CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saksi seolah bunuh diri jika sengaja beri keterangan tak sebelahi Najib - Hakim

30-10-2024 10:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28717| Komen: 6

 


KUALA LUMPUR: Saksi utama kes skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bukan rakan jenayah dan tiada motif memberi keterangan bagi menganiaya Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai kuasa besar sebagai Perdana Menteri dan Menteri kewangan.

Mereka membabitkan bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang membacakan penghakiman di akhir kes pendakwaan, berkata keterangan saksi itu mengenai hubungan Najib dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho adalah konsisten dan berkait antara satu sama lain.

"Berdasarkan bukti yang dikemukakan, tertuduh berada pada kedudukan paling atas dalam proses membuat keputusan.

"Saksi seolah-olah membunuh diri sendiri sekiranya dengan sengaja memberi keterangan yang tidak menyebelahi tertuduh.


"Perlu diingatkan saksi ini bukan individu yang dibicarakan dan dengan mengambil kira dakwaan terhadap mereka, saya dapati keterangan mereka berhubung isu utama boleh dipercayai," katanya.

Hakim itu berkata, keterangan yang diberikan Najib kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menunjukkan bahawa beliau sendiri mengakui menerima wang dalam akaunnya dan menggunakan wang terbabit bagi pelbagai tujuan.

Sequerah berkata, keterangan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Penguasa Kanan Nur Aida Arifin juga menunjukkan terdapat usaha Najib untuk menyembunyikan skandal 1MDB dengan bantuan beberapa individu lain.

Katanya, ia melalui sembilan rakaman audio yang diperolehi saksi itu ketika menjalankan siasatan.

Pada perbicaraan sebelum ini, beberapa rakaman audio dimainkan di mahkamah termasuk perbualan di antara Najib dengan seseorang yang dipanggil 'Yang Mulia' (Your Excellency).



Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 31-10-2024 02:21 AM
Memalukan. Bekas PM jadi banduan, bekas banduan jd PM. Oh Malaysiaku !
Quote manopBKK 31-10-2024 02:31 AM
Orix replied at 31-10-2024 02:21 AM
Memalukan. Bekas PM jadi banduan, bekas banduan jd PM. Oh Malaysiaku !

Lagi memalukan bila tak reti berundur hilang deposit
Quote Orix 31-10-2024 10:47 AM
manopBKK replied at 31-10-2024 02:31 AM
Lagi memalukan bila tak reti berundur hilang deposit

Lagi malu peliwat jd PM
Quote kemaruk 31-10-2024 11:08 AM
Takpe la bossku

Yang terpilih je nampak kebenaran
Quote kemaruk 31-10-2024 11:13 AM
Dari LSS

Peguam Najib kata hakim kes Tanore-1MDB Najib tidak sepatutnya benarkan dan bergantung kepada "khabar angin" atau hearsay yang dibawa oleh saksi pendakwaan yang bermasalah untuk putuskan ada kes prima facie yang perlu dijawab Najib.

Namun hakim kata saksi-saksi pendakwaan boleh dipercayai sebab:
1. Mereka berterus-terang mengaku dalam mahkamah bahawa mereka menerima "hadiah" dari Jho Low dan bukan rakan sejenayah dengan Jho Low.
2. Mereka tiada sebab untuk fitnah dalam mahkamah untuk kenakan Najib.

Antara saksi-saksi yang berterus-terang ini termasuk:
1. Zeti yang kata dalam mahkamah bahawa dia tak tahu suami dan ahli keluarganya pernah menerima dana sehingga RM700 juta dari Jho Low dalam akaun melibatkan mereka biarpun SPRM pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dana sebanyak RM65 juta dalam akaun milik suami dan anak-anaknya di Singapura telah dikembalikan.

Zeti dikatakan hakim sebagai bukan rakan sejenayah biarpun mahkamah USA telah diberitahu bahawa pindaan dana dari 1MDB ke akaun palsu offshore sebanyak US$1 bilion telah diluluskan BNM secara serta merta setelah "sogokan telah diberi".

2. Bekas ketua peguam 1MDB Jasmine Loo yang menerima RM100 juta sebagai "hadiah" dari Jho Low dan telah melarikan diri selama 4 tahun tetapi terpaksa minta kerajaan Malaysia selamatkan dia bila dia didapati menggunakan pasport palsu di Myanmar.

Jasmine juga telah didakwa oleh kerajaan Malaysia dalam kes 1MDB pada tahun 2018 tetapi perbicaraan tidak pernah berjalan.

3. Amhari yang telah menerima dana hampir RM4 juta dari Jho Low.

Ya, mereka tiada motif untuk kenakan Najib untuk selamatkan diri biarpun setiap mereka sepatutnya juga didakwa oleh kerajaan tetapi tidak didakwa ataupun sudah didakwa tapi kes tak berjalan.
Quote kemaruk 31-10-2024 11:14 AM
BNM lulus pindahan USD1 bilion selepas sogokan diberi, Leissner beritahu mahkamah AS

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/02/23/leissner-beritahu-mahkamah-as-bnm-lulus-pemindahan-usd1-bilion-selepas-sogokan-diberi/

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.044564 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top