CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta dirempuh penjenayah, polis lepaskan tujuh das tembakan. Suspek dapat meloloskan diri

17-10-2024 08:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14124| Komen: 1

 


HULU SELANGOR – Polis melepaskan tujuh das tembakan ke arah sebuah trak pikap selepas bertindak agresif melanggar kereta pasukan ketika cuba ditahan di Serendah di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian pukul 2.41 pagi itu berlaku apabila anggota unit kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor mengejar kenderaan mencurigakan tersebut di lokasi berkenaan.

Katanya, trak pikap Mitsubishi Triton dinaiki penjenayah itu merempuh kenderaan polis sehingga membahayakan nyawa anggota pasukan keselamatan tersebut.

“Anggota polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu, namun suspek dapat meloloskan diri dengan meninggalkan trak pikap tersebut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal memberitahu, suspek yang terlibat dalam kejadian itu merupakan empat lelaki tempatan yang mempunyai rekod kes jenayah dan dadah.


Pemeriksaan terhadap trak pikap yang ditinggalkan suspek menemukan peralatan pecah rumah seperti tukul besi, pemutar skru, parang, kuku kambing dan sabit.

“Usaha mengesan kesemua suspek yang terlibat sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohamad Azraai Firdaus Rosli di talian 03-6064 1223 atau mana-mana balai polis berhampiran. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 17-10-2024 08:52 AM
apa nak jadi lah negara aku ni.  moga orang2 baik dipelihara oleh Nya.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.025374 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top