CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau saya kata ada hubungan, orang akan tuduh saya janda gatal" - Puteri Sarah

23-10-2024 12:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 25178| Komen: 5

 


Pelakon jelita Puteri Sarah Liyana, 39, menolak untuk menjalin hubungan istimewa dengan mana-mana lelaki buat masa ini kerana enggan dilabel sebagai "janda gatal."

Memetik Kosmo, sebagai ibu tunggal, Sarah sedar akan menerima pelbagai gelaran negatif jika terlalu terbuka mengenai kehidupan peribadi.

"Kalau saya kata ada hubungan, orang akan tuduh saya janda gatal. Awak nak saya dilabel begitu?" katanya dalam video tular di TikTok, menjawab pertanyaan peminat tentang hubungannya dengan pelakon Indonesia, Andi Arsyil.

Sarah menjelaskan dia lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi kerana ia boleh menjejaskan imejnya sebagai pelakon dan ibu.

"Saya perlu jaga diri. Jika terlalu terbuka tentang hubungan, orang akan cakap macam-macam, dan anak-anak saya juga akan terkena tempias," tambahnya.

Terdahulu, timbul spekulasi tentang hubungan istimewa antara Sarah dan Andi, namun dia menafikan dakwaan tersebut, menyatakan mereka hanya rakan perniagaan.


Untuk makluman, Puteri Sarah pernah berkahwin dengan pengarah Syamsul Yusof pada 2014, namun bercerai pada 14 Jun tahun lalu. Mereka dikurniakan dua anak, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nolya 23-10-2024 09:29 AM
Please PSL, demi menjaga nama baik dan martabat diri dn supaya tidak mengundang cela keji drp ramai, tak usahlah muatkan apa2 khabar yg sekadar untuk membagkitkan sensasi.  Nak ada bf pun, buatlah senyap2 jgn heboh2 sangat. Bangkitlah dn melangkah terus penuh wibawa ke arah kejayaan sbg seorag usahawati. Jadilah bak seorang srikandi, jaga penampilan, akhlak dn elakkan berita2 murahan.  PSL akan lebih disegani dn dihormati.  Good luck.
Quote Zirara99 23-10-2024 09:57 AM
Tak nak komen nnt dapat surat pulak
Quote sangbara2020 23-10-2024 10:48 AM
manis dia nih.....
Quote MadameOnion 23-10-2024 12:14 PM
betul..nanti acik2 mulut bawang berwajah keledek akan buat pelancaran pencarian sapa bf..habis dikoreknya semua..menyebok
Quote evlinne 23-10-2024 12:26 PM
Mmg mendada gituhh ka

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:26 PM GMT+8 , Processed in 0.051607 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top