CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hanya Bertahan 2 Tahun, Jay Iswazir & Isteri Bercerai

3-11-2024 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 47221| Komen: 43

 


Baru saja memasuki bulan November, kali ini pelakon Jay Iswazir dan isterinya, Azzahra Ahmad dilapor bercerai pada 28 Oktober lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Azzahra di Instagram miliknya mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Azzahra tidak mendedahkan punca perceraian mereka. Kata Azzahra lagi, dia membuat penjelasan itu bagi mengelakkan salah faham dan fitnah.


“Bismillahirohmanirrahim… Dengan ini saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Ahmad Iswazir Ismail telah terlerai. Kami telah berpisah.

“Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum dan atas sebab-sebab tertentu juga. Sebab apa kami berpisah rasanya tidak perlu saya umumkan yang tau saja cukuplah,” katanya.

Sementara itu, Azzahra turut harapan agar bekas suaminya itu menunaikan tanggungjawabnya selepas bercerai. Azzahra sempat menitipkan ucapan terima kasih

“Semoga dalam tempoh edah ini, saya berharap agar awak dapat menunaikan tanggungjawab dan jangan mengambil mudah lagi.

“Cukuplah dengan apa yang terjadi selama ini, saya sudah cukup bersabar. Terima kasih atas segalanya sepanjang kita bersama sebagai suami isteri.

“Maaf atas segala kekurangan, halalkan makan minum saya. Mohon doakan yang terbaik untuk kami berdua meneruskan hidup masing-masing selepas ini,” tulisnya.


Sumber - Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote takkizawa 3-11-2024 04:16 PM
Sorry. Tak kenal.
Quote dua_chzy 3-11-2024 04:17 PM
Perceraian rakyat marhaen pun masuk bogos (bod gosip) ke?
Quote ihtisyam1 3-11-2024 04:21 PM
sape ni... sape yang artis laki ke bini
Quote bellaamsar 3-11-2024 04:24 PM
ihtisyam1 replied at 3-11-2024 04:21 PM
sape ni... sape yang artis laki ke bini

Laki tu retis
Quote Manusiabesa 3-11-2024 04:34 PM
Sllu keliru dia ni dgn idzham ismail. Xtau la kenapa..muka xsama pun tp sllu tetukor... sbb dedua pegang watak penjenayah kut... huhu. Elok pulak2 dua2 pun berserai haaaa. Takziah
Quote hokeypokey 3-11-2024 05:26 PM
Laki tu pun kalau berlakon mesti watak jahat, kalau prangai sebenar pun azab cpt2 la angkat kaki
Quote makneng 3-11-2024 05:37 PM
Wpun dia ni muka awam tapi berlakon tak gampang mcm retis2 perasan artis
Quote TerataiMelur02 3-11-2024 05:49 PM
Laki bini pelakon cuma bini tu selalu watak tempelan cuma..

Ayat dia dah cukup sabar tu adakah ex laki baran?
Quote Shayang 3-11-2024 06:04 PM
Bercerai laa kamu bah

Quote pavlovachoc 3-11-2024 07:16 PM
Jarak umur diorang ni jauh jgk ..si lelaki .masa diorang bercinta pelik jgk macam mana boleh jatuh hati
Quote shy79 3-11-2024 07:43 PM
laki ni yg muka berparut kt pipi kan?
pic atas tu filter sgt sampai hilang rupa asal..
notice la jgk muka dia ni sbb selalu berlakon watak jahat
Quote Perawankota 3-11-2024 09:34 PM
Ke sebab laki tak byk job
Quote doubleA 3-11-2024 09:37 PM
ihtisyam1 replied at 3-11-2024 04:21 PM
sape ni... sape yang artis laki ke bini

Dua2 pelakon, laki tu selalu dapat watak jahat sebab muka berparut. Perempuan tu pun berlakon, tapi bukan watak utama la
Quote doubleA 3-11-2024 09:37 PM
dua_chzy replied at 3-11-2024 04:17 PM
Perceraian rakyat marhaen pun masuk bogos (bod gosip) ke?

Dorang dua bekas laki bini ni pelakon cikgu
Quote Whitney72 3-11-2024 10:52 PM
Laki jenis spesis Butah kot..beri nafkah ciput
Quote anony-mous 3-11-2024 11:19 PM
Jay ni berlakon punya best, tp sbb xhensem xbyk berlakon. Dia jd bisu tu best. Ingatkan bebetul bisu. Muka ada iras pelakon b99 tu
Quote heythere123 3-11-2024 11:47 PM
gebang betul ex nya. Ayat atas cakap ytjt, tiba2 bawah shade pulak.

cakap je terus kalau member tu culas bagi nafkah. Takyah la buat contradicting statements in one paragraph gittew
Quote heythere123 3-11-2024 11:48 PM
Manusiabesa replied at 3-11-2024 04:34 PM
Sllu keliru dia ni dgn idzham ismail. Xtau la kenapa..muka xsama pun tp sllu tetukor... sbb dedua pe ...

omg iols baru tahu si idzham tu pon nak cerai dah. Haritu masa ada rumour kata theyols cam goyah tapi heols nafi. Rupanya memang sohih la ye rumour tu
Quote heythere123 3-11-2024 11:50 PM
Manusiabesa replied at 3-11-2024 04:34 PM
Sllu keliru dia ni dgn idzham ismail. Xtau la kenapa..muka xsama pun tp sllu tetukor... sbb dedua pe ...

fun fact, both ex wife masing-masing stewardess.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.042792 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top