CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rafizi Ramli: Kerajaan sedia berdepan kritikan subsidi petrol ditarik

21-10-2024 10:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33225| Komen: 18|Original author: EJALTI



Kerajaan bersedia berdepan kritikan berhubung komitmennya untuk menarik balik subsidi petrol mulai  pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli

Dalam temu bual dengan Bloomberg TV, dia mengakui bahawa dasar sensitif itu berkemungkinan akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat apabila ia berkuat kuasa.


"Ia adalah keputusan sekali dalam satu generasi yang memberi kesan kepada kehidupan semua orang.

“Harapan saya, dan tanggungjawab kita dalam kerajaan, adalah untuk memastikan kita menguruskan perkara ini dengan betul supaya perubahaan dasar ini mampan,” kata Rafizi, sambil mengakui bahawa inflasi adalah kebimbangan terbesar kerajaan walaupun hanya kumpulan pendapatan 15 peratus teratas akan tertakluk kepada harga RON95 yang lebih tinggi.

“Adalah kelaziman ekonomi Malaysia bahawa, apabila berlaku kenaikan harga bahan api, kita melihat segala-galanya meningkat.

“Simulasi kami ialah jika berlaku kenaikan harga, kita harus menunggu sekurang-kurangnya kitaran 12 bulan sebelum inflasi secara asasnya stabil semula kepada sekitar 2 peratus,” katanya.

Kerajaan menjangkakan kadar inflasi akan berada pada purata dalam julat antara dua hingga 3.5 peratus tahun depan, berbanding 1.5 hingga 2.5 peratus pada 2024.

Rafizi berkata, anggaran 3.5 peratus itu adalah 'senario terburuk' yang dihadapkan dalam dielakkan jika Malaysia menggunakan sistem harga dua peringkat bagi RON95.

Menurutnya, rancangan kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025 adalah penting bagi reformasi fiskal negara.

Semalam, Rafizi berkata sistem harga dua peringkat akan diperkenalkan. Di bawah sistem itu, mereka yang tidak layak menerima subsidi iaitu kumpulan dengan pendapatan 15 peratus teratas, perlu membayar harga pasaran di pam minyak.


Rafizi berkata 85 peratus rakyat akan terus boleh membeli bahan api itu pada harga bersubsidi apabila penyasaran tersebut dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan.

Dia berkata kerajaan bagaimanapun sedang meneliti mekanisme terbaik bagi membolehkan perkara berkenaan dilaksanakan.

“Yang tidak layak mendapat subsidi itu yang disebut T15. Siapa sebenarnya T15, ini yang kita sedang proses nak tentukan.

“Tetapi untuk rakyat lain, kita ada kira-kira 30 juta orang, mekanismenya itu yang sekarang ini sedang dibincangkan dan diperhalusi untuk pelaksanaan,” katanya.

Kerajaan berharap langkah itu dapat menjimatkan RM8 bilion dan juga meyakinkan pelabur bahawa ia serius terhadap pembaharuan fiskal.

Katanya, satu lagi kaedah ialah mengapungkan harga RON95 seperti yang dilakukan dengan diesel pada bulan Jun lalu, dan menyediakan bantuan tunai kepada golongan yang memerlukan untuk mengurangkan kesan kos yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, cabarannya adalah untuk memastikan ia mencapai segmen penduduk yang betul.

Rafizi, yang juga timbalan presiden PKR, menambah bahawa tumpuan kerajaan adalah terhadap  pembaharuan subsidi dan mengoptimumkan perbelanjaan sebelum mereka mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula cukai penggunaan.


Temu bual itu juga menyentuh mengenai kemungkinan  Malaysia menandatangani perjanjian dengan Singapura mewujudkan zon ekonomi khas di Johor menjelang Disember, dengan kumpulan pertama pelabur dijangka datang pada separuh pertama 2025.

Kerajaan juga telah memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM5 bilion untuk kemudahan infrastruktur di zon itu.

Rafizi juga berkata Malaysia menyasarkan untuk mengembangkan ekonomi sekurang-kurangnya 5 peratus setiap tahun untuk beberapa tahun akan datang dan berharap ringgit boleh mencapai 3.8 berbanding dolar AS jika Malaysia mampu mengekalkan pertumbuhan kukuh pada tahun hadapan.


Sumber : Malaysiakini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 21-10-2024 04:58 PM
knp iols tgok gambar dia yg atas tu terus teringat sotong ? dapnya sotong goreng tepung
Quote arnauld 21-10-2024 05:03 PM
Ni la formula terhebat dia buang karan betoi
Quote Solokkk 21-10-2024 08:25 PM
‘Padu’ tak raja formula yg terpaling hebat nih? PADU, apa citer?
Quote xy_daen 21-10-2024 09:12 PM
Nasib baik budaya baling telur busuk kepada pemimpin penipu bukan budaya di Malaysia
Quote amandalopez 21-10-2024 09:21 PM
Raja formula plg hebat abad ni
Quote ipanimanz1 21-10-2024 09:24 PM
minyak mahal. najib kejam. gitu kata2 seorang arwah dahulu.
Quote kemaruk 21-10-2024 09:27 PM
Dulu dah elok2 ada GST, korang buang

Hancur negara kita dibuat korang ni

Ko elok dah jadi menteri, manakala pensokong melopong tapi acah2 tak terkesan
Quote vespa_oren 21-10-2024 10:49 PM
Bagus cadangan kedua, bgi sumbangan tunai jer
Quote shida81 22-10-2024 05:46 AM
Bende2 yg zaman najib nk buat dorang bangkang.. Skang beza government je.. Kaedah tetap sama...
Quote nw111 22-10-2024 05:58 AM
Tarik je la ....boleh kurangkan sikit jem kt atas jln tu..
Quote nw111 22-10-2024 06:02 AM
Skrg ni kena pikir camne nk sekat mangkuk2 ni dr seludup minyak keluar...mostly yg seludup ni bkn T15..so dia org still blh beli minyak subsidi
Quote always_typo 22-10-2024 08:37 AM
formula dia adalah mengkritik diri sendiri sebelum dikritik orang... kemudian buat donno aja. Memang genius.. haha
Quote Firenzza 22-10-2024 06:34 PM
Muntri mangkuk hayun jamban
Quote Skuau 22-10-2024 08:04 PM
"Aku nengok muka korang cam orng bodoh jer"-Sotong Celup Tepung
Quote Radzor 22-10-2024 08:24 PM
kemaruk replied at 21-10-2024 09:27 PM
Dulu dah elok2 ada GST, korang buang

Hancur negara kita dibuat korang ni

kan.. elok dah gst. sape belanja banyak, banyak la gst. sape belanja sikit, sikit je gst. fair kan..
Quote Solokkk 22-10-2024 10:38 PM
Cuma nak cakap bodow bahalol punyer menteri badigol . Terpalit balik yg dia cakap masa kempen PRK
Quote MissVixen 22-10-2024 10:46 PM
Sembang macam berani. Alih2 tahun depan baru naik. Pffftt. Telur takde. Negara lain lama dah naik. Peduli apa rakyat demo berguling-guling. Madanon pun penakut hilang undi.
Quote anony-mous 22-10-2024 11:49 PM
Aik da gundu smula ke?

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.038784 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top