CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tular rakyat Malaysia jadi tentera upahan di Ukraine, ahli keluarga enggan komen

30-10-2024 11:10 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 50456| Komen: 91

 


Kangar: Seorang lelaki tidak menafikan atau mengiyakan bahawa individu yang tular di media sosial kononnya berjuang di Ukraine, dan didakwa dikenal pasti sebagai tentera upahan asing melalui MyKad serta lesen memandu, adalah ahli keluarganya.

Ketika ditemui di sebuah taman perumahan di daerah ini, lelaki berusia 20-an serta dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan individu tular terbabit, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

"No comment, no comment (tiada ulasan, tiada ulasan)," katanya ringkas.

Tinjauan di kediaman berkenaan juga mendapati, rumah dua tingkat berkenaan sunyi tanpa kelibat ahli keluarga lain.

Semalam, tular penemuan dua keping gambar yang menunjukkan MyKad dan lesen memandu rakyat Malaysia yang didakwa ditemukan di medan peperangan antara Ukraine dan Rusia.

Lelaki yang tular itu kononnya membabitkan diri sebagai tentera upahan dalam '16th Rifle Batallion Ukraine' yang mana ia sedang berdepan dengan ketumbukan tentera Rusia di Ukraine.


Dokumen berkenaan antaranya menunjukkan alamat berdaftar di Padang Besar, Perlis.

Selain itu, turut ditunjukkan dalam gambar yang tular ialah pasport negara lain dipercayai milik individu yang turut berada di lokasi berkenaan.

Dikatakan, kedua-dua dokumen itu ditemukan selepas kejayaan tentera Rusia menawan kubu tentera Ukraine di Livadny, Zaporizhia, Ukraine


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 30-10-2024 11:19 PM
Ketumbukan tu apa?
Quote alesandra 30-10-2024 11:23 PM
Cina kann? nak tergelak aku..kt sini kemain berlagak xnak masuk askar.kt luar boleh pulak ko terpaling pejuang
Quote jari10 30-10-2024 11:25 PM
Ketumbukan?
Quote JohnDeSouza 30-10-2024 11:30 PM
ada link?
Quote Dwdrum 30-10-2024 11:32 PM
Ada juga yang pergi perang dari jadi pakar theory and maki di forum
Quote gigahertz 31-10-2024 12:06 AM
alesandra: Cina kann? nak tergelak aku..kt sini kemain berlagak xnak masuk askar.kt luar boleh pulak ko terpaling pejuang
kalau ikut address kat lesen dia . kampung melayu.

Quote ultra78 31-10-2024 12:20 AM

[twitter]https://www.twitter.com/Zlatti_71/status/1850874016958988721/photo/2[/twitter]
Quote izriani 31-10-2024 12:44 AM

sinonim bagi pasukan dlm bahasa melayu lama
Quote ninja boy 31-10-2024 01:40 AM
Anjing ada
Quote evlinne 31-10-2024 03:26 AM
Edited by evlinne at 31-10-2024 03:27 AM
alesandra replied at 30-10-2024 11:23 PM
Cina kann? nak tergelak aku..kt sini kemain berlagak xnak masuk askar.kt luar boleh pulak ko terpali ...


Yess cinkies uolsss
Tpi klau dah duduk padang besaq ni konfem ada darah siam sikit kot. Siam perut hijauuu tu xde rasa serba salah agaknyaa

Kt negara sendiri low class klau jdi askar
Mmg sial yach negara sendiri ko x nak berjuang, tpi negara org ko mati2 pertahankan
Lucut jela citizenship ngkauuu
Quote otai_g 31-10-2024 03:32 AM
shernazz replied at 30-10-2024 11:19 PM
Ketumbukan tu apa?

Batalion la bang. Banyakkan membaca. Bangsa membaca bangsa berilmu.
Quote otai_g 31-10-2024 03:34 AM
Bg seseorang yg x ada asas tentera pastu tetiba pg berperang mmg bodo la cerita dia. Ntah2 join rekrut 6 bulan kat port Dickson pun blm tentu lepas. Bukan mudah, ckp semua org boleh tp bila buat baru Tau.
Quote sapeka 31-10-2024 05:24 AM
Boleh ke macam tu?
Quote Thunderclouds 31-10-2024 06:59 AM
otai_g replied at 31-10-2024 03:34 AM
Bg seseorang yg x ada asas tentera pastu tetiba pg berperang mmg bodo la cerita dia. Ntah2 join rekr ...

The money must be good ler tuhh..
Quote cap_ayam 31-10-2024 07:10 AM
Macamana boleh dapat kerja ni
Quote annehuda 31-10-2024 07:11 AM
alesandra replied at 30-10-2024 11:23 PM
Cina kann? nak tergelak aku..kt sini kemain berlagak xnak masuk askar.kt luar boleh pulak ko terpali ...

Noks aku teringat la plak classmate aku type C sarawak. Kitorg uni kat UKM je ye. Masa belajar kt ukm tu takde pun dia masuk palapes ke askar wataniah ke. Tetiba baru2 ni dia up gmbr pakai uniform rela singapore.Kecoh gakla kat group wasap kitorg masa tu. Tapi dgr citer die dh jadi warganegara sana dah tp sempat la degree kt malaysia
Quote pooh~key 31-10-2024 07:11 AM
Akak syak heols jatuh chinta dengan abang kekar tentera ukraine la kot noh sissy? Tu yang membakar semangat heols untuk join sama sissy.
Quote annehuda 31-10-2024 07:13 AM
1000353855.jpg

Mungkin dia confused antara bendera perlis dan ukraine kot
Quote grouper 31-10-2024 08:21 AM
Maybe dia drone operator...ape pun org Perlis tinggal 7 org je ke skang

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053469 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top