CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Dasar gatal! Suami terlantar sakit kantoi curang dengan isteri pesakit katil sebelah. Lepas sihat terus cerai isteri!

22-10-2024 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31531| Komen: 11

 


Kecurangan, satu perkataan yang sering menimbulkan kemarahan. Tapi siapa sangka, ia boleh berlaku di tempat yang tak dijangka seperti dalam kawasan hospital, melibatkan pesakit yang sedang terlantar!

Menurut satu perkongsian di media sosial, insiden menyedihkan ini dialami oleh seorang wanita yang setia menjaga suaminya di hospital dan diceritakan semula oleh saudaranya.

"Kecurangan bukan berlaku di tempat kerja saja, tapi kat hospital pun ada.- Kata individu tersebut."

Menurut cerita yang disampaikan, wanita tersebut menjaga suaminya yang tak mampu bergerak dan hanya terbaring di atas katil hospital.

Bagaimanapun dalam diam, si suami menjalin hubungan sulit dengan isteri kepada pesakit yang terlantar di katil sebelah!

"Cerita betul ya. Saudara juga, jaga suami sakit kat hospital. (Pesakit) tak boleh gerak langsung. Memang baring je terkulai layu. Jaga sampailah sihat.- Jelas individu itu."


Lebih mengejutkan, sebaik suami wanita itu pulih, dia menceraikan isterinya dan berkahwin dengan isteri pesakit ‘katil sebelah’.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian yang rata-rata mengutuk tindakan si suami. Mereka juga menyelar tindakan isteri pesakit ‘katil sebelah’ yang tergamak curang ketika menjaga suaminya yang sakit.

"Yang seorang dah sakit tak sedar diri. Yang seorang lagi, tengah jaga suami sakit pun sempat menggatal. Pelik manusia zaman sekarang ni.- Komen seorang netizen."

"Apabila isteri tak jaga yang sakit tu, kata isteri tak guna. Dah jaga sampai elok, dicurangi pula… eh jantan jenis puaka ni memang patut pun biar layu.- Tambah seorang lagi yang geram dengan situasi tersebut."

Sumber : OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 22-10-2024 09:36 PM
katil sebelah?

wad campur wad ape?

ya ampon, i thought wad lelaki perempuan asing
Quote kemaruk 22-10-2024 09:41 PM
PULANGKAN replied at 22-10-2024 09:36 PM
katil sebelah?

wad campur wad ape?


Baca ler betul2 tajuk dan artikel kak
Quote sharlenetexas 22-10-2024 10:04 PM
Skandal dia tu isteri kepada lelaki sayo tu?


Quote MissVixen 22-10-2024 10:20 PM
Dasar birah miang. Pasangan sakit pun sempat nak menggatal.
Quote Carcosa 22-10-2024 10:45 PM
Kau suruhlah sedara kau tu pulak kawin dgn pesakit katil sebelah tu
Kira mcm wife swap lah gichew, tapi versi halalan tayyiban
Quote Jikookie 22-10-2024 10:47 PM
Sakit2 pun sempat lagi curang
Quote grouper 23-10-2024 12:07 AM
Negara konoha kot...buat drama mesti laku keras cite ni
Quote Skuau 23-10-2024 12:45 AM
Jikookie replied at 22-10-2024 10:47 PM
Sakit2 pun sempat lagi curang

curang itu bukan penyakit...yg pasti ada yg sakit hati...
Quote Skuau 23-10-2024 12:47 AM
grouper replied at 23-10-2024 12:07 AM
Negara konoha kot...buat drama mesti laku keras cite ni

kohona guna perkataan curang...'wasitnya curang'.
dlm kes ni...berselingkuh...
Quote kucim 23-10-2024 01:15 AM
Negara kanoha kuat jimak
Tepi kuburan pun jadi
Quote PULANGKAN 23-10-2024 02:09 AM
kemaruk replied at 22-10-2024 09:41 PM
Baca ler betul2 tajuk dan artikel kak

oh isteri kepada pesakit di katil sebelah.. ya ampon sistur, terima kasih

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.039079 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top