CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uyaina Arshad, suami bakal terbang ke London sambung belajar di Universiti Oxford

30-10-2024 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 27527| Komen: 71

 


Usia bukan penghalang, pengacara Uyaina Arshad bakal terbang ke London bersama suaminya, Raja Syahiran untuk mengambil kursus pendek di Universiti Oxford pada Disember hadapan.

Teruja berkongsi, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu.


“Ya, saya akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program di Universiti Oxford Disember nanti.

“Manalah tahu, selepas habis pengajian saya dapat buat master pula di sini, doakan ya.

“Memang niat saya untuk menjalankan perniagaan pada tahun hadapan selepas menyertai kursus ini,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, selain Raja Shahiran, dia juga akan membawa bersama dua orang anak lelakinya iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.

“Kalau termasuk tiket penerbangan, kelas dan makan lebih kurang RM90,000 juga saya berhabis.

“Sebenarnya, Shahiran juga akan belajar bersama nanti.

“Kami akan menghadiri kelas selama satu minggu dan dua minggu lagi kami akan bercuti sekeluarga di sana,” ujarnya.

Uyaina merupakan alumni graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) namun tidak meneruskan untuk menjadi peguam kerana menyertai program Pencarian Nona Manis sewaktu tahun akhir pengajian. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 30-10-2024 10:35 PM
Kursus pendek..duit ada..memana pun bolehhh
Quote innocentsangat 30-10-2024 10:39 PM
Ha tgk ni. Dah plan semua siap baru cerita kat org. Bukan baru berangan, dah canang itu ini. Hehehe.
Quote likilu 30-10-2024 11:11 PM
Ok la inform awal tak la terkejut sgt org London nanti tiba tiba tgk wanita berkening kehulu kehilir kat kota London tu kan
Quote likilu 30-10-2024 11:11 PM
Misai suami ni match dgn kening dia
Quote CikHasanah 30-10-2024 11:34 PM
Aset Malaysia dipinjam London - PMX
Quote anilanil 30-10-2024 11:48 PM
Mekap pompuan london sama sebijik cam mekap uyaina ni especially tang kening
Quote slyfynx 30-10-2024 11:51 PM
Ni sebijik kes Tyra kono belajar kt Harvard.
Last2 kursus pendek je.
Tu ade duit sape pun leh
Quote azimodin 31-10-2024 12:01 AM
Kursus je pon. Ingatkan memang belajar full time buat master ke, phd ke.
Quote olaklempit 31-10-2024 01:26 AM
Alahai ingatkan kursus master ke phd, alih2 kursus pendek je, siapa ada duit boleh je join apa2 kursus pendek. Tak silap masa pkp lepas ada je kursus online free by Oxford
Quote kuyu 31-10-2024 01:27 AM
1 week biasa org x cerita...kalau buat PhD baru la gempak
Quote babynina30 31-10-2024 02:50 AM
1 week sajo short course. Ala2 kak pam masa si Jali tlg buat assignment psl fridge dlu. Seminggu je dek, takyah cito lah hai. Kot 6 bln ke gagah lg
Quote cmf_jeangrey 31-10-2024 03:22 AM
Ni bukan sambung belajar tapi kursus seminggu..ada option online tapi gitulah kan lebih gah kalau jejak kaki ke oxford

Quote cm_vungtau 31-10-2024 05:30 AM
Oxbridge kata kau @Kitty_catz
Quote stingerbumpy 31-10-2024 05:57 AM
slyfynx replied at 30-10-2024 11:51 PM
Ni sebijik kes Tyra kono belajar kt Harvard.
Last2 kursus pendek je.
Tu ade duit sape pun leh

Ctcaras yg duit berkepok kepok  sampai lani pun masih....how would you like to have your coffee madam? In a cup and saucer please...

Kahkahkahkahkahkah
Quote MatDeghem 31-10-2024 06:20 AM
Laaa....kursus pendek.

nanti dah boleh jadi alumni oxford ke lepas ambil kursus pendek


Quote MatDeghem 31-10-2024 06:21 AM
stingerbumpy replied at 31-10-2024 05:57 AM
Ctcaras yg duit berkepok kepok  sampai lani pun masih....how would you like to have your coffee ma ...

amacam bhai....
Quote DukunSentet 31-10-2024 07:03 AM
cmf_jeangrey replied at 31-10-2024 03:22 AM
Ni bukan sambung belajar tapi kursus seminggu..ada option online tapi gitulah kan lebih gah kalau je ...

Janji leh bergambar depan okspod..boleh brag kat medsos..itu kekdahnya even 1 week jer..
Quote Hoola 31-10-2024 07:15 AM
wow bc tjuk gempak
bc isi

kita tunggu brita yg hang betul2 stdy sana ya
Quote MeowPARSI 31-10-2024 08:17 AM
Hari tu,, sapa yg nk saman dia eh... Ada ke?

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.077839 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top