CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Mati masuk neraka sebab 1 perkataan’ – PU Riz nasihat jaga lisan

6-11-2024 10:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4741| Komen: 12

 


Mengajak ke arah kebaikan, pendakwah bebas PU Riz menitipkan pesanan kepada setiap individu untuk menjaga lisan agar tidak menyakiti perasaan orang lain.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, 29, berkata, bagi mengelakkan terlepas kata, seseorang itu perlu berfikir sebelum menyuarakan sesuatu pandangan terutama berkaitan isu sensitif.

“Dalam kehidupan kita ini bukan semua benda kita boleh suarakan, bukan semua lintasan perasaan itu kita luahkan. Ada kala kita diam dan ada kalanya kita bercakap apabila sesuai.

“Mungkin hari ini kita ada perasaan marah, tidak faham akan sesuatu perkara namun bukanlah dengan kita bercakap dan meluahkan dahulu kemudian baru berfikir. Bukan begitu,” katanya dalam perkongsian di TikTok.

Suami kepada usahawan selebriti Neelofa itu turut mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak menggunakan bahasa kesat ketika berbicara.


Katanya, pemilihan ayat yang baik menunjukkan keperibadian seseorang bahkan membawa kepada keredaan Allah.

“Cakaplah dengan perkataan yang berhemah kerana ingatlah, ada orang mati masuk neraka hanya sebab satu perkataan dan ada orang mati masuk syurga juga hanya dengan satu perkataan.

“Diangkat darjat seorang yang bercakap satu perkataan, hanya niat kerana Allah SWT,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, bapa kepada dua cahaya mata itu turut berharap setiap orang menggunakan peluang berbuat baik sesama insan selain tidak bercakap hal buruk mengenai agama.

“Hati-hati dengan perkataan kita, terutama apabila melibatkan orang Islam dan agama, jangan sewenang-wenangnya bercakap atas kehendak dan keinginan kita.

“Perhatikan sekeliling, hargai peluang dan ruang yang diberi, terutamanya dalam kita menjalani kehidupan kita di dunia ini.

“Kita teruskan dan kekalkan akhlak yang baik kerana di akhir nanti akhlak yang baik dan orang yang takut kepada Allah, menyebabkan dia ke syurga,” katanya. 

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 6-11-2024 10:17 PM
Yg masuk neraka sbb biar adik ipar tayang bijik kelentit x mau sebut pulak. Dassarr .
Quote Nurdianah 6-11-2024 10:25 PM
Cehh setakat bersyarah camni...tak perlu pun jadi Puyu. Cliche la jual syurga neraka ni...

Quote kepompong 6-11-2024 10:28 PM
macam takut2 kan budak kecik
Quote bottompro 6-11-2024 10:35 PM
Jangan lupa jaga bebird. Jgn bagi bertebaran lagi..

Quote slyfynx 7-11-2024 12:00 AM
Baiklah pensyarah kanan
Quote ninja boy 7-11-2024 12:14 AM
Kalau dikelilingi circle bercakap baik bagus lah. Kalau dikelilingi circle mulut jahat tempat kerja jiran famili mmg masalah
Quote MissVixen 7-11-2024 12:26 AM
Masa tangkap gambar pubird tu ingat tak syurga neraka?
Quote alieyrina 7-11-2024 07:42 AM
Penunggang agama. Bila nak kena panah petir ntah
Quote MatDeghem 7-11-2024 07:45 AM
tak lama hajjah jadi ostazah

Quote Shanne16 7-11-2024 08:12 AM
PUYU marah keledek maki2 mak nyamma la tu
Quote MadameOnion 7-11-2024 08:19 AM
betullah tu..benda baik dia cakap pun kena..
Quote rain2169 7-11-2024 08:37 AM
aku tergelak-gelak baca komen kat sini....

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.084209 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top