CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Biasalah Asam Garam Rumah Tangga, Selagi Tak Ke Mahkamah Bercerai Ke, Kami Okay Saja” - Uqasha Senrose

3-11-2024 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 44983| Komen: 8

 


Pelakon Uqasha Senrose tampil menjawab serta menafikan dakwaan rumah tangganya dengan aktor Kamal Adli sedang dilanda badai.

Memetik mStar Online, Uqasha berkata setiap pasangan suami isteri pasti akan menjalani ujian rumah tangga dan menganggap ianya asam garam dalam perkahwinan.

Menurut Uqasha lagi, dia dan Kamal kini masih dalam fasa ‘struggle’ apatah lagi baru menimang anak pertama pada April lalu serta tidak tahu siapa yang keluarkan dakwaan rumah tangga mereka bergolak.

“Dalam rumah tangga semua ada pasang surutnya. Takkan semua nak kongsikan baik buruk di media sosial. Biasalah, itu asam garam dalam rumah tangga selagi tidak ke mahkamah bercerai ke, kami okay sahaja.


“Nak kata saya bahagia sepanjang masa pun tidak, sedih sepanjang masa pun tak. Lagipun ini anak pertama jadi, masing-masing sedang ‘struggle’. Ini hanya gaduh kecil sahaja. Saya pun tidak tahu siapa yang keluarkan perkara (dakwaan) ini,” katanya.


Sementara itu, Uqasha berkata dia mengakui bukan mudah untuk pertahankan rumah tangga namun dia dan Kamal akan melakukan yang terbaik serta mental perlu kuat.

“Ajal, jodoh dan maut di tangan tuhan. Apabila diuji, sekuat mana kita nak pertahankan itu semua terletak pada diri kita dan pasangan. Semua pasangan Allah uji. Nak bertahan bukan mudah, malah nak dapatkan syurga pun bukan mudah.

“Susah nak bertahan lagi-lagi dengan mulut orang luar. Apa-apa pun mental kena kuat, terutama apabila saya sudah menjadi seorang ibu,” katanya.

SUMBER: mStar Online, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 3-11-2024 05:24 PM
terawal plak komen.. takpe uqa kitaorang menghitung tahun jer berapa lama korang bertahan.. ko pun jenis cpt bosan ngan laki, laki ko plak nampak mcm baran..
Quote Perawankota 3-11-2024 09:33 PM
Qasha lom masuk berlakon lagi ke
Quote Matyam 3-11-2024 11:30 PM
hokeypokey replied at 3-11-2024 05:24 PM
terawal plak komen.. takpe uqa kitaorang menghitung tahun jer berapa lama korang bertahan.. ko pun j ...

Jarang tak tepat gosip kat porum ni kan sis. Semua mengena. Ungka get ready
Quote dua_chzy 3-11-2024 11:35 PM
Nampak marhaen lak Uqa debab camtu. Marhaen cantik la tapi.
Quote heythere123 3-11-2024 11:43 PM
Matyam replied at 3-11-2024 11:30 PM
Jarang tak tepat gosip kat porum ni kan sis. Semua mengena. Ungka get ready

tulah, walaupun porumer ada yang serkap jarang, tapi tea theyols lama2 akan jadi realiti
Quote hokeypokey 4-11-2024 12:37 AM
Matyam replied at 3-11-2024 11:30 PM
Jarang tak tepat gosip kat porum ni kan sis. Semua mengena. Ungka get ready

sedangkan yg nampak sekufu, sepadan, terpaling loving pun bercerai, inikan plak yg dr awal nampak cam tak kena jer.. ada duit ada rupa senang jer nk angkat kaki..
Quote tuntasha 4-11-2024 07:03 AM
dari cara she portrays herself on social media, gedik,cakapan dia macam-macam  manja-manja mulut muncung, suka merajuk dipujuk ni,aku sebagai
pompuan pun macam jadi letih nak layan.

aku ada je members camni aku tak kuasa nak melayan.
Quote starcity 4-11-2024 07:05 AM
Apa cer kes dia & kazen tampar maid? Tak kan lepas mcm tu je

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.106168 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top