laut, sungai adalah kawasan yg patut dijauhkan. sengaja tempah maut
Quote nisako 17-10-2024 10:55 AM
sia sia je
Quote PULANGKAN 17-10-2024 11:01 AM
cantiknya pantai tu

semoga mangsa ditemui selamat hendaknya, insyaallah, amin
Quote bottombikini 17-10-2024 01:19 PM
dah kena culik dgn roro kidul

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.158637 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top