CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Ada Jumpa Fatima, Cuma Keadaannya Tak Sama. Saya Tak Rasa Dia Faham, Sebab Dia Baru Berusia Empat Tahun" - Fattah Amin

22-10-2024 12:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 34012| Komen: 61

 


Hubungan tidak akan terputus meskipun sudah bercerai, pelakon Fattah Amin mengakui ada berjumpa dengan anak perempuannya Fatima Aisya, baru-baru ini.

Pun begitu, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, berkata, situasi pertemuan antara mereka agak berbeza berbanding sebelum ini.

“Baru-baru ini saya ada jumpa Fatima, cuma keadaannya tak sama.

“Tapi Alhamdulillah kami masih dapat berjumpa dan luangkan masa bersama.

“Sekarang saya lebih fokus kepada kerja dan Fatima sahaja, niat saya mahu mencari rezeki yang halal untuk dikongsi dengan keluarga,” ujarnya menerusi satu rancangan hiburan.

Tambah pelakon filem Pendekar Awang itu, puteri kesayangannya itu mungkin masih tidak memahami situasi yang sedang berlaku namun dia berjanji akan sentiasa di sisi cahaya matanya yang berusia empat tahun itu.

“Saya tak rasa dia faham, sebab dia baru berusia empat tahun. Dia anak yang bijak, tapi kefahamannya tidak sama seperti kita orang dewasa.


“Mungkin benda itu ambil masa.

“Apa yang penting saya sebagai daddy dia, saya akan luangkan masa sebanyak mungkin bersamanya,” tegasnya.


Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun pasangan ini bercerai pada 7 Oktober lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote scarflicious 22-10-2024 08:15 AM
Bawak2 ler jumpa timoh tu. Busy sgt apaknya kerja cari rezeki kan. Kesian Timoh. Karang org tuduh kaka faz bolot cik timoh tu.
Quote ihtisyam1 22-10-2024 08:42 AM
sebelum ni pun dia selalu tinggal timoh g shooting... dia ni lepas cerai asyik berbunyi je.... meluat betul lelaki gagal ini
Quote mamapea 22-10-2024 08:46 AM
ihtisyam1 replied at 22-10-2024 08:42 AM
sebelum ni pun dia selalu tinggal timoh g shooting... dia ni lepas cerai asyik berbunyi je.... melua ...

masa ada krisis x blk rumah berbulan2 lgsg xde bunyi...bila dh bercerai baru nk berbunyi...ni pun penunggang...
Quote apedehal 22-10-2024 08:46 AM
Dlm benang puji fazura diam tu acik2 rentan plak ye..di counternya bestu fattah xdiam?? Innih apa? Berbunyi la tu..ada bau2 sinis lg..opps maneda teda la lelaki melayu terakhir acik2 por ckp yg baik aja, doa yg baik2 aja...dr aku ok dgn fattah ni jd meluat pulak
Quote apedehal 22-10-2024 08:50 AM
mamapea replied at 22-10-2024 08:46 AM
masa ada krisis x blk rumah berbulan2 lgsg xde bunyi...bila dh bercerai baru nk berbunyi...ni pun  ...

Ini tepat... tp penyokong2 dia xnmpak semua yg mulia2 je dimata deyol.. pempuan juga yg salah padahal terang2 kut dia ni ride kisah cerai heols utk sesenduk nasi(perumpamaan nnt kang walafat tafsir lain ckp aku fitnah pulek).. mula kes diorg aku ni asyik la duk bersangka baik dgn dia ni...la ni xleh pegi dah
Quote mamapea 22-10-2024 08:55 AM
apedehal replied at 22-10-2024 08:46 AM
Dlm benang puji fazura diam tu acik2 rentan plak ye..di counternya bestu fattah xdiam?? Innih apa? B ...

aku pun nk setuju yg ni...bila faz diam dikatanya dh buka aib diam la...bila dewasayu diam atau berbunyi semua menyucikan dia...double standard...cuba dewasayu muka mcm syuk...kena kutuk 7 keturunan pun x hbs...
Quote watachiwa 22-10-2024 09:32 AM
bior la dia bunyi pon. dah serai kan?
bukan dia burukkan mami dak timah tu
Quote kembarsiti 22-10-2024 09:41 AM
mamapea replied at 22-10-2024 08:46 AM
masa ada krisis x blk rumah berbulan2 lgsg xde bunyi...bila dh bercerai baru nk berbunyi...ni pun  ...

