Oleh AdibZA Siapa sangka, kisah seorang lelaki bernama Zulkifli, 50 yang didakwa membunuh seorang perompak di rumahnya, di Kerteh Terengganu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dalam sekelip mata. Ia menjadi viral di laman sosial dan masyarakat bertalu-talu menunjukkan sokongan, dan rasa simpati kepada Zulkifli yang dianggap sebagai mangsa keadaan. Bayangkan seseorang yang didapati mempertahankan diri daripada perompak di kediamannya kemudian ditahan dan didakwa menyebabkan kematian perompak itu. Justeru, sebuah laman di Facebook diwujudkan bagi mendedikasikan sokongan orang ramai kepada Zulkifli. Laman yang dipanggil Selamatkan Zulkifli itu antara lain memberikan informasi terkini dan perkembangan semasa Zulkifli. Dalam masa beberapa hari sahaja, laman itu telah mencatatkan jumlah pengikut yang memberangsangkan, lebih 50,000 orang setakat petang ini. Melalui medium di laman sosial itu, orang ramai tidak melepaskan peluang memberikan komen mereka seperti di bawah: Apa pun, keberanian Zulkifli mempertahankan diri dan keluarganya sangat memberi inspirasi kepada masyarakat. Meskipun dalam beberapa laporan berita sebelum ini menyatakan keluarga Zulkifli terpukul dengan tohmahan dan hinaan sebagai pembunuh, namun kini lebih ramai yang memandang sebaliknya. Mereka kini menggambarkan Zulkifli sebagai hero sebenar di hati masyarakat. Semoga perjalanan kes ini dipermudahkan dan keadilan buat insan ini dapat ditemui. Amin - CARI Infonet
|
11
Bagus |
24
Marah |
15
Terkejut |
13
Sedih |
16
Lawak |
26
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lorra2411:   <a href="http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=939651" target="_blank">http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=939651</a>
ADVERTISEMENT