CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 panda China, Bao Li dan Qing Bao tiba di zoo di Washington, AS

17-10-2024 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13829| Komen: 1

 


WASHINGTON – Dua ekor panda dari China tiba di sebuah zoo di Washington semalam, dalam lembaran baharu kempen Beijing bagi ‘diplomasi panda’ antarabangsa.

Seekor panda jantan, Bao Li dan panda betina, Qing Bao, dibawa dari Chengdu ke lapangan terbang Dulles di Virginia dengan menaiki pesawat kargo Boeing 777F FedEx.

Kedua-dua panda berusia tiga tahun itu kemudian dimuatkan ke dalam lori sebelum dibawa ke habitat  baharunya di zoo Washington.

Ia akan dikuarantin selama sekurang-kurangnya 30 hari dan tidak akan dipamerkan kepada umum sehingga 24 Januari 2025.

“Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan Bao Li dan Qing Bao ke Washington.

“Bao Li dan Qing Bao keluar dari peti dan mula meneroka kandang dalaman baharu di sini. Penjaga telah meletakkan buluh yang banyak untuk dimakan,” kata Pengarah Zoo Negara dan Institut Biologi Pemuliharaan, Brandie Smith.


Hanya beberapa ekor panda kekal di Amerika Syarikat (AS) selepas hampir kesemuanya dipulangkan ke China dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah perjanjian yang telah diatur sebelumnya. – AFP

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 17-10-2024 10:20 AM
Edited by pokokmeranti at 17-10-2024 10:28 AM

check setiap helai bulu panda, mana la tahu ada kemungkinan China letak alat pengintipan

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.025519 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top