CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Melingkup Sajalah Tempat Ni, Berapa Banyak Nyawa Dah Dizalimi?” – Naim Daniel Bersuara Isu Buli Berterusan Di UPNM

13-11-2024 12:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 33264| Komen: 34

 


Pelakon dan penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa hati berkenaan isu buli yang dilihat tidak berkesudahan di sebuah institusi pengajian tinggi terkenal baru-baru ini.

Difahamkan, institusi itu melaporkan satu buli terbaharu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian tulang rusuk dan tulang belakang pada 21 Oktober lalu.

Tulis Naim di media sosialnya, institusi tersebut patut ‘dikuburkan’ sahaja kerana terlalu banyak kes buli sehingga ada yang meragut nyawa dilaporkan terjadi di institusi tersebut.

 

"At this point, melingkup sajalah tempat ni. Lantak orang nak kata aku pukul rata ke apa. Jangan datang dekat aku dan kata aku tak akan faham tradisi sesebuah institusi."


"Dah berapa banyak nyawa yang dizalimi dekat tempat ini dan berapa banyak lagi yang belum atau tak didengari?"

Terdahulu, seorang pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dilaporkan meninggal dunia akibat dibuli rakan sekelas menggunakan seterika wap gara-gara difitnah mencuri komputer riba.

Enam pelaku yang juga bekas penuntut institusi pengajian itu didapati bersalah membunuh Allahyarham Zulfarhan dan telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu.

SUMBER:  – Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Insomniac 13-11-2024 01:20 AM
Name je upnm tapi tempat membuli
Quote hyie 13-11-2024 02:19 AM
kes buli kat upnm ni yang kat bahagian uniform je kan? tak pasti diorang sebut apa. Satu uniform, satu lagi non-uniform.

pastu, diorang terbawak2 budaya bebudak sekolah asrama, budaya ni jadi tradisi kat kampus jugak. Setakat buli2 manja yang jadi sebahagian latihan uniform takpalah, tapi kalau berlebih-lebihan macam ni, sapa je yang tak pandang serong. Apa ingat orang tak reti beza ke latihan ketenteraan atau bukan?
Quote stingerkentot 13-11-2024 03:49 AM
Henry Gurney ...branch KL

Kah Kah Kah
Quote MisXoXo 13-11-2024 05:51 AM
Betul.jd kt kadet aja.dan mmg masih berlaku pun kesian sgt2.kena diamkan kalau tak satu pasukan kena.mcm kes arwah dulu.kwn2 xberani smpai kwn dia kena bg surat utk mnta bantuan.tolonglah Malaysia..hentikan buli.mmglah askar tp agak agaklah ko nak bg ort mental .hentikan..Naim..terus bersuaraaa. ..tolong
Quote bpbbppbp 13-11-2024 06:46 AM
Edited by bpbbppbp at 13-11-2024 09:07 AM

Setuju. Tutup aje tentera upnm ni. Menggalakkan buli, mencacatkan fizikal org pulak tuu. Dan pembuli tu dakwa je kat court. Buang dari je dari upnm. kerajaan pun take note, jangan ambil masuk jadi askar pembuli ni.
Quote hanihan16 13-11-2024 06:57 AM
sebelum ni dalam bulan lepas ada budak kena tekap dgn iron jugak kan kat sini? gila ke seronok tgk orang tersiksa? cuba duduk elok-elok dalam tu. perangai membuli sampai dera ni dari dalam jiwa tau, imagine itu la lelaki yg sama jadi husband orang bapak orang. takut nak imagine, kat rumah bakalan kena tinju jgk ke anak bini nanti?
Quote sayurmayur88 13-11-2024 07:14 AM
Edited by sayurmayur88 at 14-11-2024 07:07 AM

khuenssss....
Quote ardy 13-11-2024 07:58 AM
Kau memang tak faham. Benda betul. Kau tak faham dan bezakan UPNM dengan Akademi Latihan Ketenteraan. Menteri KPT, Menhan semua dah cakap benda ni tiada kena mengena dengan UPNM. Ia kes ALK.

