CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Myanmar maut, paha kiri putus dibaham harimau di Jeli

18-10-2024 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7034| Komen: 6

 


JELI – Seorang lelaki warga Myanmar maut dalam keadaan mengerikan dengan paha kiri terputus selepas dipercayai diserang harimau ketika berada di belakang sebuah rumah kongsi di ladang cili di Batu 18, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik, di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 34 tahun itu dijumpai di dalam kawasan hutan kira-kira pukul 9.15 pagi selepas rakannya terdengar bunyi harimau mengaum berdekatan ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, mangsa disedari hilang dari rumah kongsi itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi sebelum rakannya membuat laporan di Balai Polis Batu Melintang di sini hari ini.

 


“Anggota polis dengan kerjasama orang awam dan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bergegas ke lokasi untuk mencari mangsa.

“Mayat mangsa dijumpai kira-kira 300 meter dari rumah kongsi yang merupakan tempat tinggal lelaki itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengulas lanjut, Saari memberitahu, hasil terhadap cebisan anggota badan yang dijumpai mendapati, mangsa cuba melepaskan diri daripada haiwan itu, namun gagal.



Katanya, terdapat kecederaan pada leher, rahang kiri dan kanannya selain kesan cakaran di belakang badan dan dada.

“Selain itu, paha kiri dan tulang mangsa turut putus dibaham harimau itu. Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli di sini untuk proses bedah siasat kira-kira pukul 2.30 petang tadi,” ujarnya. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Sumber : – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuralisa 18-10-2024 08:12 AM
yg aritu grik kan... harimau yg sama ke nie?
Quote pokokmeranti 18-10-2024 08:20 AM
itu tapak kaki yg terputus dari badan ke?
Quote PULANGKAN 18-10-2024 08:52 AM
nuralisa replied at 18-10-2024 08:12 AM
yg aritu grik kan... harimau yg sama ke nie?

dipercayai harimau yang sama

dah suka rasa daging manusia
Quote cattiecute 18-10-2024 09:09 AM
harimau memang selalu makan tak habis ke?
or dia saja nak balas dendam?
Quote puccafan 18-10-2024 10:44 AM
Tangan yg tunjuk pun tak cukup 1 ruas jari. Kena ngap dengan rimau jugak ke?
Tatu apa kat tangan orang tu. Nampak macam gambar cicak.
Quote Abahmung 18-10-2024 10:55 AM
dah jadi mcm kes buaya makan org kat Swak..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.084092 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top