CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Trending Lihat artikel

Wanita Kena Kecam Anggap Lelaki Kelantan ‘Red Flag’, Bau Kepam & Mudah ‘Culture Shock’ – ‘Suka Orang Johor Sebab Ada Kelas Tersendiri’ ...

23-10-2024 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32989| Komen: 33

 


Seorang wanita menerima kecaman netizen apabila menganggap lelaki yang berasal dari Kelantan ‘red flag’.

Menerusi sebuah video temu bual di TikTok, seorang wanita memberitahu dia lebih memilih lelaki dari Johor berbanding Kelantan.

Kata wanita tersebut, kebanyakkan jejaka berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai penampilan yang tidak menarik, berbau busuk dan mudah mengalami kejutan budaya.

"Euw Kelantan, of course Johor. Suka orang Johor sebab dia ada kelas tersendiri. Lelaki Kelantan ini ‘red flag’."

"Handsome macam mana pun tetap ‘red flag’ sebab punya penampilan yang busuk, kepam apa semua."

"Kalau bab ‘culture shock’ pula, tengok la kalau diorang pergi KL macam mana. Minum pun nak post, pergi ini, pergi itu semua nak post. Terpaling ‘red flag’ la."

Pada perkongsian sama, wanita itu juga berkata dia tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki Kelantan kerana bukan dalam senarai pilihannya.


"Tak pernah, not my level la. Macam Kelantan ini dia lebih kepada macam ‘culture shock’. Kalau pergi KL, terpaling la orang kata."

Dalam pada itu, wanita itu mendedahkan dia hanya memilih lelaki yang berduit dan mampu menanggung perbelanjaannya sekitar RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.


"My level is yang berduit, yang penting yang wangi, tak kepam. Yang boleh memenuhi apa yang saya nak. Macam saya nak belanja, shopping semua la."

"Untuk buat saya gembira dalam RM15,000 hingga RM20,000 sebulan."

Seperti dijangka, jawapan yang diberikan wanita berkenaan telah mengundang rasa kurang senang pengguna media sosial.

Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan komen mengecam dan menyelar kenyataan wanita terbabit. 


Sumber – Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 23-10-2024 07:26 PM
dia pun agaknya mmg dah bersedia utk dikecam
Quote batmana 23-10-2024 07:30 PM
muka cmtu nk org johor?
org johor pun xpndang la

sebetulnya mana2 laki sejati pun xnk pmpn cmni, jenis pendek akal, cmnela kalu beranak nnti, tetiba beranak kt kelantan, abis kene pulau anak dia tu
Quote Skuau 23-10-2024 07:36 PM
dia mau/nak yg 'MAHA KAYA'.....cakap lu...
Quote azimodin 23-10-2024 07:39 PM
Biasa la tu.. tiap2 negeri ada stereotype kan. Geng2 pantai timur ni terkenal dengan sikap sek-sek kito. Ber "saing" memanjang, maybe sebab tu nampak macam terpaling. Johor ada kelas? Kelas apo? Kalau setakat kelas kafa negeri lain pon ada.
Lagi satu nak rm15k sebulan. Apa je kehebatan perempuan ni? Keluarga dia old money ke new money?
Quote limesherbet 23-10-2024 07:48 PM
azimodin replied at 23-10-2024 07:39 PM
Biasa la tu.. tiap2 negeri ada stereotype kan. Geng2 pantai timur ni terkenal dengan sikap sek-sek k ...

tersembur lemonade sis minum part class kafa tu
Quote Decaffeinated 23-10-2024 08:17 PM
Sejak bila pendapat seorang sundal boleh jadi isu semasa tanah air untuk dibincang... oh sejak cari forum jadi terdesak nak collect view
Quote ninja boy 23-10-2024 08:28 PM
Abistu topic ilmiah x byk org reply muncul topic santai
Quote AkokKocik 23-10-2024 10:44 PM
Orang2 tua pesan, klu benci sangat jgn sampai mengutuk...nanti terkena diri sendiri...mcm kazen somi aku, suka kutuk pmpuan dayak...last2 skrg kawen dgn pmpuan dayak....happili ever after gitu.
Quote hyie 23-10-2024 11:09 PM
tapi memang kebanyakan umah serambi ada 'sikit' perangai gitu kan kalau perasan, tak semua tapi kebanyakan. Bila iols kerja hotel, iols lebih banyak kali jumpa. So, tak salah juga la pendapat dia tu, walaupun benda ni subjektif dan bersifat individu.
Quote kepompong 23-10-2024 11:33 PM
Atok matahari lelaki kelantan
Quote cm_vungtau 24-10-2024 12:06 AM
Edited by cm_vungtau at 24-10-2024 10:33 AM

