CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjara Di Malaysia Kini Mencecah 87,000 Orang, Tidak Mampu Lagi Menampung Banduan - Zahid Hamidi

22-10-2024 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16628| Komen: 30

 

 

KUALA LUMPUR: Jumlah banduan ditempatkan di penjara di seluruh negara kini mencecah 87,000 orang iaitu melebihi kapasiti maksimum 74,000 tahanan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Menteri berkata, usaha rentas agensi dan kementerian perlu dilakukan bagi mengatasi masalah itu.

“Insya-Allah kita akan bantu Jabatan Penjara Malaysia menyelesaikan masalah lebih muatan ini dengan beberapa pendekatan proaktif setelah dibentangkan dalam mensyuarat (Majlis Sosial Negara) sebentar tadi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian berucap pada Majlis Peluncuran Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Isnin.

Ahmad Zahid menegaskan, kerajaan tidak pernah memandang ringan permasalahan sosial yang berlaku di negara ini.


"Saya baru selesai mempengerusi mesyuarat Majlis Sosial Negara dan kami sentiasa cari penyelesaian serta buat keputusan dasar mengenai hala tuju pembangunan sosial negara sambil menilai strategi yang sedang dilaksanakan.

"Isu kami bincangkan tidak terhenti dalam permasalahan sosial yang saya sebutkan di dalam ucapan ini, tetapi ia melangkaui permasalahan lain seperti pengurusan banduan rentan.

“Ini termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian, dasar perbankan buat orang kurang Upaya (OKU), pengurusan pelarian dalam negara dan keciciran murid sekolah menengah yang semakin merisaukan," ujarnya.

DSN 2030 menetapkan sasaran untuk negara berada di kedudukan ke-25 dalam Indeks Pembangunan Manusia dan Indeks Persepsi Rasuah selain meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga buruh ke 60 peratus.

Empat teras dasar sosial ini ialah keperluan asas, potensi diri, sistem sokongan dan tanggungjawab sosial.

Bagi memastikan kesemua objektif tercapai, kerajaan sedang melaksanakan 44 pelan tindakan utama berkaitan sosial melibatkan 19 kementerian dan agensi dengan pemantauan Majlis Sosial Negara.

Kredit: Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kasibiman 22-10-2024 04:52 PM
Tak cukup buat penjara baru.

Bukannya lepaskan dgn parole atau home detention.


Kerja bodoh betul lepaskan penjenayah dlm masarakat
Quote Binodino 22-10-2024 05:05 PM
Dah berzaman dah isu kesesakan kat penjara. Bukannya reti nak buat penjara baru ke apa. Dalam penjara tu sesak bukan sebab penjenayah local je, foreigners pun bersepah. Tambah pulak dah mansuh hukuman mati mandatori, sambung bela lagi kat penjara nun. Huiung2 ambil jalan singkat, bagi parole & home detention.

Border control pun lemah. Takut sangat kat puak suhakam unhcr tu semua. Persetankan la dorang tu. Penjenayah asing kau hanyutkan je ke tengah laut. Banyak cantik dah la guna duit taxpayers untuk tampung dorang. Chit poodahh!
Quote syamzana 22-10-2024 05:12 PM
leinkali yg dihukum mati tu cepat2 jatuh hukuman, ni merayu saja berpuluh tahun ujung2 dpt pengampunan penjara seumur hidup.
Quote scorpene 22-10-2024 05:20 PM
takat Najib sorang boleh je selit2....
Quote Skuau 22-10-2024 05:38 PM
letak jer la kt kandang lembu...
Quote B40tastePosh 22-10-2024 05:52 PM
Dah hapuskan hukuman mati mandatori memang la kau menternak banduan
Quote B40tastePosh 22-10-2024 05:52 PM
scorpene replied at 22-10-2024 05:20 PM
takat Najib sorang boleh je selit2....

Najib tengah bercucuk tanam sambil terselit celah pokok bayam pasir
Quote silance 22-10-2024 06:04 PM
Tidurkan aje penjenayah tu, especially pati takde ID, guna passport palsu, tak ada arrival record. Buang duit tax.
Quote emera 22-10-2024 06:20 PM
Bela lg pendtg byk2.
Quote Firenzza 22-10-2024 06:27 PM
Wak tetiba plk citer pasal penjara......teringin ke?
Quote Suchi 22-10-2024 06:50 PM
Bagi jela hukum bunuh semua penagih setel

Lagi satu bila dah dijatuhkan hukuman gantung jangan la amik masa lama sgt sampai bertahun2
Tau3 hukuman dah dimansuhkan, bertukar gomen dan ydp tup2 diampun kan bagai
Quote silance 22-10-2024 07:20 PM
Suchi replied at 22-10-2024 06:50 PM
Bagi jela hukum bunuh semua penagih setel

Lagi satu bila dah dijatuhkan hukuman gantung jangan la a ...

Bila netizens kata buat kerja slow, tak setuju.302 & dadah - Hakim jatuhkan hukum selepas beri pertimbangan yang wajar dengan bukti yang lengkap. Tapi lepas tu 10 tahun pun tak mati lagi.



Quote Skuau 22-10-2024 07:27 PM
Firenzza replied at 22-10-2024 06:27 PM
Wak tetiba plk citer pasal penjara......teringin ke?

sesekali ku terasa teringin......
Quote B40tastePosh 22-10-2024 07:34 PM
Suchi replied at 22-10-2024 06:50 PM
Bagi jela hukum bunuh semua penagih setel

Lagi satu bila dah dijatuhkan hukuman gantung jangan la a ...

Ampun Tuanku -Banduan

Beta ampun kan - Ampuan
Quote kemaruk 22-10-2024 07:38 PM
Betul ke kos seorang banduan rm50 sehari?
Quote plywood 22-10-2024 08:09 PM
Letak sahaja dalam ladang luas yang berpagar, ada security yg cukup dan jadikan mereka pekerja ladang. Buatlah offer yg sesuait. Kalau tak boleh gubal undang-undang baru... dah setel satu masalah untuk buat food security. Tak perlu dah buat penjara baru... meerka sepatutnya bukan habiskan beras tetapi resource untuk hasilkan makanan
Quote Radzor 22-10-2024 08:14 PM
kemaruk replied at 22-10-2024 07:38 PM
Betul ke kos seorang banduan rm50 sehari?

makan je rm27/hari. + yg lain² maybe sampai la rm50 tu
Quote Radzor 22-10-2024 08:15 PM
plywood replied at 22-10-2024 08:09 PM
Letak sahaja dalam ladang luas yang berpagar, ada security yg cukup dan jadikan mereka pekerja ladan ...

awak boleh jadi menteri
Quote kucing_gebu 22-10-2024 09:09 PM
Firenzza replied at 22-10-2024 06:27 PM
Wak tetiba plk citer pasal penjara......teringin ke?

Xblh kuota dh penuh kata wak

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.041645 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top