CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami dapat tawaran kerja RM5,000 sehari di Bangkok, tidak pulang-pulang

23-10-2024 12:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26098| Komen: 16

 


KUALA LUMPUR – Ditawarkan pekerjaan sebagai pemandu dengan bayaran sebanyak RM5,000 sehari di Bangkok, membuatkan seorang lelaki berusia 34 tahun tidak teragak-agak menerima tawaran berkenaan.

Isteri mangsa yang dikenali sebagai Sofea, 33, berkata, suaminya menerima tawaran itu berikutan jumlah tersebut agak besar, tambahan boleh digunakan untuk perbelanjaan sempena Tahun Baharu Cina akan datang.

“Kami sudah berkahwin 13 tahun. Nak (hampir) Tahun Baharu Cina, ada empat anak jadi nak dapatkan wang (lebih). Suami kerja sebagai jurujual dan syarikat ada bagi kebenaran cuti dan dia kata mahu pergi (kerja sebagai pemandu) di Bangkok empat hari sahaja.

“Dia beritahu, mahu pergi Khamis (17 Oktober lalu) dan pulang pada hari Ahad. Suami cakap kerja dia cuma bawa barang dari Thailand ke Kedah dan akan dibayar RM20,000 untuk empat hari,” katanya dalam satu sidang akhbar anjuran Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), di sini hari ini.


Namun Sofea yang bekerja sebagai guru tuisyen di Johor Bahru berkata, dia menerima panggilan daripada suaminya ketika sedang bertugas, memaklumkan dia ketika itu berada di Thailand dan ditangkap sindiket.

“Dia ada hubungi saya Jumaat lalu kira-kira pukul 8.54 pagi dan minta saya sediakan wang sebanyak RM100,000 untuk dibayar kepada sindiket berkenaan.

“Tidak lama kemudian, saya terima lagi panggilan daripada dia dan saya katakan tidak dapat sediakan wang sebanyak itu,” ujarnya.

Sofea berkata, sindiket itu terus mendesak supaya membuat bayaran berkenaan, malah dapat mendengar suara suaminya kesakitan akibat dipukul.

“Pukul 9.30 pagi dia (suami) telefon lagi cakap kena bayar juga. Saya jelaskan, tak cukup masa dan dia jawab tak boleh tunggu lagi. Saya ada minta bantuan keluarga, tapi tak dapat banyak (wang).

“Kemudian suami telefon lagi dan cakap kena kerja di sana (Thailand) selama setahun. Dari panggilan WhatsApp, kami beralih ke video pula dan dapat lihat matanya cedera dipukul serta berdarah. Kerana itu saya buat laporan polis Balai Polis Taman Ungku Aminah Daerah Johor Bahru Utara, malam hari yang sama,” tambahnya.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Farnor 23-10-2024 12:34 AM
Adui.. Takkan lah tak tau pasal scammer sindiket ini
Quote Carcosa 23-10-2024 12:36 AM
Hati hitam likat meols ni, byk tau nak mencerca.
Tapi meols sabar, sabar.
So meols ckp "Semoga dipermudahkan urusan acik Sofea"
Quote doubleA 23-10-2024 12:52 AM
Too good to be true, 4 hari dapat 20k bawa barang dari thailand ke kedah? Hmm
Quote airfilterkotor 23-10-2024 12:54 AM
RM5k sehari sebagai pemandu antor barang Siam-Kedah?
Kalau orang lain, auto terfikir gaji mahal gini entah² bawak dadah... red flag terus.
Quote Butterfly41 23-10-2024 03:50 AM
Itulah pentingnya education
Quote Isninselasarabu 23-10-2024 07:29 AM
Nmpk sgt2 sindiket... Kesian org zmn skrg mmg ramai nak duit.. ramai terseksa zaman madanon ni.. smpai sggup test kerja yang terang2 scammer ni
Quote Ai_kiu 23-10-2024 07:48 AM
Too good to be true.
Baidewei adakah menjadi tanggungjawab kerajaan/polis dll utk bantu selamatkan manusia2 yg buat kesilapan sendiri lepastu kena tangkap kat negara2 jiran?
Ni soklan sereyes
Quote liyamariska 23-10-2024 08:13 AM
zaman skrg terlalu byk bende yg boleh dikategorikan too good to be true terutamanya melibatkan wang...
Quote shamsadis 23-10-2024 08:15 AM
kenapa dia pakai topeng? malu? malu kenapa?
Quote shamsadis 23-10-2024 08:15 AM
kenapa dia pakai topeng? malu? malu kenapa?
Quote mejaputih 23-10-2024 08:31 AM
Too good to be true..jadi ceo glc baru leh dpt gaji sedemikian...
Quote tahanie 23-10-2024 08:42 AM
Dia sendiri jurujual pun boleh terkena
Quote Mummycomby 23-10-2024 11:17 AM
blh fikir kan...gaji mahal gituuu mesti ada yg xkenaaaa...... nasib xbaik kat situ....
Quote IzzahF 23-10-2024 11:26 AM
shamsadis replied at 23-10-2024 08:15 AM
kenapa dia pakai topeng? malu? malu kenapa?

introvert mebe
Quote Skuau 23-10-2024 11:28 AM
RM5k sehari???...mesti kerjanya berus gigi buaya atau sambung ekor beruang....
Quote sangbara2020 23-10-2024 11:35 AM
ada ritu iklan driver lori bw brg xsah ke spore
gaji mahal cuma kalau kena tgkp pepandai le kome..
iklan gtu pun lepas kua drp socmed...xde pantauan langsung

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.039571 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top