Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Melayu di Kluang telah ditemukan dalam keadaan selamat. Muhammad Syawal Abdullah, 14, ditemui awal pagi Ahad dan menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, sepanjang dia dikhuatiri hilang, remaja terbabit berada di rumah rakannya di kampung yang sama. "Pada jam 3.30 pagi, remaja lelaki itu telah dilihat oleh ibu dan ayahnya berada di rumah mereka. Anaknya itu memberitahu dia berada di rumah kawannya untuk lepak dan bermain permainan PlayStation PS2." Apabila ditanya, remaja itu berkata dia ada pulang ke rumah hanya untuk mandi dan makan namun pada waktu ibu bapanya tiada di rumah. Terdahulu, polis dilaporkan sedang mencari remaja dilaporkan hilang oleh ibunya dan kali terakhir dilihat, dia berada di rumah jam 7.30 pagi hari Selasa.
Muhammad Syawal tidak ditemui meskipun sudah dicari oleh ahli keluarga di rumah saudara mara, jiran tetangga dan rakan. SUMBER: Sinar Harian, Beautifulnara |
aTiKah_aYuNi replied at 12-11-2024 02:26 PM
teringat pulak kes villa nabila....hantu betul
Jikookie replied at 12-11-2024 03:54 PM
Bahana game
nolya replied at 12-11-2024 05:17 PM
14th sekolah tentu di F2. Tak berapa hari lagi, menjelang thn 2025 naiklah anak ini ke F3. Tapi ap ...
Glass_shoes replied at 12-11-2024 02:48 PM
ADVERTISEMENT