Oleh : TS LOO
Masih ingat tak set menu nasi lemak yang ditujuk di atas? Awal tahun 2014, ketika menaiki penerbangan MAS ke Bangkok, Thailand, artis selebriti popular tanah air, Datuk Chef Wan mendapati nasi lemak yang dihidangkan mengandungi bahan sayur atau daging yang amat sedikit, hanya nasi, kari dan telur sahaja. Justeru beliau pun ambil gambar dan memuatnaik ke dalam laman sosial Intasgramnya dengan menamakan " Nasi Lemak Telanjang", hasilnya menerima reaksi pelbagai pihak sehingga menjadi perbincangan hangat di media sosial. Baru-baru ini, seorang lagi netizen menerusi media sosial mengecam hidangan yang disediakan MAS sungguh 'murah' !
Khamis lalu, netizen terbabit menerusi media sosial twitter memuatnaikkan gambar sambil mengecam hidangan penerbangan MAS : " ketika menaiki penerbangan dari Brunei ke Kuala Lumpur, menu mihun goreng yang disediakan disifatkannya sebagai 'Mihun Goreng Telanjang' dan dikatakan kandungannya lebih teruk dari menu RM1 yang disediakan di sekolah, ianya amat menghinakan!" Selanjutnya netizen memuatnaik beberapa catatan twitter secara berterusan, dengan mengatakan mee hoon goreng yang dihidangkan MAS hanya mengandungi tiga ketulan kecil lobak merah, termasuk sedikit cebisan telur dan minyak yang berlebihan. . Menurut netizen , kenapa ianya penting bagi MAS untuk menyediakan menu penerbangan yang lebih berkualiti, alasan nya adalah : tambang tiket penerbangan MAS bukan murah, malah negara kita Malaysia juga merupakan 'Syurga Makanan' , tambahan lagi MAS pula melambangkan imej negara Malaysia. "Pasti bukan hanya kerana tambang tiket MAS agak mahal, ianya juga disebabkan duit kami yang dibayar oleh kami sebagai pembayar cukai telah digunakan untuk memastikan opearsi perniagaan MAS dapat dikekalkan, justeru itu, kami mempunyai kepntingan untuk memiliki sebuah syarikat penerbangan yang berkaliber." Catatan berkenaan turut mengundang perbincangan hangat di laman twitter, selain itu, rata-rata netizen turut berkongsi menu penerbangan yang lalu. Ada netizen beritahu : " MAS pernah menyediakan menu vegetarian kepada dia, dengan alasan menu yang biasa sudah habis." Terdapat juga netizen yang membandingkan menu penerbangan AirAsia dengan MAS, sememangnya ada perbezaan! Tetapi ada juga netizen yang mengatakan sebenarnya menu penerbangan disediakan oleh pihak ketiga, jadi masalah yang berlaku tidak harus semuanya menyalahkan pihak MAS. Selepas itu, MAS turut memberi rsepond kepada netizen menerusi laman twitter, dengan harapan netizen dapat emel MAS, menyuarakan ketidakpuasan agar mereka dapat memperbaiki apa yang patut. " Biarpun ianya amat dikesali, tetapi kami mengambil berat berhubung perkara yang dibangkitkan itu, semoga anda emel kami dengan member pendapat yang sewajarnya terhadap menu penerbangan." |
8
Bagus |
3
Marah |
16
Terkejut |
26
Sedih |
22
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
faraway1 replied at 2-1-2016 09:01 AM
sejak me naik air canada bayar 1800 dollar untuk flight 5 jam
tapi foods kena beli sendiri, so me c ...
Robab replied at 2-1-2016 03:53 PM
aku tak pnah pulak ada problem ngan MAS punya food. sokmo dapat best-best and banyak variety. but na ...
Skuau replied at 2-1-2016 12:10 AM
Beberaper taun yg lpas ok pon menunya....dh berkira-kira nk naik mas blk ni.....klo gini gk...tukar ...
ADVERTISEMENT