CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takkan lindung pemberi maklumat terbabit rasuah - PMX

13-11-2024 12:19 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33077| Komen: 17

 


Kaherah: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak akan memberi perlindungan kepada sesiapa yang terbabit dengan rasuah, termasuk jika individu itu mahu menjadi pemberi maklumat bagi pembongkaran kes rasuah terbabit.

Susulan itu katanya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan teliti terhadap semua kes, termasuk skandal rasuah membabitkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang didakwa meminta wang sebagai balasan menyokong kelulusan projek.

Anwar berkata, beliau tidak akan berunding dengan mana-mana pemberi maklumat kes rasuah yang mahu mendapatkan perlindungan kerana tindakan itu disifatkan sebagai aneh.

"Jangan gunakan jawatan Perdana Menteri untuk dapatkan perlindungan kepada sesiapa (bagi kes rasuah) kerana saya tidak akan buat begitu... saya tak akan bagi jaminan itu.


"Dasar Kerajaan Madani adalah jelas iaitu perlindungan hanya diberi kepada mereka yang tidak terbabit langsung dalam kes rasuah.

"Jadi, jika ada maklumat yang samar-samar termasuk adakah individu pemberi maklumat itu turut terbabit dalam rasuah, ia perlu diteliti dan disiasat, bukan terus memberi perlindungan kepadanya," katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya selama empat hari ke Mesir, hari ini.

Pada Sabtu lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan seorang pemberi maklumat bagi kes klip video beberapa Adun membincangkan rasuah, sudah berjumpa pegawainya pada 30 Oktober lalu.

Pemberi maklumat dalam kes itu juga dikatakan menghantar surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk meminta diberi perlindungan sebelum membuat laporan SPRM.

Mengulas perkara itu, Anwar berkata, beliau tidak menerima sebarang surat daripada mana-mana individu yang meminta perlindungan daripadanya kerana masih berada di Mesir untuk lawatan rasmi.

Beliau menegaskan sekiranya surat itu dihantar sekalipun, ia akan diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

"Jika saya dapat surat (minta perlindungan itu), saya akan serah terus kepada SPRM... ambil surat itu dan teliti sepenuhnya untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau memberi laluan sepenuhnya kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak terbabit rasuah selepas siasatan lengkap dilakukan.

Tegasnya, kerajaan tidak mengambil peduli terhadap suara yang lantang mengecam usaha membanteras rasuah yang dilakukan pihaknya, kerana ia dilakukan secara telus dan adil.

"Kita tak akan desak, tidak akan tetapkan tempoh bila siasatan selesai, sebaliknya serah kepada pihak berkuasa menjalankannya secara bebas," katanya.

SUMBER:  – Harian Metro 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Radzor 13-11-2024 09:13 AM
sembang 47 dnaa
Quote gigahertz 13-11-2024 01:12 PM
tan sri azam baki tu dulu bukan ada kes rasuah ke ?
Quote Orix 13-11-2024 01:49 PM
Sembang kari
Quote s@s@ 13-11-2024 02:20 PM
dah tau ke adun mana?
Quote pocongkiutss 13-11-2024 02:22 PM
gigahertz replied at 13-11-2024 01:12 PM
tan sri azam baki tu dulu bukan ada kes rasuah ke ?

Ha ah tulah ..iols pun konfius
Quote tungkai 13-11-2024 02:39 PM
Sorry...BM aku fail. Kalau ikut pemahaman aku, pemberi maklumat rasuah harus clean dari rasuh baru dilindungi. Kalau org yg terlibat rasuh report org lain rasuh tak dilindungi. Jika sama2 rasuah so duduk diam2...??
Quote gigahertz 13-11-2024 03:51 PM
tungkai replied at 13-11-2024 06:39 AM
Sorry...BM aku fail. Kalau ikut pemahaman aku, pemberi maklumat rasuah harus clean dari rasuh baru d ...

kalau orang tu clean nak tuduh polan si polan ambik rasuah.jadi kes si bard tuduh panglima TLDM ambil rasuah.
ending up tak jadi apa.
Quote gigahertz 13-11-2024 03:52 PM
pocongkiutss replied at 13-11-2024 06:22 AM
Ha ah tulah ..iols pun konfius

teringat kes ada sorang pengawai polis
mati di tembak di belakang balai polis.
i suspek kes tu melibatkan rasuah.
yang membunuh tu tahu belakang balai tiada CCTV
Quote s@s@ 13-11-2024 04:00 PM

ok, dah tau.... dari sabah rupanya
Quote cutieslilies 13-11-2024 04:10 PM
so.. kiranya makan simpan diam2 jerlah yer...

kira aku jaga bontot ko..ko jaga bontot aku..kalau x kita dua2 kedalam...

hahahaha..pening...

selalu jd kes ni sbb sama ada yang memberi atau menerima rase tertipu or ditipu dia akan lapor sprm dengan jaminan maklumat dia dirahsiakan walaupun dia yg memberi atau menerima... gitu kan?
Quote A-Are 13-11-2024 04:22 PM
confuse lah baca tjuk ni...umpama mcm saper yg jd whistleblower tidak akan dilindungi
Quote TeropongThaico 13-11-2024 04:42 PM
Takde report Takyah kerja
Record terpuji le nnt sbb takde kes
Quote alesandra 13-11-2024 04:56 PM
Kenapa lak nak jaminan siap mintak bukan takat pm.. ydpa bagai.byk cantek muka ko..dah bagi rasuah pastu ugut bila kena kencing.klao mcm tu semua perasuah boleh buat la taktik gini?whistleblower pala butoh ko
Quote cmf_jeangrey 13-11-2024 05:28 PM
cutieslilies replied at 13-11-2024 04:10 PM
so.. kiranya makan simpan diam2 jerlah yer...

kira aku jaga bontot ko..ko jaga bontot aku..kalau x  ...

I see..baru jelas

Semua sebab rasa tertipu lepas berasuah together



Quote kakikuDibibirmu 13-11-2024 08:19 PM
Lepas ni jangan beri maklumat lagi, nanti kita pulak yang kena tangkap #kitajagakotekita
Quote Aribaariba 13-11-2024 08:29 PM
Makin ke laut dalam la malaysia ni. At least bg sokongan kepada pemberi atau penerima utk membongkar jenayah rasuah dan bertaubat.ckp x   serupa bikin la AI ni. Bengang sbb penbongkar crita tu kacau politik sabah ke?? Yg merupakan penyokong UG. Mmg x la sokong pee eh dah pas ni.
Quote clueless_gamer 14-11-2024 04:45 AM
rasuah ni senang je sebenarnya nak banteras.. PEMBERI dan penerima sekali perlu ditangkap dan dihukum, kalau penerima sahaja, punca virus rasuah tu masih bebas lagi mencari mangsa baru.. nah sekarang informant pun tak selamat ke? mcm mana nak bagi maklumat kalau kita pun dah tak dijamin selamat?

mohon pencerahan yb

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.149737 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top