CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan jurutera

13-11-2024 12:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 39102| Komen: 224

 


PENYANYI dan usahawan, Ina Naim kembali bergelar isteri selepas sah diijabkabulkan dengan jurutera, Mohd Khairul Rizal Shukor, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohamad Ramadhan Mahroji tepat jam 9.50 pagi di kediaman keluarga Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.


Ina yang anggun dengan busana tona 'nude' menerima mas kahwin RM100, kelengkapan solat, seutas gelang tangan dan sebentuk cincin, selain wang hantaran sebanyak RM7,000.

Sebanyak lima dulang hantaran diberikan pihak pengantin lelaki dan dibalas tujuh dulang dari pihak Ina.




Majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana dan ringkas itu dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, saudara-mara, kenalan terdekat serta orang kampung.

Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok 'Telur Pindang Tradisi Johor' memaparkan momen pasangan itu melangsungkan pernikahan di kampung halaman Ina.

Ina ketika ditemui Astro AWANI melahirkan rasa syukur dengan ketetapan Allah dipertemukan jodoh dengan peminatnya dan arwah suami, Suhaimi Saad.


"Detik pertemuan dia adalah peminat saya dan arwah. Permulaan memang lama sikit nak terima, terlalu awal, tetapi Allah takdirkan saya solat istikharah, dia pilihan hati saya, saya terima seadanya," jelas Ina.

Menurut Ina, pernikahan kali kedua ini juga turut mendapat restu daripada anak-anaknya.

"Alhamdulillah buat masa ini, dari awal tak boleh terima juga, tak boleh ada ganti bapa dia, tapi alhamdulillah saya terangkan kepada anak-anak perlu belajar, perlu ada ketua, mereka faham... alhamdulillah," katanya lagi.

Beberapa video lain turut dikongsi akaun 'Telur Pindang Tradisi Johor', antaranya video hantaran perkahwinan dan juga video yang memaparkan Khairul Rizal yang lengkap memakai busana pengantin sedang menunggu di luar rumah untuk menuju ke lokasi akad nikah.


Ina bergelar ibu tunggal selepas suaminya, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Allahyarham Suhaimi Saad, 43, meninggal dunia pada 15 November tahun lalu.

Hasil perkahwinan dengan Suhaimi, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.


SUMBER:  – Astro Awani
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 13-11-2024 01:07 AM
Sekali pdg mcm ad vibes arwah pulers [em:12:]
Quote mrsLucky 13-11-2024 01:15 AM
errrrrr... sigh...
ada yang share linkedln suami Ina hari tu...sekarang kerja sendiri bawa grab..
harap hati dia dah tenang since dah beristeri baru...artis pulak tu..
Quote DARSITA 13-11-2024 03:08 AM

Elok la kawin .. anak anak perlukan kasih sayang seorang bapa. Ina pun masih muda. Mungkin by next year dah dpt baby baru.

Quote hokeypokey 13-11-2024 03:53 AM
Seronok ina dapat laki baru
Quote makton 13-11-2024 08:30 AM
semoga anak beranak ni tak bercatu makan mcm dulu2. pastu hari2 ulang makan laksa bahan2 dimasak ikut sukatan no ganjil itu.
Quote makton 13-11-2024 08:31 AM
mrsLucky replied at 13-11-2024 01:15 AM
errrrrr... sigh...
ada yang share linkedln suami Ina hari tu...sekarang kerja sendiri bawa grab..
...

so skrg lakinya ni bukan keje jurutera kah?
Quote kepompong 13-11-2024 08:32 AM
Orix replied at 13-11-2024 01:07 AM
Sekali pdg mcm ad vibes arwah pulers [em:12:]

dah memang dia idolakan arwah yach. sanggup jandakan isteri & tinggalkan anak2 sendiri sbb nak kumpul pahala bela nasib balu kematian suami & jaga anak2 yatim
Quote kepompong 13-11-2024 08:33 AM
makton replied at 13-11-2024 08:31 AM
so skrg lakinya ni bukan keje jurutera kah?

skrg grab pun tak bawak.. semalam dapat lebih dari RM80k jual healing jar

bye bye engineer & grab . kita tunggang agama & suhaimi . Lagi cepat kaya
Quote kepompong 13-11-2024 08:33 AM
makton replied at 13-11-2024 08:30 AM
semoga anak beranak ni tak bercatu makan mcm dulu2. pastu hari2 ulang makan laksa bahan2 dimasak iku ...

tak mungkin bercatu. 1 malam sale lebih 80k yawwww
Quote kepompong 13-11-2024 08:34 AM
mrsLucky replied at 13-11-2024 01:15 AM
errrrrr... sigh...
ada yang share linkedln suami Ina hari tu...sekarang kerja sendiri bawa grab..
...


bekas retis. kepam & ride nama bekas tunang. now ride nama arwah suami pulak
Quote kepompong 13-11-2024 08:35 AM
hokeypokey replied at 13-11-2024 03:53 AM
Seronok ina dapat laki baru

muka ada sinyumm
Quote kepompong 13-11-2024 08:37 AM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DCP-XSouel0/?igsh=MWxrMjd1YjNnaHVmaw==[/ig]
Quote kepompong 13-11-2024 08:38 AM
Bangga dapat kawen dgn balu ahlil sorga . & bekas retis summore

cuba dengar apa dia cakap... aku bagi gambar yg dating kat pagoh... wau ada dating2... masa tu dah abes edah ke belum tu.. kundur jugak yg bijak , protes apa mak birah buat
Quote alieyrina 13-11-2024 09:04 AM
Mcm red flag ja rupa jtera tui
Quote Mamason 13-11-2024 09:08 AM
kepompong replied at 13-11-2024 08:33 AM
tak mungkin bercatu. 1 malam sale lebih 80k yawwww

Masya Allah... rezeki.  Banyaknyaaaa... Rakyat Malaysia ni kaya raya benor nya yek.  Boleh membeli mcm petik jari je...
Quote annabellaruz2 13-11-2024 09:16 AM
Make sure dah berlaki baru ni, anak2 masuk sekolah ke aliran yg betul.
Cukup2 la aniaya anak2 dgn tunggang agama!
Quote cattiecute 13-11-2024 09:25 AM
alieyrina replied at 13-11-2024 09:04 AM
Mcm red flag ja rupa jtera tui

tengok muka tu gaya2 suka membibikkan isteri
then dia tengok gaya si bunger pulak bodo2 sikit
guna ayat pahala2 dah settle la.
dapat la isteri solehah yang berkorban jiwa raga untuk suami
Quote kucingitam 13-11-2024 09:50 AM
jurutera ke hulu ke hilir.. kau jgn sampai kena londeh satu hari nanti..
Quote kepompong 13-11-2024 10:30 AM
annabellaruz2 replied at 13-11-2024 09:16 AM
Make sure dah berlaki baru ni, anak2 masuk sekolah ke aliran yg betul.
Cukup2 la aniaya anak2 dgn tu ...

itu lah tujuan yenna kawen dgn he. sbb taknak sekolahkan anak2 ada dia video dia sebelum kawen . kat tered yg dah 100 pages tu

Lihat semua komen(224)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.064637 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top