CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ke Singapura, Filipina baru RM700, tetapi ke Sabah harga tiket RM1,700... teruk betul' - Bung Moktar

24-10-2024 12:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 32292| Komen: 16

 


Kuala Lumpur: Isu berkaitan harga tiket penerbangan antara Sabah dan Semenanjung mahal sekali lagi menjadi tumpuan di Dewan Rakyat, hari ini.

Isu berkenaan dibangkitkan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025, petang ini.

"Minggu ini saja, harga tiket kelas ekonomi bagi perjalanan sehala RM1,700, jauh lebih tinggi berbanding perjalanan ke luar negara.

"Jika ke Singapura dan Filipina baru RM700, ke Indonesia RM600 dan ke Sabah, RM1,700. Teruk betul," katanya tanpa menyebut nama syarikat penerbangan terbabit.

 


Justeru, beliau menggunakan ruang berkenaan bagi memohon Menteri Pengangkutan, Anthony Loke cakna dengan masalah rakyat Sabah itu.

"Saya minta Menteri Pengangkutan lihat perkara ini sebab ia membebankan rakyat Sabah terutama mereka yang ulang alik (ke Semenanjung) untuk perniagaan dan sebagainya," katanya.

Bulan lalu, isu itu mendapat perhatian kerajaan apabila Kabinet bersetuju meneruskan dua inisiatif bantuan pembelian tiket penerbangan.

Bantuan diumumkan Anthony itu membabitkan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan (FLYsiswa).

Selain itu, kerajaan mengekalkan harga siling tiket penerbangan RM599 antara Semenanjung dan Sabah dan Sarawak pada musim perayaan.



Sumber  – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rbmy 24-10-2024 08:14 AM
malas aku nak ulas bab tiket flight ni.
mmg betul tiket return sabah kl sampai 1200 kdg2. murah lagi kl jakarta return. huhu kdg sama harga. contohnyee
Quote Kacangmanis 24-10-2024 08:19 AM
Ipar aku suka sangat pi Sabah. Cantik katanya tapi itulah tiket mahal.
Quote fanaz82 24-10-2024 08:45 AM
dalam malaysia pun mahal. tu sebab sampai sekarang aku xjejak sabah sarawak..lebih baik pg oversea
Quote mejaputih 24-10-2024 08:48 AM
iols mula2 plan nk bwk family besar iols (utk gathering) kat Sabah...tp ada yg tak mampu sbb tiket flight terlalu mahal (kalau anak 5 dah berapa ribu dah kena spend)..last2 pegi Bandung...lg murah...
Quote makciktijah 24-10-2024 09:14 AM
gi sabah best, org sabah pun mesra2. tp tiket mahal. nak pegi lagi pun tak tau bile.
Quote ketambangkang 24-10-2024 09:15 AM
baru tau ke cikibung? kitorg tau lama dh
Quote AbukRokok 24-10-2024 09:31 AM
Selamat dtg ke tanah yahudi timur
Sedara yahudi barat
Quote bakingsoda 24-10-2024 09:37 AM
kalau bagi subsidi, gomen boleh kawal ke airline kampeni tak naikkan harga tiket? cth bagi subsidi 200, harga tiket dinaikkan ke 1.9k pulak nnt last2 yg kenyang subsidi airline kampeni gak.
Quote msdummy.2018 24-10-2024 09:42 AM
Entahnya anthony nih..yg ko sibuk nk renew lesen online, roadtax on9..which is bagusss..jimat masa...dahlah kami kena print sndr...dah tuh...hrga roadtax insurance sama jeekkkk????

Nih tiker hrga sabah srwk mahal..apaaaa bung mokthar tuh br kuar gua ker apa? Mmg dr zaman umngok lagi korang xbuat apa2 pun khuennnn????budget pun sama merapu
Quote kucingitam 24-10-2024 11:49 AM
benda dah lama baru sedar ke? rasanya isu flight ticket tinggi ni pasal isu ruang udara juga kan?
Quote awenda507 24-10-2024 03:26 PM
bukan isu baru pun
Quote sayurmayur88 24-10-2024 03:48 PM
benda dah lama, masih xde penyelesaian
Quote Skuau 24-10-2024 04:23 PM
Edited by Skuau at 24-10-2024 04:25 PM
mejaputih replied at 24-10-2024 08:48 AM
iols mula2 plan nk bwk family besar iols (utk gathering) kat Sabah...tp ada yg tak mampu sbb tiket f ...


Puan kena terbang ke pilipin dulu..dr sana baru 'terbang' ke Sabah.....atau naik bot pom pom cam pilak tu
Quote SalenaGomez 24-10-2024 04:56 PM
Edited by SalenaGomez at 24-10-2024 04:58 PM
rbmy replied at 24-10-2024 08:14 AM
malas aku nak ulas bab tiket flight ni.
mmg betul tiket return sabah kl sampai 1200 kdg2. murah lagi ...


Betulll, pernah lepas covid haritu (tiket balik raya) - tiket flight gi london pegi balik lg murah dr tiket ke KK pegi balik.

Baik beraya ke london angkut 1 keluarga kalau dah harga gini
Quote Skuau 24-10-2024 06:06 PM
Edited by Skuau at 24-10-2024 06:12 PM

"lu olang Sabah,Selawak..mau mulah...bayar utang lulu,bayar utang lulu...maaaaa......."-Mintili
Quote mejaputih 24-10-2024 06:45 PM
Skuau replied at 24-10-2024 04:23 PM
Puan kena terbang ke pilipin dulu..dr sana baru 'terbang' ke Sabah.....atau naik bot pom pom cam p ...

jauh benor ye tu amik flight ke philipines dulu then tukar mode of transportation nk ke sabah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.204006 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top