CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menafikan hujan meteor punca dentuman kuat di Ipoh

23-10-2024 12:49 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 25428| Komen: 3

 


IPOH – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menafikan dakwaan bahawa bunyi dentuman kuat dan gegaran yang berlaku di Ipoh semalam berpunca daripada Hujan Meteor Orionids.

Memetik Kosmo, Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah, menjelaskan bahawa kejadian sekitar jam 11 pagi itu tidak melibatkan fenomena angkasa, kecuali sisa meteor ditemukan di bumi.

Menurutnya, meteor bersaiz besar yang berpotensi memberi impak kepada bumi boleh dikesan lebih awal sebelum memasuki atmosfera.

“Hujan meteor sering berlaku, tetapi sisa komet biasanya melintasi atmosfera tanpa menyebabkan gegaran atau bunyi, kerana ia terbakar dan terurai sebelum mencapai bumi,” katanya, mengulas spekulasi dalam talian mengenai kejadian tersebut.

Hujan Meteor Orionids berlaku setiap tahun apabila bumi melintasi laluan orbit Komet Halley, dengan titik kemunculannya di kawasan buruj Orion.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 23-10-2024 12:57 AM
Acah² sonic boom Chelyabinsk ler tu.
Quote Radzor 23-10-2024 01:08 AM
Menjawab tesis dari fb Cuaca kini (matgeo) la tuuu
Quote airfilterkotor 23-10-2024 01:38 AM
Menengok pada gambar tu, tak gerun ke owner rumah² tepi tebing bukit batu kapur tu.
Kalau terkopek sekeping dari atas sampai bawah macam kepingan glacier tu, elok jer dia hala ke kawasan rumah tu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.034248 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top