Kalau dah benak, negeri mana pun benak dik oi. Dua2 negeri pun sama berpuak dik non oi.
Quote naina 24-10-2024 12:13 AM
Aku rasa ini sekadar content bitter netizen je. Takkan budak xberapa ada rupa ni nak mengata negeri orang terang2..tahniah content anda berjaya viral.
Quote L.U.S.M 24-10-2024 06:56 AM
T15 pun gaji 13k yang ko nk spend je 15k-20k...mampussss terpaling
Quote ultra78 24-10-2024 07:30 AM
azimodin replied at 23-10-2024 07:39 PM
Biasa la tu.. tiap2 negeri ada stereotype kan. Geng2 pantai timur ni terkenal dengan sikap sek-sek k ...

Orang yg demand 15k tu harapnya pendapatan dia pun sekitar itu juga. Baru la sekufu. Janganlah pulak disebabkan kriteria tu dia jadi andartu atau jadi isteri kedua kepada lelaki yg berumur sebaya ayah dia.
Quote makciktijah 24-10-2024 09:40 AM
org johor ada gak yg benak2, jenis sekolah kelas hujung, tak nak bercampur bangsa lain. ko amik la dik jenis2 gitu. yg helok2 dorang pun belum tentu nak kat ko.
Quote brown_pupil 24-10-2024 10:22 AM
Sejenis pukul rata. Ko belum jumpa laki kelantan stok2 kulit putih gebu, tanah bendang berelung2.

dik - setakat muka awam mcm ko, laki kelantan yg duk pendalaman pun 'tok sey' dengan ko. Org cakap pempuan Pasir Mas cantik - belum masuk ceruk Ketereh lagi. Sana muka tak mekap pun tetap natural beauty.
Quote malarky 24-10-2024 10:34 AM
dalam tak sedar dia pun red flag juga
Quote Sazreena 24-10-2024 10:53 AM
Bagi aku Kelantan ni ok je..depends on personality sebb masa aku budak sepot dulu, ramai classmate dan batch aku budak kelantan. After ko kenal dorang, ekceli not that bad la kalau takat nak kengkawan. Member aku tino K sendiri ckp lelaki K susah nak ckp luar. Member rapat aku mek juga, laki dia pun awe...mmg sekufu la orng kata. Keje pun helok, anak pepandai dan pandai bawak diri. Except tino sek pasir mah sekuargo gelak supo pontianok tu je mmg aku pangkah kaw-kaw.

Kalau bangsa J ni lak aku alergik kalau nampak keta plate dorang. J, D, P ni so far experience aku x berapa nak elok. Bangsa J ni aku kureng sket kalau jantan dorang. Kinda poyo sbb dorang bajet terpaling tau just bcoz ko keje kat singkapor or dapat tgk ceta dr sana free. Again, tengok gak la dari mana asal bangsa J ni..town ke, parit raja ke, parit jawa ke....hahaha...kesimpulannya it's all about personality, background and mindset. Setiap negeri ada je pro and cons dia. Ikut jodoh ler. Yg minah tu lak, demand kemain tapi ko tu pun level tapak kaki je.
Quote honam 24-10-2024 12:14 PM
AkokKocik replied at 23-10-2024 10:44 PM
Orang2 tua pesan, klu benci sangat jgn sampai mengutuk...nanti terkena diri sendiri...mcm kazen somi ...

ni 1000% aku setuju, aku yakin pempuan ni dok kutuk2, last2 jatuh cinta & kawin dgn laki kelantan juga

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.067104 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top