CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azlan Komeng, Isteri Halalkan Duit RM10,000 Yang Hilang

26-10-2024 12:08 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 67791| Komen: 29

 


Isteri kepada Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz memberitahu, dia dan suami sudah menghalalkan wang sebanyak RM10,000 yang hilang ketika mereka terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang.

Menerusi video di TikTok, Nilam berkata sehingga kini dia masih belum menerima semula duit yang hilang itu serta menghalalkan duit tersebut dunia akhirat.


“Saya nak cerita fasal isu duit kami yang hilang, ramai sangat tag dan bertanya kerana sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan dikeluarkan.

“Sehingga kini, saya masih belum terima duit yang hilang itu. Belum juga terima sebarang panggilan telefon atau mesej untuk pulangkan wang berkenaan.


“Saya sedia maklum, potensi untuk dapatkan semula duit tidak akan berlaku. Jadi selepas difikirkan, saya dan suami kata, demi Allah demi Rasul kami halalkan duit tersebut dunia akhirat,” katanya.

Sementara itu, Nilam berkata dia dan suami percaya ada rezeki lain buat mereka dan berharap pelaku berkenaan menginsafi perbuatannya.

“Kami minta pada Allah, semua Allah lapangkan dan luaskan rezeki kami sekeluarga. Kami tidak mahu fikir lagi. Kalau ada rezeki, insya-Allah.

“Untuk awak (pelaku) yang ambil duit kami, kami suami isteri halalkan duit tersebut. Supaya kejadian ini menjadi asbab untuk awak berubah, sama-sama doa.



Sumber – Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 26-10-2024 01:04 AM
Semoga Allah murahkan limpahkan rezeki buat mereka sekeluarga... Aamiiin
Quote hokeypokey 26-10-2024 02:58 AM
kesian plak kt couple ni.. semoga cepat sembuh, boleh cari rezeki baru.. semoga tuhan ganti lebih dr yg hilang tu..
Quote Moyangkucing 26-10-2024 08:01 AM
Orang yg ambil tu tak rasa bersalah langsung eh? Org lain di timpa musibah, ko tambah lagi kesusahan orang... Walaupun tak berkenan couple ni, baik hati diorang halalkan duit tu.
Quote virgocircus 26-10-2024 08:43 AM
Sian plak dgr.. bertabahlah. Semoga cpt sembuh
Quote RosieRosie 26-10-2024 08:51 AM
Alhamdulillah halal,kalau rezekimu dia dtg balik berlipat ganda.kalau xdtg,anggapla ada yg bukan halal #sekian mode setazah di pagi hari sabtu
Quote Lolalala 26-10-2024 01:55 PM
Terfikir adakah duit yg hilang tu x sebanyak yg diberitahu atau x wujud? Malas nak panjang cerita, kira halal je lah. Jahat otak iolls mikir. Sorry Nilam. Susah nak caya cerita u
Quote MisXoXo 26-10-2024 02:34 PM
Yer..terpk jugakk..wujud atau wujud duit tu.pulis kena siasat dia balik berniaga apa sblmnya..kt karnival apa yg bwk duit 10k.sbb katanya balik niaga.blh relate ke idoknya dgn kehilangan tu atau sebenonya sebaliknya..ni antara teori2.tp kalau betul..semoga rezeki tu berpatah semula
Quote blekkep 26-10-2024 02:35 PM
Lolalala replied at 26-10-2024 01:55 PM
Terfikir adakah duit yg hilang tu x sebanyak yg diberitahu atau x wujud? Malas nak panjang cerita, k ...

aiols pun sangsi setiap butir yg keluar dr mulut minah rempit lotsofmix ni
Quote Perils 26-10-2024 02:39 PM
Haritu bkn ke ade somebody trjmpe wallet dgn duit bersepah2 tepi highway?siap upload kat TT lg.nmpk brkepuk2 jugak la.
Quote sayawifenikmie 26-10-2024 02:43 PM
kenapa pulak tak boleh percaya depa hilalng rm10k
takkan orang yg baru ditimpa musbah nak menipu
biasa jer bawak duit ribu2 semasa dlm per

Quote ezacbee 26-10-2024 02:50 PM
Semoga yg curi duit tu kembung perut..
Quote Lolalala 26-10-2024 10:43 PM
sayawifenikmie replied at 26-10-2024 02:43 PM
kenapa pulak tak boleh percaya depa hilalng rm10k
takkan orang yg baru ditimpa musbah nak menipu
bia ...

Dgn zaman QR ni, dgn cerita PHD dia, dgn cerita dia x faham bahasa melayu sebab dia mix spanish dan thai dan mcm² lagi la gebangnya sebelum ni. Duit hilang tu mungkin ada tapi rasanya jumlah mcm .......... apa² pun semoga dipermudah segala urusan mereka.
Quote Lolalala 26-10-2024 10:47 PM
blekkep replied at 26-10-2024 02:35 PM
aiols pun sangsi setiap butir yg keluar dr mulut minah rempit lotsofmix ni

Kan... sangsi itu ada sebab sejarah hidup dia pun orang curiga. Lotsofmix with Phd kan
Quote dua_chzy 26-10-2024 11:12 PM
Patutnya sumpah ja jahat2.
Quote kerani_je 27-10-2024 11:52 AM
sayawifenikmie replied at 26-10-2024 02:43 PM
kenapa pulak tak boleh percaya depa hilalng rm10k
takkan orang yg baru ditimpa musbah nak menipu
bia ...

Mungkin betul hilang duit tapi x kn la jumlah sampai 10k hasil jualan hari tu..Sbb si nilam ortiz ni memang ada sejarah suka gebang..So jumlah 10k cash hilang tu i sangsi jugak..Lagi2 zaman skrg ramai org cashless..Org beli tepi jln skrg pun 70% guna qr code je..
Quote cattiecute 28-10-2024 10:43 AM
kerani_je replied at 27-10-2024 11:52 AM
Mungkin betul hilang duit tapi x kn la jumlah sampai 10k hasil jualan hari tu..Sbb si nilam ortiz  ...

sheols gebang apa je chuols?
yang PHD tu ke?
Quote zarulnazmi 28-10-2024 11:06 AM
Ada fyp kat TT orang jumpa duit bersepah kat tepi jalan dan kutip. Dia tak buat hantar ke balai polis ke?
Quote MadameOnion 28-10-2024 01:03 PM
Lolalala replied at 26-10-2024 01:55 PM
Terfikir adakah duit yg hilang tu x sebanyak yg diberitahu atau x wujud? Malas nak panjang cerita, k ...

itulah..terlampau banyak membongak dalam live tt...susah org nak percaya dah..anyway..semoga dipermudahkan urusan mereka
Quote Icecoffeeeeeeee 28-10-2024 01:49 PM
Lolalala replied at 26-10-2024 10:43 PM
Dgn zaman QR ni, dgn cerita PHD dia, dgn cerita dia x faham bahasa melayu sebab dia mix spanish da ...

Betul awal2 dia dok live dulu selalu cakap dia baru revert la apa la asal bukan malaysia. Dr kat us. Ada business kat us la apa. Tibah accident jual sos. Lahhh buat sedih.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.095285 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top