CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kau tengok apa? Kau tolong aku angkat dia, aku polis! dalam nada yang kuat” – Saksi

14-11-2024 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45447| Komen: 25

 


IPOH – Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu saksi pendakwaan ke-12 yang juga merupakan seorang remaja bawah umur bahawa Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie sedang nazak ketika dialihkan ke bucu simpang Jalan Taman Jati 1.

Mangsa juga dilihat meronta-ronta kesakitan dan cuba untuk bangun namun ditahan oleh bapanya.

“Semasa saya berada di tempat perlanggaran, saya nampak Zaharif baring meniarap muka ke atas jalan. Saya dapat melihat paha dan siku Zaharif mempunyai kecederaan.

“Saya juga nampak seorang lelaki turun dari kereta Ativa putih, datang ke arah tempat perlanggaran selepas memarkir keretanya di tepi jalan Pekeliling Meru Indah.

“Pada masa ini, ramai orang awam dan budak-budak sekolah kerumun dan cuba mengalihkan barang-barang Zaharif yang jatuh. Pemandu Ativa itu juga telah datang ke tempat Zaharif jatuh dan memarahi saya ‘apa pandang saya? Kau tengok apa? Kau tolong aku angkat dia, aku polis! dalam nada yang kuat,” katanya.


Perkara itu dinyatakan remaja terbabit ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.

Menurut saksi tersebut, ada orang awam memakai topi keledar telah mengangkat Zaharif pada bahagian kaki manakala pemandu Ativa pula mengangkat mangsa di bahagian ketiak.

Katanya, dia cuba menolong dengan memapah di bahagian belakang tengah badan Zaharif namun hanya berjalan sampai tengah jalan sebelum melepaskannya kerana berasa amat takut melihat keadaan Zaharif yang nazak.

“Saya sempat melihat lelaki itu (pemandu Ativa) dan orang awam yang mengangkat Zaharif meletakkan Zaharif di bucu simpang Jalan Taman Jati 1 sebelum berpaling balik ke kereta ibu dan lari balik.

“Semasa saya lari balik ke arah kereta ibu, saya nampak ibu berada di luar kereta Mitsubishi Triton sedang menghubungi ambulans,” katanya.

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote borne 14-11-2024 05:43 PM
Semoga mereput la selama2 dalam jel..
Quote penmerah 14-11-2024 05:46 PM
SI@l
Tak sanggup baca
Moga robek bontot dikerjakan inmate lain
Dan sabit 302 tanpa ampun
Setan mcm ni patut dirotan secukupnya sebelum gantung
Quote bpbbppbp 14-11-2024 05:57 PM
Edited by bpbbppbp at 14-11-2024 08:42 PM

Pnh dgr org kata kalau ada mngsa accident jgn alihkan, tunggu medik alihkan sbb takut worsen tulang yg patah, internal bleeding yg boleh sebabkan kecacatan kalau cara alih salah. Melainkan org tu tu tau cara angkat yg betul xpe lah kot.
Tapi kalau tak angkat pun, mmg akan arwah jugak ni sbb cara langgar dia, manusia yg normal tahu boleh mematikan.
Quote syamzana 14-11-2024 06:11 PM
jahatnya dia...macam mana org camni boleh jd polis, tggi plak tu pangkat. siang hari, tgh org ramai berani giler bunuh org.
semoga dia dapat pembalasan sewajarnya, tau plak malu manjang je katup muka.
caner la ko bekeluarga dgn peel lahanat camni, ada keturunan plak tu.
Quote honam 14-11-2024 06:14 PM
kalo disabitkan kesalahan, pencen pun bye bye
Quote Firenzza 14-11-2024 06:22 PM
Lahanat punya pulis, ko blh suka suki marah org awam suh tolong angkat mangsa pastu cabut lari
Quote dua_chzy 14-11-2024 06:28 PM
bpbbppbp replied at 14-11-2024 09:57 AM
Pnh dgr org kata kalau ada mngsa accident jgn alihkan, tunggu medik alihkan sbb takut worsen tulang  ...

Betul la tu.

Lagi satu, kalau nampak mangsa renjatan elektrik dah terbakar badan tapi masih hidup pehtu merintih2 haus mintak air, jangan bagi. Mati terus jadinya jantung terus electrocuted (teori aku betul ka @axl_bach?). Pernah jadik di tempat aku dulu.
Quote cmf_almondpecan 14-11-2024 06:28 PM
penmerah replied at 14-11-2024 05:46 PM
SI@l
Tak sanggup baca
Moga robek bontot dikerjakan inmate lain

Kalau disabit dan dijatuhkan hukuman mati, maka apa2 hukuman sebat yang dijatuhkan ke atasnya bagi kesalahan lain juga tak boleh dilaksanakan.
Quote kasibiman 14-11-2024 06:42 PM
Kau jerit la "aku pulis" tu dlm penjara banyak2.

Masak kau mat kene toron hari2
Quote gekkou 14-11-2024 07:05 PM
mesti dia bukan seorang atasan yang disenangi
Quote bpbbppbp 14-11-2024 08:03 PM
dua_chzy replied at 14-11-2024 06:28 PM
Betul la tu.

Lagi satu, kalau nampak mangsa renjatan elektrik dah terbakar badan tapi masih hidu ...

Thanks uol. Iols baru tau
Quote kitaserupaaa 14-11-2024 08:18 PM
Adakah peguam bela akan gunakan alasan atau wujudkan keraguan mangsa meninggal dunia disebabkan org awam alihkan mangsa lepas kena langgar?
Quote otai_g 14-11-2024 08:23 PM
Personally dlm Kes ni masing2 ada Salah. Aku sendiri pun pnh berhadapan bdk sekolah bw moto mcm pelesit dgn bunyi ekzos perang. Dlm hati menyumpah Mati la ko eksiden!
Quote MarryPottet 15-11-2024 01:49 AM
Gedebe betul celaka laknatullah asal serambi ni
Moga kau ditimpa kehinaan & huru hara hidup kau hingga hujung nyawa
Quote Sazreena 15-11-2024 02:54 AM
Mereputlah ko polis jahat. Ingat kuasa ko besar sgt. Once kes ko dah viral babitkan nyawa, jaranglah terlepas begitu saja.
Quote Sesuatu… 15-11-2024 07:25 AM
ES ade update apa2 x tu? Staff bwh dia ni xde nk komen ke boss baik peribadi etc.
Quote kucingitam 15-11-2024 11:11 AM
otai_g replied at 14-11-2024 08:23 PM
Personally dlm Kes ni masing2 ada Salah. Aku sendiri pun pnh berhadapan bdk sekolah bw moto mcm pele ...

sama..
Quote otai_g 15-11-2024 11:32 AM
kucingitam replied at 15-11-2024 11:11 AM
sama..

Actually parents kena main peranan besar Dan kalo jd apa2 kat anak org yg paling patut disalahkan ialah parents.

Zaman aku sekolah dulu bila bawa motor x de lesen, x pki helmet, seminggu bapak aku membebel.
Quote azimodin 15-11-2024 11:40 AM
Tetiba teringat case Darrell Brooks Jr. yang sesuka hati langgar orang sampai mati. Dah langgar acah2 x bersalah pulak. Siap buat pembelaan sendiri without lawyer.
Walaupon aku terganggu jugak dengan orang2 yg bawak kenderaan macam jalan tu bapak dorang punya, aku x agree dengan tindakan langgar macam ni. Buatnya lepas langgar tu motor terpelanting kena kenderaan lain, x pasal2 orang yg tak bersalah pon terlibat sama.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.080939 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top