CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Sefahaman & Shiqaq Berpanjangan, Diana Danielle Sekali Lagi Fail Cerai

4-11-2024 02:51 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15535| Komen: 59

 


Tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara sebab pelakon Diana Danielle memfailkan cerai sekali lagi terhadap suaminya, Farid Kamil hari ini.

Memetik Bernama, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata dia dan anak guamnya sudah berbincang sebulan lalu yang memintanya bersiap sedia.

“Permohonan cerai yang dibuat oleh Diana untuk kali kedua ini atas alasan Diana tidak boleh lagi hidup bersama dengan Farid, tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan atau pergaduhan yang tidak boleh dibaiki,” katanya.

Dalam pada itu, Akberdin berkata plaintif turut memfailkan permohonan rujuk susulan penceraian kali pertama yang berlaku antara pasangan selebriti itu pada 10 Ogos tahun lepas.

“Mereka telah rujuk pada 9 Sept tahun lepas, sebulan selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari. 


“Apabila sudah rujuk, ia perlu didaftar dan mahkamah akan keluarkan sijil rujuk sebagai bukti mereka sudah bersama semula sebagai suami isteri.

Sementara itu, Akberdin memberitahu ahkamah menetapkan sebutan kes bagi dua permohonan itu adalah pada 20 November depan.


SUMBER: Bernama, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-11-2024 02:59 PM
Bila pakai tudung auto acik2...
Quote sukacactus 4-11-2024 03:00 PM
Ha camni la
More action less talk
Quote L.U.S.M 4-11-2024 03:04 PM
BY RIGHT BILA KO DH LANTIK LAWYER
SETAKAT FILING COURT DOCUMENT
KO XPYH DTG PUN XPE
TU LA GUNANYA LANTIK LAWYER
KO BYR DIA UTK BUAT KEJE ON UR BEHALF
NI TIDAK
NAK SGT ATTENTION KAN
ACAH2 TERSAKITI SGT
PADAHAL KO YANG MINTA RUJUK DGN FK
BKN FK PUN
FK DH SIAP LAFAZ CERAI DH
MANA ADA DIA SIKSA KO
TUPTUP NOW KO POST STATUS IGS DRAMA KEKONON NK GAMBARKAN FK ZALIM IF DIA PROLONG THIS DIVORCE PROCESS
CELAH MANA NK EXPRESS CERAI
RUJUK PUN KO XDAFTAR LAGI

Aku xsuka FK tp aku menyampah cara DD this time around minta cerai mcm ibarat benda main2..dh dpt cerai 21hari rujuk blk plak
Mental punya pempuan!!!
Quote nolya 4-11-2024 03:17 PM
noor2: Bila pakai tudung auto acik2...


Bagi pandangan saya, tak de lah mcm acik2 sangat, sebaliknya nampak anggun seorang wanita muslimah.  Semoga DD akan berubah menjadi wanita yg lebih solehah selepas ini.
Quote noor2 4-11-2024 03:19 PM
nolya replied at 4-11-2024 03:17 PM
Bagi pandangan saya, tak de lah mcm acik2 sangat, sebaliknya nampak anggun seorang wanita muslimah ...

Ikut pandangan masing2 lah..x de sape kisah pun
Quote bublysnowflake 4-11-2024 03:22 PM
nanti dah dapat sherai jgn pulak call fk ajak rujuk...
dd ni cantik..kauh cantik dr paju tp napenla dia xdpt ot org org hebqt yg ramai kt malaysia ni
i girl crush kt dd since iklan plkn
Quote Lampuled 4-11-2024 03:23 PM
Malas nak react awal² kang dia kona baring terpelanting pulak. Pelakon³ mcm2 watak diaorg boleh bawa.

Quote bublysnowflake 4-11-2024 03:25 PM
tp kan i crush jgk kt fk masa heols muda dulu..i pernah tgk gambar dia dlm majalah mangga makcik i..heols berbaju melayu...masa tu dia bkn sesiapa..gmbr kecik je t.nama muhamad farid kamil..
tup tup jd retis dia..
i baru tahu jgk he mengacip
syg ada rupa jgk...muka bekas jerawat tu mayb blh hilang kot
Quote nolya 4-11-2024 03:35 PM
Edited by nolya at 4-11-2024 03:45 PM

Orang luar/netizen hanya medengar dari jauh dn secara luaran apa yg DD lakukan.  Segala tindakan yg DD ambil, baragkali dia ingin yakinkan diri dia walaupu ada lawyer yg sudah dilantik. Sekalipun tak perlu hadir, tapi dia nak juga hadir, so it is her choice. Nak kata dia spt yg tersakiti, memang begitulah yg dia rasa maka dia bertindak untuk kali kedua. Ada khilafnya DD rujuk semula kelmaren, ingatkan boleh beri peluang kedua, ttpi teryata cahaya bahagia tidak menjelma, malah terus mencengkam jiwa.  Janji hanyalah palsu sedangkan perubahan tidak ada. DD yg lalui semua, dia juga yg hebah-heboh bercerita, dan kesah begitu netizen hanya membaca.
Quote alesandra 4-11-2024 03:40 PM
Mmg sah x register balik rujuk haritu.bodo giler ko dd.satu hal pulak  nak fail balik rujuk pastu cerai.aku harap cerai talak 3 terus
Quote supernaturalee 4-11-2024 03:45 PM
wah sape yg gelap blkg didi persis naomi campbell versi bertudung?

Quote hokeypokey 4-11-2024 04:00 PM
no worries DD, cerai jer berapa kali pun, meriah sikit board gosip ni hari2 cerita retis cerai berai..
Quote NazRysha 4-11-2024 04:06 PM
nexttttt
Quote mizzmimi 4-11-2024 04:14 PM
supernaturalee replied at 4-11-2024 03:45 PM
wah sape yg gelap blkg didi persis naomi campbell versi bertudung?

Khuensss.. mula2 tengok eh peliknya gigi tu.. iols siap zoom rupanya lips sebab nampak macam kaler putih..
Quote dewi_rina 4-11-2024 04:15 PM
Dia mintak kena pujuk ke? Sebab haritu dia ada bgtahu, kena pujuk awal2 bukan kat pintu mahkamah..
Quote dewi_rina 4-11-2024 04:17 PM
L.U.S.M replied at 4-11-2024 07:04 AM
BY RIGHT BILA KO DH LANTIK LAWYER
SETAKAT FILING COURT DOCUMENT
KO XPYH DTG PUN XPE

I think sbb dia tahu, lepas cerai boleh rujuk.. Beria mintak cerai mcm takde hari esok, sekali rujuk pulak

Lain lah kalau mmg aman-aman je mcm boleh diperbaiki then rujuk kita tak terkejut sgt, ni mcm dah taknak dah haritu org tu bagi bunga bagi cincin, eh eh, balik pulak!
Quote apedehal 4-11-2024 04:18 PM
supernaturalee replied at 4-11-2024 03:45 PM
wah sape yg gelap blkg didi persis naomi campbell versi bertudung?

Rasanya tu besfwen she..iman
Quote supernaturalee 4-11-2024 04:36 PM
apedehal replied at 4-11-2024 04:18 PM
Rasanya tu besfwen she..iman

mix african ke
cantik kulit die


Quote scarflicious 4-11-2024 04:45 PM
Lawyer ko ler paling happy dd oi.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.038472 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top