CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ameera Khan idam suami mampu beri nafkah secukupnya - "Kalau awak tak mampu sediakan lagi, jangan bernikah”

23-10-2024 06:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39075| Komen: 63

 


Percaya hidup punya pilihan, pempengaruh media sosial, Ameera Khan mengakui selesa memilih calon pasangan hidup yang stabil dari segi kewangan apabila mahu berkahwin kelak.

Ujar Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, dia mengimpikan seorang suami yang mampu memberi nafkah setara atau lebih daripada pemberian ibu bapanya.

“Saya mahukan seseorang yang boleh memberi nafkah kepada saya seperti mana ibu bapa dan diri saya sendiri menanggung saya.

“Saya mahu seseorang lelaki yang dapat memberikan kepada saya benda yang sama atau lebih,” dedahnya menerusi video dalam TikTok.

Pun begitu, adik kepada selebriti Neelofa itu menegaskan bahawa semua kriteria itu adalah pilihan secara peribadi dan tidak boleh disamakan dengan wanita lain yang mungkin mempunyai kehendak berbeza.

“Setiap wanita itu berbeza. Kalau saya insya-Allah, bila jodoh itu sampai dia perlu tahu dia akan menanggung saya dan kalau saya okey, saya akan terima apa sahaja tahap kewangannya.


“Kalau ada segelintir wanita yang mahukan lebih lagi, itu terpulang kepada mereka. Semua orang membesar cara lain-lain tetapi saya bercakap tentang diri saya bukan tentang orang lain.

“Tapi lelaki kena bersedia dari segi kewangan. Kalau awak tak mampu sediakan lagi, jangan bernikah,” tegasnya.


Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan Ameera selain berpendapat pasangan hidup yang dipilih mestilah sekufu bukan sahaja dari segi latar belakang tetapi juga pemikiran.

“Enggang sama enggang, pipit sama pipit. Kena ukur baju di badan sendiri, kalau tahu tidak mampu nak halalkan perempuan yang memang asalnya senang, cari yang setaraf,” komen seorang netizen.

“Setuju, sekurang-kurangnya Ameera jujur dengan apa yang dia mahu, dia mahu yang sekufu. Tak semua orang nak susah dan senang bersama, jangan samakan pilihan kita dengan orang lain,” demikian komen seorang lagi pengguna media sosial.

Sebelum ini, kecoh dalam media sosial isu sekufu dan soal pemberian nafkah sehingga membuatkan ramai takut untuk mendirikan rumah tangga memandangkan perkahwinan terbina banyak retak daripada kekal.


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote likilu 23-10-2024 06:40 PM
Ameera khan nak kawen idham khan?

Sepupu pun halal je kalau itu taste awak

Gittew acik forum baca taju tak habis, tak baca benang tapi nak drop komen laju laju
Quote allshares 23-10-2024 06:57 PM
Tah la nape ek, kalau c lemak ni pakai apo2 handbag pun, dlm mindset I tu bag pinjam. Maybe sebab dulu pernah terbaca dia suka lenjan beg kakak2nya kot.
Quote SR4tahun 23-10-2024 07:48 PM
STOP LA POST PASAL PRESIDEN PERSATUAN TIBAIUNTA INIIII
Quote Hoola 23-10-2024 07:55 PM
and how bout yr contribution to the society, nation?any?
-netijem tanya je
Quote opie5662 23-10-2024 07:59 PM
Setiap kali naik cerita dia mesti cerita jantan. Tu je pencapaian nye yg ada
Quote innocentsangat 23-10-2024 07:59 PM
Kenapa dia non stop promote brg yg sokong yahudi, tapi nobody say anything about it? Tang Zahirah Macwilson tu kemain kena haritu
Quote AWEKSAMURAI 23-10-2024 08:35 PM
Sejak fattah amon n fazz cerai ni kuar dh citer family pakistan ni ko nk citer pasal bekas laki mak ko ke
Quote lanacondor 23-10-2024 08:35 PM
Kalau buat kelaku elok dik, ada je geng2 vvip nak buat bini. Tapi tu la.. rugi.. kelaku x semenggah..
Quote ezacbee 23-10-2024 08:44 PM
Semoga berjodohan dgn fatah..

Tiber

Quote naina 23-10-2024 09:04 PM
Aku tak rasa dia tahan dengan ujian2 perkahwinan. Plus dia ni anak manja mak bapak. Apa2 semua cerita kat mak. Plus sekolah tak habis, tak tau dia mentelaah apa ilmu selain pormot branded stuff. Dia dibesarkan tak pernah susah. So tak sesuai kawen. Mental bakal suami.
Quote Lampuled 23-10-2024 09:12 PM
ezacbee replied at 23-10-2024 08:44 PM
Semoga berjodohan dgn fatah..

Tiber

Tiber gini mmg runtuh forum acik por berperang nuklear
Quote gugunogaga 23-10-2024 09:45 PM
Tak tau apa pencapaian minah ni selain tayang ketet & handbag?.. abg ipar tak tegur ke?
Quote sok_suci 23-10-2024 09:47 PM
Serupa ayam chorrrr
Quote Rogue98 23-10-2024 09:48 PM
Belajar pun tak tinggi mana ...otak tu asik fikir jantan...
Quote makcun14 23-10-2024 10:04 PM
dulu kak nab ngan lopak pun kemain bercerita serata alam nak bakal suami jenis berharta, matang, w x y dan z bla bla bla opkos la fussy. kononnya high standard.
pengakhirannya jodoh dorang macam mana?
begitu la. so moral of the story,
jangan bongkak. aturan jodoh takde manusia yang tau
Quote miss_perfect 23-10-2024 10:32 PM
Nama dia Nur Ameera ya? Bukan Noor Ameera?
Quote Piramida 23-10-2024 10:34 PM
Begitulahhhh...
Spender merah mu dah kering ke belum? Ke bra... Entah x ingat.. Hahaha
Quote pichee 23-10-2024 10:45 PM
blh nmpk mengakhiri zaman bujang lebih lama.
Quote Manusiabesa 23-10-2024 10:49 PM
Lepas fd menikah dgn anak azmee yg budak ni jd sewel

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.237023 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top