CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tempat yang sama, kisah yang berbeza" - Shuib undang sebak, memuat naik foto mengimbau kenangannya menunaikan umrah

2-11-2024 07:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 72031| Komen: 53



Rindu takkan pernah habis, pelawak dan usahawan Shuib mengundang sebak apabila memuat naik foto mengimbau kenangannya menunaikan umrah bersama Allahyarham Siti Sarah sekitar enam tahun lalu.

Menerusi perkongsian Instagram tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, memuat naik foto dipeluk isterinya, Watie Hanafiah ketika berada di Jabal Rahmah namun momen sama pernah dirakamnya bersama Siti Sarah sebelum ini.


“Tempat yang sama, kisah yang berbeza. Jabal Rahmah jadi saksi pertemuan dua cinta. #2018/2024,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Paling membuatkan ramai tersentuh apabila Shuib turut memuat naik foto Siti Sarah tersenyum manis duduk di atas batu dengan lengkap berpakaian serba putih.

Sementara dalam ruangan komen, netizen sayu melihat foto arwah namun dan dalam masa yang sama mereka turut memuji keperibadian Watie sebagai isteri serta ibu tiri.

“Gambar terakhir macam Sarah memandang semua dari kejauhan, sendiri. Al-Fatihah.

“Sebenarnya hati yang paling kuat ketika ini ialah Watie.

“Foto terakhir itu seperti arwah tersenyum gembira melihat suami dan anak-anaknya berada dalam tangan orang yang baik,” komen netizen.


Difahamkan, Shuib turut membawa tiga anaknya iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin menunaikan umrah ketika ini.

Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya akibat Covid-19 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sebelum itu, arwah menjalani pembedahan melahirkan anak bongsunya iaitu Ayash Affan ketika kandungan berusia lapan bulan.

Shuib kemudian mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun tahun lalu di Putra Glass Heights.  

Sumber -KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bublysnowflake 2-11-2024 07:38 PM
Edited by bublysnowflake at 2-11-2024 08:15 PM

bila nk hbs...arwah tu dh nk masuk thn ke 4 dh kan
mengimbau blh tp xyah la setiap thn nk kena inform net..kang kena kutuk sentap pula
Quote Mary_jane 2-11-2024 07:47 PM
Oh dah boleh fly overseas.
Quote Belibis 2-11-2024 07:47 PM
Ya lahhh ib..ko ajer yang mengundang sebak netijen.
Quote ezacbee 2-11-2024 08:04 PM
Jangan kecam nanti kena saman berjuta.

Susah oo..

Quote MeowPARSI 2-11-2024 08:10 PM
Xyh up berita dia,, lntakkn dia nk mngenang bagai,, sat lg beria saman
Quote bublysnowflake 2-11-2024 08:13 PM
MeowPARSI replied at 2-11-2024 08:10 PM
Xyh up berita dia,, lntakkn dia nk mngenang bagai,, sat lg beria saman

la dia pernah saman menyaman ke sblm ni?
Quote bottompro 2-11-2024 08:25 PM
Next.  Recycle ja Modus operandi utk kekal relevant
Quote Hoola 2-11-2024 08:33 PM
mai dah
ko fokus ibadah je laaaaa

rkyat dh muak!!!!
Quote Aneem 2-11-2024 08:59 PM
Iyolahhhh
Quote brainbiru 2-11-2024 09:58 PM
SAMPAI BILA?
Quote Joysparta 2-11-2024 11:55 PM
Kalau i jadi watie...haihhhhhhh
Quote suri33 3-11-2024 12:19 AM
Sucinya hati dak watie ok je laki mtk pose mcm masa dgn arwah. Hok hok.
Quote slyfynx 3-11-2024 12:41 AM
Karang kalau tegur ade lg yang die nk ugut saman.
Shahmira, just STFU
Quote Tiggybiru 3-11-2024 05:59 AM
Perlu ke sentiasa nak bandingkan mcm ni
Quote honam 3-11-2024 04:03 PM
so sweet
Quote arffa 3-11-2024 04:47 PM
Boleh ye watie turutkan je bergambar mengenang arwah bini? Takde identity sendiri ye lepas kawen semua kena mirip arwah bini
Quote fair_iza 3-11-2024 07:37 PM
Menyampah dgn perangai netizen terpaling boleh bc air muka org.
Quote JahLupa 3-11-2024 07:45 PM
Aku x leh dia ni. Soft spot pun xde. Apa dia buat serba x kena aku rase. Kawen pulak ngan watek. Lagi la x berminat
Quote missyL 3-11-2024 11:18 PM
Huhuhu
Mmg pg niat nk pg amek gmbr ke.
Yelaaaa kenangan
Lantok mu la ib

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.035827 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top