CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dron serang kediaman Netanyahu - "Perdana Menteri dan isterinya tidak berada di lokasi terbabit"

20-10-2024 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 61027| Komen: 3

 

BAITULMAQDIS: Pejabat Perdana Menteri Israel memaklumkan sebuah dron dilancarkan ke arah kediaman Benjamin Netanyahu di Caesarea hari ini.

Terdahulu, terdapat laporan mengatakan sebuah dron dari Lubnan menghentam sebuah struktur di bandar tengah Israel.

"Sebuah UAV (kenderaan udara tanpa pemandu) telah dilancarkan ke arah kediaman Perdana Menteri di Caesarea.

"Perdana Menteri dan isterinya tidak berada di lokasi terbabit. Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu," kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Ia tidak jelas sama ada struktur yang dilaporkan tentera terkena bedilan dron berkenaan oleh adalah kediaman peribadinya.

Tentera melaporkan tiga dron dilancarkan dari Lubnan hari ini.

Dua daripadanya berjaya dipintas.

Satu serangan peluru dilancarkan dari Lubnan ke utara Israel hari ini, dengan siren berbunyi di seluruh utara Israel selang waktu tertentu.


Satu serangan peluru peluru telah dilancarkan dari Lebanon ke utara Israel hari ini, dengan siren berbunyi di seluruh utara Israel pada selang waktu tertentu.

Sementara itu, pihak berkuasa Lubnan melaporkan dua orang terbunuh dalam serangan Israel di Jounieh dekat utara Beirut, hari ini.

Ia dikatakan serangan pertama di kawasan itu sejak Hizbullah dan Israel mula bertukar serangan tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, serangan Israel mengenai sebuah kereta di Jounieh, dengan media kerajaan Lubnan melaporkan bahawa serangan itu berlaku di sebuah lebuh raya utama menghubungkan ibu kota dengan bahagian utara negara itu. - AFP

Sumber – BERNAMA 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 20-10-2024 09:53 AM
Siapalah buduh tu punya idea?  Of course la siang2 dia dah bawa lari anak bini family semua.  Takan nak duduk macam sitting duck kat situ. Most wanted man in the ME kut. Putin tu pun before lancar first roket pun dia dah sorok anak bini dulu.
Quote DeLuna85 20-10-2024 11:19 PM
Ada video ke tak. Susah nak percaya.
Quote jiji85 21-10-2024 09:02 AM
bangsa cuak pengecut ni memang takkk la dia nak fight depan2. of coz la tengah mengigil ketakutan takut mati. besides...tu semua keja mereka sendiri acah2 mereka d serang walhal sendiri main wayang.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.040752 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top