CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Thailand gempar tiang misteri muncul di langit

23-10-2024 06:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37630| Komen: 17


 


BANGKOK – Penduduk wilayah Ubon Ratchathani, Thailand digemparkan dengan penemuan tiang misteri di langit yang disifatkan menyerupai pokok kacang ajaib ‘Giant Beanstalk’ daripada kisah dongeng terkenal, lapor laman berita Must Share News semalam. 

Keliru dengan kejadian itu, sebilangan pengguna media sosial menyiarkan imej objek aneh tersebut di laman Facebook sehingga menjadi tular dan mencetuskan beberapa teori konspirasi. 

Gambar yang dimuat naik menunjukkan satu ‘tiang misteri’ berlatarbelakangkan awan pada waktu siang. 

“Langit sangat indah tetapi tiang itu muncul ketika saya sedang merakam gambar,” demikian menurut keterangan hantaran itu. 

Lebih menarik apabila ia didakwa tidak dapat dilihat dengan mata kasar sekali gus menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai objek berkenaan. 


Seorang profesor dari Universiti Chulalongkorn mencadangkan bahawa tiang itu mungkin merupakan jejak yang terbentuk apabila pesawat melalui awan.

Bagaimanapun, beliau mengakui fenomena sebegitu lazimnya dapat dilihat dengan mata kasar, menyebabkan punca sebenar tidak dapat dipastikan.

“Saya harap ia bukan satu muslihat atau kerosakan pada kamera,” tambah profesor tersebut. – AGENSI    


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-10-2024 06:51 PM
Tazzangka Nabi Yesus Kristus A.S. turun guna batang pokok kelapa
Quote kakikuDibibirmu 23-10-2024 06:56 PM
Tazzabar nak tunggu episod ketujuh Agatha All Along dekat Disney+ kepalahotakstar

[youtube]iFcRNEF5uWo[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 23-10-2024 07:02 PM
#teamFA
Quote dubuk 23-10-2024 11:49 PM
kakikuDibibirmu replied at 23-10-2024 06:51 PM
Tazzangka Nabi Yesus Kristus A.S. turun guna batang pokok kelapa

Itu bukan betis kaki keding kau ke
Quote Dwdrum 24-10-2024 06:35 AM
Waterspout
Quote BawangCaramel 24-10-2024 08:00 AM
Quote plywood 24-10-2024 08:04 AM
Alien!!!!!!!

...manusia perlu bersedia dari sekaranfg
Quote fanaz82 24-10-2024 08:41 AM
dunia dah ke hujung...
Quote eetodee 24-10-2024 08:45 AM
Dekat Mesia ada teko ayah pin pin pin
Quote nisako 24-10-2024 08:47 AM
wow wow
Quote sangbara2020 24-10-2024 10:20 AM
aku yg tgh mengantuk ni xde rasa teruja pun nak kiamat....mcm...pprrrffffttthhhh..
drp 20 tahun lepas sibuk nak kiamat la apa la...
Quote mdhelmi 24-10-2024 10:50 AM
sejak AI dah meluas skrg ni
dah x teruja bila tengok pape gambar
Quote B40tastePosh 24-10-2024 10:54 AM
kakikuDibibirmu replied at 23-10-2024 06:51 PM
Tazzangka Nabi Yesus Kristus A.S. turun guna batang pokok kelapa


Entahnya Nabi Yesus AS  turun dari batang pinang desa wisata horror @nusaraya
Quote kucingitam 24-10-2024 11:57 AM
HAARP
Quote mejaputih 24-10-2024 12:11 PM
asgard..tp senget la pulak...
Quote Skuau 24-10-2024 12:16 PM
Edited by Skuau at 24-10-2024 12:22 PM

Ahh! sudah.. Alien pon dah layan pondan Siam...
Quote Herlina 24-10-2024 12:17 PM
Ni mesti anggota Decepticon yang bengang sebab deme sembunyi kat Thailang tak de sapa peduli. Kasi havoc la sikit

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051840 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top