CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Saya bukan anti maha kaya tapi kalau kaya bayarlah subsidi’ - Anwar Ibrahim

2-11-2024 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 59591| Komen: 37

 


KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi terhadap golongan berpendapatan tinggi dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini adalah sebagai inisiatif membantu golongan berpendapatan rendah.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar dakwaan seperti ‘Robin Hood’ dan beliau melihat tindakan itu adalah munasabah serta adil.

“Bila pembentangan di Parlimen, lebih ramai bicara pertahankan T15 daripada mereka yang berpendapatan rendah daripada itu. Saya bukan anti maha kaya tapi saya kata, kalau kaya bayarlah (subsidi).

“Saya rasa munasabah penarikan itu kerana mereka mampu dan itu bukan diskriminasi. Dengan ini, pendapatan juga bertambah dan bantu di bawah.

“Kalau kita nak jaga golongan miskin, kita mesti ada sumber yang cukup. Kita mewarisi hutang mencecah RM1.5 trilion dan kita tidak mahu cukai rakyat jadi kita cukai sedikit terhadap golongan maha kaya,” jelasnya dalam Program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) di sini, hari ini.


Katanya, Malaysia antara negara yang memberikan subsidi tertinggi dan sistem percukaian terendah di dunia.

“Kerajaan cuma mahu mereka bayar harga kos, bagi saya itu adil. Jika ada pihak yang nak jadikan isu politik, tidak adil dan tidak munasabah itu kerana melibatkan perniagaan mereka.

“Insya-Allah kita akan melaksanakan sebaiknya demi menyelamatkan rakyat dan negara ini,” tegasnya.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad. 


Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 2-11-2024 12:16 PM
Diam lah Nuar .. gaji 15k apa yang maha kaya nya
Quote Orix 2-11-2024 01:15 PM
Bukan dh bayar melalui cukai ? Abistu subsidi tu duit dari mana dari siapa kalau bukan dari cukai mahakaya ?
Quote kakikuDibibirmu 2-11-2024 01:17 PM
Gaji redditor 50 ribu ringgek tersenyum sinis
Quote Lolalala 3-11-2024 01:37 PM
Sekarang ko selesaikan dulu golongan x de ic yg menikmati subsidi di Malaysia ni. Dah laaa x bayar cukai, menikmati pulak hak milik warganegara
Quote olaklempit 3-11-2024 01:45 PM
Edited by olaklempit at 3-11-2024 01:47 PM

Gaji 15K selepas dicampur laki bini apa yg kayanya. Rata2 bayar loan rumah sekarang 3K, yg belajar lepasan Uni sure ada loan. Anak2 lagi. Itupun sibuk nak kenakan yuran uni ikut rank B, M, T juga
Quote honeybee1802 3-11-2024 03:27 PM
Dah bayor cukai non...kami tak lari dr cukai non....
Tak pe la non....Allah ada non....
Quote pocongkiutss 3-11-2024 03:37 PM
Mahakaya kepala hotak kau
Quote monreyes 3-11-2024 05:04 PM
lom pernah dlm sejarah PM kejenya mengikis duit rakyat...kau lah yg pertama...income tax dah auto potong..zakat lagi...kalau la boleh create potongan subsidi melalui gaji..mesti kau buat...
Quote imanjannah 3-11-2024 06:27 PM
Mahakaya mcm vivik ke..
Quote FOTHER-MUCKER 3-11-2024 07:24 PM
Sepatutnya satu Malaysia boleh menggunakan barangan subsidi,

Quote green~tea 3-11-2024 07:29 PM
Edited by green~tea at 3-11-2024 07:31 PM

Bukan anti.. tp ko tu penunggang isu populist
Quote Tinot7 3-11-2024 07:45 PM
Nak kata cukai yg dibayaq tak cukup bak tampung sabsidi la tu.. apa kata takde sabsidi, pastu bg bersasar utk sumer rakyat mesia? Pukul sama rata duit minyak baper sebulan.. dah alang2 tak cukup duit, kan..
Quote mejaputih 3-11-2024 08:00 PM
Tinot7 replied at 3-11-2024 07:45 PM
Nak kata cukai yg dibayaq tak cukup bak tampung sabsidi la tu.. apa kata takde sabsidi, pastu bg ber ...

Dia mana berani nk buat..
Quote Tinot7 3-11-2024 08:01 PM
mejaputih replied at 3-11-2024 08:00 PM
Dia mana berani nk buat..

Kena verani la..
Quote mejaputih 3-11-2024 08:08 PM
Tinot7 replied at 3-11-2024 08:01 PM
Kena verani la..

X populist..agaknya..pdhal itu terbaik utk elak pendatang2 dpt beli brg bersubsidi...
Quote Tinot7 3-11-2024 08:10 PM
mejaputih replied at 3-11-2024 08:08 PM
X populist..agaknya..pdhal itu terbaik utk elak pendatang2 dpt beli brg bersubsidi...

Ntah2 deme pun ngundi.. sbb tu kena bg sabsidi jua
Quote mejaputih 3-11-2024 08:15 PM
Tinot7 replied at 3-11-2024 08:10 PM
Ntah2 deme pun ngundi.. sbb tu kena bg sabsidi jua

Mana tahu kan kan kan..tu yg x verani tu...
Quote slyfynx 3-11-2024 08:28 PM
Tp yang tersangat kaya ade je cara nk lepas cukai.
Sudahnye yang x bape kaya lak kene hukum
Quote kucing_gebu 3-11-2024 08:46 PM
Edited by kucing_gebu at 3-11-2024 08:48 PM

lps ni kau tutup je sekolah2. biar semua jd mahabodoh maha merempat..xpayah belajar tinggi2 kerja elok2..

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.052989 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top