CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

3 kali menjanda, Britney Spears kahwin dengan diri sendiri

24-10-2024 04:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10402| Komen: 18

 


HAMPIR setahun bercerai dengan suami ketiga, bintang pop sensasi Britney Spears membuat kejutan apabila mengumumkan perkahwinan terbaharunya.

Peliknya, penyanyi lagu Oops! I Did It Again itu memilih untuk berkahwin dengan diri sendiri dan menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan paling bijak yang pernah diambil sepanjang hidupnya.

“Hari di mana saya berkahwin dengan diri saya sendiri.

“Perkara ini kelihatan memalukan dan bodoh tetapi merupakan perkara yang hebat pernah saya lakukan,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Menerusi perkongsian video itu, Britney mengenakan baju pengantin sutera rona putih lengkap menggayakan layah panjang warna senada.

Tidak menyebut sepatah pun perkataan, dia hanya beraksi di hadapan kamera dengan lagu Sting, Field of Gold sebagai latar.

Barangkali enggan mengundang kecaman, penyanyi berusia 42 tahun itu turut menutup ruangan pada bahagian komen Instagramnya itu.


Pada 2 Mei lalu Britney dan suami ketiganya, Sam Asghari disahkan bercerai hanya selepas 15 bulan berkahwin.

Sebelum bersama model berdarah Iran-Amerika itu, dia pernah mendirikan rumah tangga bersama penarinya, Kevin Federline dan rakan zaman kecil, Jason Allen Alexander.

Kedua-dua perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian dan bersama Kevin mereka dikurniakan dua anak lelaki.

Perkahwinan dengan Jason pada 2004 antara kontroversi dicetuskan Britney kerana mereka hanya bergelar suami isteri selama 55 jam.

Difahamkan sekitar Disember 2022 iaitu enam bulan selepas mengahwini Sam, Britney pernah berkongsi video mendakwa berkahwin dengan diri sendiri walaupun sudah bersuami.

Begitupun, ini bukan kali pertama dia berkongsi video pelik kerana sebelum ini pernah menari dengan menunjukkan pisau selain berkuda dalam keadaan separuh bogel. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 24-10-2024 06:18 PM
eh bukan ko ke curang ngan sam haritu??
Quote alesandra 24-10-2024 06:29 PM
Aku xde rasa simpati.semoga mereput
Quote borrow 24-10-2024 10:55 PM
Patutnya time mude remaja dulu kahwin diri snd. Penat beranak penat kerja ujung2 snd jugak.
Quote fanaz82 25-10-2024 08:34 AM
kesiannya ko ni
Quote Jikookie 25-10-2024 10:48 AM
Kesian tgk dia ni. Macam hilang arah tuju
Quote seri_mawr 25-10-2024 10:48 AM
jiwa kacau dia ni...

padahal dulu2 sgt la popular....
Quote zasrfikri 25-10-2024 11:35 AM
i kesian britney sebab hidup dia hancur sebab keluarga dan org management dia dulu hancurkan life dia. dia jadi ting tong pun sebab kerap sgt ambil ubat yg tak perlu dan kesannya otak britney jadi ting tong. kalau sapa tahu kisah britney, mesti kesian kat dia.
Quote anony-mous 25-10-2024 02:07 PM
Kesian. All the money, beauty n fame in the world pon xboleh bg dia kebahagiaan. Penyebab utama ialah parent. Untung sape kat dunia dpt parent baik. Jarang tgk org yg dpt parent xelok end up berjaya.

I suka tgk jen garner hidup dia sgt hepi dgn parent
Quote kucim 28-10-2024 01:22 AM
Waktu dia innocent dulu thn 1999 2000 2001 2002..minat sgt dgn britney.
Suka semua lagu2 dia..
Kesian dia...takdir semua org x sama
Quote figurae 28-10-2024 09:30 AM
tahniah mr & mrs spears
Quote liyamariska 28-10-2024 10:46 AM
dgn keadaan Britney skrg, ai faham dgn penderitaan yg dia alami...

harap semuanya akan baik2 belaka utk Britney...
Quote CikHasanah 29-10-2024 09:18 AM
Dimanipulasi pada usia muda.
Quote misszazaz 29-10-2024 09:25 AM
pulak dah
Quote JahLupa 29-10-2024 10:07 AM
Kesiann
Quote Paiya 29-10-2024 12:54 PM
saja nak sensasi dia  ni

tau juga nak tutup ruang komen

tapi ya, kesian juga dia ni
Quote Freezies 29-10-2024 01:21 PM
Kesian..fans teringin sangat2 nk tengok dia buat comeback.Tpi apakan daya beyond repair dh dia punya tingtong.
Quote dubuk 29-10-2024 06:22 PM
Ya habibi come to Dubai
Quote afie_m 30-10-2024 09:18 AM
kesian dia ni

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.050067 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top