Kadet dengan UPNM cuma bidang akademik sahaja. Selepas waktu akademik dan aktiviti selain akademik adalah di bawah ALK.

Awam yang sepenuhnya bawah UPNM. Ada kes awam kena buli? Jadi, sebelum nk tunjuk hero, paham dulu.

ALK under ATM
UPNM under KPT.
Quote surihatilara 13-11-2024 08:52 AM
ardy replied at 13-11-2024 07:58 AM
Kau memang tak faham. Benda betul. Kau tak faham dan bezakan UPNM dengan Akademi Latihan Ketenteraan ...

Ha ni betul. Baru nak komen macam ni. Adik I pun cakap benda sama seminggu lepas. Kalau orang tak cakna tentang sistem & perbezaan 4 institusi yang berkenaan, memang pukul rata je kalau nak komen. Asalkan dapat meluah. Kena rajin membaca & faham betul² background story kes² tu.
Quote bpbbppbp 13-11-2024 09:10 AM
ardy replied at 13-11-2024 07:58 AM
Kau memang tak faham. Benda betul. Kau tak faham dan bezakan UPNM dengan Akademi Latihan Ketenteraan ...

Betullah tuu. Ada jugak staff upnm cakap bnde ni kat edisi siasat dulu yg bukan salah dorang tapi salah ALK. ALK pulak lepas tangan salahkan pengurusan upnm msa Kes zulfarhan dulu.
Quote red_velvet 13-11-2024 09:15 AM
Boleh tukar nama UPNM ke UHGM (University Henry Gurney Malaysia)
Quote manehnya 13-11-2024 11:27 AM
naim danel yg cakap x pa, cuba org awam yg buat kenyataan gini... msti ramai yg kecam
Quote sleepandream 13-11-2024 11:34 AM
ardy replied at 13-11-2024 07:58 AM
Kau memang tak faham. Benda betul. Kau tak faham dan bezakan UPNM dengan Akademi Latihan Ketenteraan ...

oooo iols pun baru tau...
dia macam PALAPES dgn UM or uniMAP la contohnya khen?

Quote ciksom 13-11-2024 12:01 PM
Adakah ini rentetan pembuli sejak zaman sekolah tak boleh ditegur. Nanti kalau tegur dan denda cikgu akan disaman. Hasilnya dapat dilihat selepas melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi
Quote LaskarHijayu 13-11-2024 12:05 PM
sayurmayur88 replied at 13-11-2024 07:14 AM
pandangan naim ni iolls pon setuju

dia kan dah penah merasa kena buli masa kat KUDRAT dulu... sampai jatuh dr tingkat 3 sekolah... berdepan dgn kapla high council. Nasib baik dia rapat ngan fakhri. Boleh fakhri tu bekap dia sikit2. Last2 dia yg laungkan death to high council. Sambil kaki tgn berbalut bersimen.
Quote PULANGKAN 13-11-2024 02:59 PM
ardy replied at 13-11-2024 07:58 AM
Kau memang tak faham. Benda betul. Kau tak faham dan bezakan UPNM dengan Akademi Latihan Ketenteraan ...

I see. terima kasih atas pencerahan sisturr. I belajar benda baru harini
tapikan, disebabkan kes buli siksa cacat bunuh ALK yang tak berkesudahan ni kan, how eh.
haruskah ALK - UPNM dipisahkan or something? because, lets be real. benda ni akan berulang lagi someday. ada budak akan cedera/ cacat, or nauzubillah min zalik, mati, sekali lagi.

I mean, reputasi? ke laut. integriti? terkubur. hotel? trivago.
Quote madamjaja 13-11-2024 03:05 PM
hidup Ayam! aku sokong
Quote badai 13-11-2024 03:15 PM
betul.. universiti saterika negara
Quote Buritan 13-11-2024 03:23 PM
ardy: Kau memang tak faham. Benda be ...


Boleh sexplain dlm bahasa lg mudah.. so upnm ni bkn ashkar leh masuk jgk la ekk . Satu lg ashkar dgn bkn shkar ni depa duk kolej same kee..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.065364 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top