CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Geng pecah rumah warga Rohingya diberkas di Kota Tinggi

23-10-2024 12:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25585| Komen: 7

 


JOHOR BAHRU – Satu kumpulan pecah rumah melibatkan enam etnik Rohingya yang didalangi seorang wanita berusia 34 tahun berjaya ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, kesemua suspek terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki berusia 15 hingga 34 tahun itu ditahan di Kota Tinggi pada 25 September lalu.

Menurut beliau, wanita yang merupakan dalang itu juga mempunyai 54 rekod lampau bersabit jenayah pecah rumah di beberapa buah negeri sejak tahun 2014.

“Modus operandi digunakan kumpulan ini adalah memecah masuk rumah kediaman pada waktu pagi setelah penghuninya keluar bekerja. Mereka menyasarkan barangan yang mudah dijual di pasaran gelap seperti barang kemas, jam tangan, beg berjenama serta wang tunai.

“Kesemua suspek ini dipercayai terlibat dengan 21 kes pecah rumah di Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Batu Pahat serta Melaka. Anggaran kerugian kesemua kes itu adalah RM1.25 juta, manakala barangan berharga yang berjaya dirampas kembali bernilai RM675,500,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di IPK Johor, di sini hari ini.


Tambah Kumar, dalang kumpulan itu bersama seorang lagi suspek mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), manakala empat yang lain tiada dokumen pengenalan diri.

Kumar turut memberitahu, pihaknya sedang mengesan seorang lagi lelaki etnik Rohingya yang dikenali sebagai Mohammad Shukur Mohamad Salim, 29, bagi membantu siasatan kes tersebut. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-10-2024 12:39 AM
Ehhh? Selamatkan lah lagi diorang, kalau diorang dtg naik sampan ke Malaya. Selamatkanlah. Kan bagus sumbangan diorang ni ke Malaya. Jangan turn back tau! Selamatkan mereka. Lagi bagus bentang Carpet merah to Welcome them.
Quote sharlenetexas 23-10-2024 12:41 AM
Malam tak selamat rohingya.


Quote eyansss 23-10-2024 07:47 AM
korang tipu ni...  mana ada roheeengya ni jahat...  semua baik dooh...  yang jahat tu myanmar, bangla, malaysia yang taknak tolong depa ni...  bwahahahahahahahahahahaa...

selamat malam roheeeengyaaaaa...
Quote Ai_kiu 23-10-2024 07:53 AM
Punya berderet rekod jenayah masih lepas bebas rompak rumah org back to back!
Ni dah kena tangkap lepastu buat apa simpan lg kat malaysia

Quote pokokmeranti 23-10-2024 08:53 AM
ada rekod 54 kes...masih aman2 duduk di Malaysia.
Quote -Suri- 23-10-2024 10:01 AM
Hantar blk negara dia plisss. Buat menyemak kat sini, kalo perangai helok takpe gak
Quote Jikookie 23-10-2024 10:04 AM
Buat la baik lagi. 'jemput' la lagi puak dorang datang malaysia. Habis rosak malaysia sebab puak2 pendatang haram ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.091800 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top