CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beberapa kawasan di timur Turkiye digegarkan gempa bumi 5.9 magnitud

17-10-2024 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13981| Komen: 3

GAMBAR fail bangunan musnah akibat gempa bumi di Hatay, Mac tahun lalu. - Foto AFP



ANKARA – Beberapa kawasan di timur Turkiye digegarkan oleh gempa bumi berukuran 5.9 magnitud hari ini walaupun tiada laporan segera mengenai kecederaan, kata pegawai.

Gegaran itu berlaku pada pukul 10.46 pagi (waktu tempatan) di Kale di Malatya, wilayah yang dilanda gempa bumi 7.8 magnitud pada 6 Februari 2023. Ia membunuh lebih 53,500 orang di Turkiye dan hampir 6,000 di negara jiran, Syria.

“Buat masa ini, tiada kehilangan nyawa mahupun kemusnahan harta benda berikutan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud,” tulis agensi pengurusan bencana AFAD di platform X.

Tidak lama selepas itu, Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya berkata, tiga bangunan ‘sebahagiannya runtuh’ ​​di tiga kawasan berasingan dan perkhidmatan kecemasan telah menerima berpuluh-puluh panggilan untuk bantuan.


Pegawai tempatan di Malatya juga berkata, tiada ‘perkembangan negatif’ untuk dilaporkan pada peringkat ini walaupun gabenor wilayah menyatakan bahawa semua sekolah rendah dan menengah ditutup.

Gegaran kuat turut dirasai di beberapa bandar besar di wilayah itu termasuk Diyarbakir yang terletak kira-kira 140 kilometer ke tenggara, lapor wartawan AFP di lokasi kejadian. – AFP

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 17-10-2024 10:57 AM
takut la skeg ni byk gempa
Quote pooh~key 17-10-2024 04:07 PM
nisako replied at 17-10-2024 10:57 AM
takut la skeg ni byk gempa

Dulu kurang gempa yach sissy?
Quote white_musk 17-10-2024 04:11 PM
ini apa namanya ujian kah?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.032986 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top