menyorok uolll
mana mau nya ke depan
ex bini lah yg hadap media semua
kalau ex bini tak step up
dia diam2 je lah
ride title suami fazura tu
euwwww
pastu suruh semua doa yg baik2
doa yg baik2 mcm mana
awok tu mencurang curhat2 ngn janda
Quote apedehal 22-10-2024 10:14 AM
watachiwa replied at 22-10-2024 09:32 AM
bior la dia bunyi pon. dah serai kan?
bukan dia burukkan mami dak timah tu

Berani dia nk burukkn..lg mak dak timah kuar fattah nya dirty laundry la kang... pajura tu dia jenis kental xtakut org cerca..fattah xsanggup dia dia nk org nmpak baik dia je iyalah nk jual kat acik2 keledek
Quote nottyyuni 22-10-2024 10:29 AM
apedehal replied at 22-10-2024 10:14 AM
Berani dia nk burukkn..lg mak dak timah kuar fattah nya dirty laundry la kang... pajura tu dia jen ...

Tp dia x mau kalah gak..diapun ada sesuatu rahsia bini dia pegang..pd hal rahsia bini acik keledek dah selongkar takde apa rahsia lg, segala aib lah..diapun dah tau rahsia bini dr belum kawin tp cinta membuat ku buta..day tercurang baru nak berbunyik.
Quote anilanil 22-10-2024 10:32 AM
Acik ceri tak join dinner ke?
Sori yer adik bamtah, sbb bila nengok muka nyamma duduk side by side ngan sepupu dia aiols auto terbayang, ni kalo nyamma ni kena kutuk muka tak comel abistu sepupu dia muka level kentang ke?
Haih, buat silap besor la mak ceri ni. Nak jumpa tok amin, masuk minang bamtah pon
kena fikir 10 kali.
Quote emera 22-10-2024 11:16 AM
Kau diam laaa patah!!!
Quote Chah21 22-10-2024 11:28 AM
ihtisyam1: sebelum ni pun dia selalu ting ...

Haritu da org ckp dia kenal dekat dgn fattah ni,, fattah yg jaga anak 24 jam.. mcm mna shooting klu jaga anak 24 jam.. klu 24 jam kira mcm surirumah la
Quote apedehal 22-10-2024 11:32 AM
Chah21 replied at 22-10-2024 11:28 AM
Haritu da org ckp dia kenal dekat dgn fattah ni,, fattah yg jaga anak 24 jam.. mcm mna shooting klu ...

Terpaling kenal la..kuat naw membongak dah tahu budak tu ada bibik celah mana 24jam. Diorg tgk dr kacamata fattah je kut...xpernah duduk atau kenal dgn korga have2 ni camana
Quote Chah21 22-10-2024 11:43 AM
apedehal replied at 22-10-2024 11:32 AM
Terpaling kenal la..kuat naw membongak dah tahu budak tu ada bibik celah mana 24jam. Diorg tgk dr  ...

Hahahha yeke.. lah kantoi membongak..cis siap bibik bagai.. ptut la bila i komen, klu betul jaga 24jam patut la ada problem nafkah.. terus dia x reply
Quote Atata 22-10-2024 02:25 PM
Chah21 replied at 22-10-2024 11:43 AM
Hahahha yeke.. lah kantoi membongak..cis siap bibik bagai.. ptut la bila i komen, klu betul jaga 2 ...

hahah terus diam. nampak sgt reply asal point betol kat patah. last2 nampak makin membelit badan fatah je. adake jaga anak 24 jam tak perlu pembantu. tgk cara dia handle anak pun tahu dia bukan hands on mgurus anak tu. takat teman2 tgk tv tu boleh la tapi suap makan mandi apa semua tu mmg bukan dia, mmg ada helper.
Quote watachiwa 22-10-2024 03:41 PM
apedehal replied at 22-10-2024 10:14 AM
Berani dia nk burukkn..lg mak dak timah kuar fattah nya dirty laundry la kang... pajura tu dia jen ...

hahahaah
yelah terpaling tahu kan
Quote tulip-rain-2 22-10-2024 03:42 PM
Woi sudah2 lah. Diamlah.
Quote kembarsiti 22-10-2024 03:53 PM
Chah21 replied at 22-10-2024 11:43 AM
Hahahha yeke.. lah kantoi membongak..cis siap bibik bagai.. ptut la bila i komen, klu betul jaga 2 ...

bibik ada 3 orang. paling tidak pun confirm sorg tu mmg role khas utk asuh , siapkan, jaga keperluan fatima ni
kalau keluar pun mmg sorg pengasuh pun ikut jugak selalunya
nampak kat video2
celah mana 24jam nak bertunggu anak tu
daddy kan ada job, shooting, directing, study semua
heran iolllll
ride lagi kalau bolehhhhh

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.061480 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top