CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan pernah gentar pada makhluk tapi takutlah hanya pada Allah” – Ibu Aliff Aziz kembali bersuara

25-10-2024 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 43423| Komen: 29

 


Enggan berdiam diri selepas diprovokasi, ibu pelakon Aliff Aziz iaitu Fiza tampil membalas fitnah dengan menegaskan tidak takut berdepan manusia yang cuba menjatuhkan orang lain dengan cara jijik.

Begitupun, Fiza atau nama sebenarnya Siti Hafiza Basharahil memaafkan semua pihak yang membuat tuduhan liar terhadap keluarganya.

“Subhanallah fitnah manusia yang tiada akhirnya. Kami maafkan, semoga Allah kurniakan taufiq dan hidayah.

“Jangan pernah gentar pada makhluk tapi takutlah hanya pada Allah,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Menerusi perkongsian dibuat, ibu kepada tiga anak itu memuat naik semula tangkap layar artikel bertajuk ‘Ibu Aliff Aziz Takut Kalau Ramai Perempuan Yang Cuba Menggoda Aliff Semasa Berlakon’.

Menurut Fiza, perkara yang ditulis dan disebarkan pihak terbabit adalah fitnah semata-mata yang seolah-olah berniat untuk membuatkan mereka dikecam orang ramai.


Namun, wanita asal Singapura itu menaruh kepercayaan bahawa masih ada insan yang tidak mudah diperdayakan cerita palsu.


Dia juga dilihat menutup ruangan komen dipercayai bagi mengelakkan lebih banyak maklum balas negatif ditinggalkan netizen.

Nama Fiza turut terpalit dalam kes kontroversi khalwat membabitkan anaknya dengan pelakon Ruhainies yang berlaku pada 8 Mac lalu.

Pada 3 Julai pula, Aliff, 33, dan Ruhainies, 31, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan berkenaan.

Kemudian pada 17 Oktober lalu, mahkamah sama menetapkan dua hari bermula 20 Februari 2025, untuk perbicaraan kes selepas Pendakwa Syarie Masroha Duki dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memohon tarikh berkenaan.

Terdahulu, isteri Aliff, Bella Astillah memfailkan cerai sebelum mereka disahkan berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 25-10-2024 06:46 PM
Nape ye sesetengah org islam sudah terang lg beesuluh salah tp still guna Allah la..hukumla..
Quote azimodin 25-10-2024 07:26 PM
Saya cadangkan makcik nasihat anak makcik jugak. Jangan posing tunjuk jari "satu" tapi burung x reti simpan.
Quote L.U.S.M 25-10-2024 07:34 PM
Sudah2 la memekak..dh salah tu salah je laa

Ank ko bkn kena aniaya tp mmg berkhalwat..ape yang nk bising sgt..klu jenab tu curang..patut ank ko lepaskan je..nama pun laki buat jela keputusan
Quote awex^returns 25-10-2024 07:52 PM
Patut cakap tu kat anak ko lah Makcik
anak ko tak takuyt pada Allah pun nampaknya
kalau takut takde lah sampai kena tangkap khalwat ngan pompuan lain
masa status masih laki orang
hari² post pasal selawat tapi perangai macam musibat
done kecam
Quote hokeypokey 25-10-2024 07:56 PM
mak cik pija ni asik berbunyi jer nk backup anak yg tak semenggah tu..
Quote kucim 25-10-2024 07:56 PM
Waktu anak buat dosa tu tak takut pada Allah lah jugak kan.

Tanya aje
Quote Hoola 25-10-2024 08:00 PM
pepatah omoutih ada mnyebut
u breap wat u sow
Quote AWEKSAMURAI 25-10-2024 08:11 PM
Tiber je up kat forum nk tutup citer bella kena fuck pasal.konsert ke tu?
Quote Aribaariba 25-10-2024 08:58 PM
T.kasih acik tlg nasihatkan alip n ruhh. Mmg dua2 tu kena dinasihatkan utk tkt Allah
Quote mrsLucky 25-10-2024 09:45 PM
Ramai yang pernah nampak video perangai anak dia waktu mabuk kat Singapore..buka zip seluar.. bebird hampir keluar
...nasib x nampak..

Kalau kat Malaysia ok sikit perangai anak..tak mencuri, tak bergado dan mabuk2 tapi tulah walau ada bini tapi kerap tukar2 lover pula..

Apapon i doakan Ibubapa Aliff tabah dan sabar menhadapi dugaan...semua ibubapa mahu anak mereka baik2 saja..
Quote tidak_kelihatan 25-10-2024 10:00 PM
Dah agak mesti ada isu pasal mak alip dinaikkan sbb nak cover kecaman pasal suara hauk ada hati nak buat konsert kan kan kannnn
Quote AWEKSAMURAI 25-10-2024 10:12 PM
mrsLucky replied at 25-10-2024 09:45 PM
Ramai yang pernah nampak video perangai anak dia waktu mabuk kat Singapore..buka zip seluar.. bebird ...


Manusia berubah nok takut anak kita nnti lebih dari tu ...skrg alhamdulillah okey je alip .dlu dia jd cmtu sbb bini gila dok hasut mak bapak dia.Mak dia 6 bulan halau kuar umah x bercakap x apa sume family boikot dia sbb tu ending dia baik balik dgn bini gila dia..skrg alhamdulillah okey je
Quote Zazama 25-10-2024 10:16 PM
Makin banyak bercakap, makin nampak kelemahan. Bercakap bila perlu.
Quote albedah 25-10-2024 10:19 PM
Anak dia buat maksiat ada tak tazkirah anak tuuu..
Quote fcl29 25-10-2024 10:20 PM
alip dah kene banned ke blum kat malaysia ni
Quote mrsLucky 25-10-2024 11:14 PM
AWEKSAMURAI replied at 25-10-2024 10:12 PM
Manusia berubah nok takut anak kita nnti lebih dari tu ...skrg alhamdulillah okey je alip .dlu dia ...


Dengan Izin Tuhan, i doakan anak2 kita tidak akan menjadi lelaki seperti itu...

Kalau tengok perangai Aliff..lambat lagi dia nak berubah..

sekali dua..still boleh kata tersasar...kalau 11... ?

Oneday harap he berubah betul2 lah bukan menunggang kuda jer..

Btw harap Aliff jangan lupa bagi nafkah anak2...kalau Aliff tak mampu..harap ibubapa Aliff sudi tolong..
Quote hyie 25-10-2024 11:43 PM
mohon acik sekeluarga + ruru join konser bella iya....pasti meriah katanya. Amik seat VIP kalau ada. Sambil bawak sepanduk.
Quote kucim 26-10-2024 12:30 AM
mrsLucky replied at 25-10-2024 11:14 PM
Dengan Izin Tuhan, i doakan anak2 kita tidak akan menjadi lelaki seperti itu...

Kalau tengok per ...

Ini fakta kalau dilihat dari segi lifestyle hidupnya.
Masih nak enjoy memanjang dan akan dihimpit wanita2 berduit
Dia mungkin berubah bila dah sakit2
Quote mrsLucky 26-10-2024 09:19 AM
hyie replied at 25-10-2024 11:43 PM
mohon acik sekeluarga + ruru join konser bella iya....pasti meriah katanya. Amik seat VIP kalau ada. ...

I sudi pi tengok kalau dibayar..
sebab ada Ayu Damit, Marsha dan Azaharina...love their talents..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067057 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top