CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Khadijah pernah dicampak skrip, kena ‘sidai’ seharian kru produksi

14-11-2024 05:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 47866| Komen: 83

 


Masih baharu dalam industri seni, pelakon Siti Khadijah mengakui pernah dibuli kru produksi pada awal kemunculannya dahulu.

Sehubungan itu, Siti atau nama lengkapnya Siti Khadijah Abdul Halim, 27, berharap budaya buli tidak menjadi kebiasaan atau dilazimkan dalam masyarakat.

“Pernah (dibuli) pada awal-awal kemunculan dahulu tetapi saya faham mungkin sebab saya budak baharu.

Saya pernah dicampak skrip, disimpan dalam set penggambaran sepanjang hari tanpa ada babak walaupun katanya ada.
“Dimaki jadi biasa tetapi saya rasa perkara tersebut tidak patut dinormalisasikan” katanya kepada Kosmo! Online pada tayangan episod akhir drama From Saga With Love 2, semalam.

Bagaimanapun, dia menyifatkan budaya buli memberikan impak ke arah positif apabila dia mampu bertahan dan kuat mendepani cabaran dalam bidang seni.

“Harap buli tidak dinormalisasikan. Kalau saya nampak orang kena buli, saya akan pertahankan.


Nasib saya dididik menjadi kuat dari kecil dan tahan dengan apa yang terjadi. Kalau tak, mungkin saya tidak berada pada tahap ini.
“Segala pengalaman yang dilalui jadikan saya tidak pernah putus asa. Menangis memang menangis tetapi bangun balik,” ujarnya.

Selain itu, Siti turut menitipkan nasihat kepada sesiapa yang dibuli untuk meluah kesedihan agar tidak menganggu ketenteraman minda.

“Dulu saya pernah luah dalam media sosial tetapi itu tindakan yang salah. Jangan dedahkan kesedihan awak, hanya paparkan kebahagiaan dalam media sosial.

“Apa yang saya buat untuk atasi hanyalah menangis. Marah sahaja dekat tembok ataupun orang sebelah.

Kalau marah, luahkan. Jangan simpan sebab akan menganggu minda kita,” jelasnya.

Kenyataan Siti diluahkan berhubung pelakon, Alif Muhaimin mendedahkan budaya buli dalam kalangan pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga hari ini.

Katanya, dia juga pernah berhadapan dengan situasi dibuli kru produksi sehingga membuatkannya ingin berhenti berlakon.

SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 14-11-2024 06:26 PM
good for her. Nasib baik dulu tak give up sebab sheols berlakon best
Quote dua_chzy 14-11-2024 06:33 PM
Dah kau masuk dalam bidang kerjaya terpaling toksik seluruh dunia.

Quote hokeypokey 14-11-2024 07:58 PM
boleh pergi jauh lakonan kau
Quote bottompro 14-11-2024 09:08 PM
Cantik la sheols. Kecantikan asli
Quote bottompro 14-11-2024 09:08 PM
Cantik la sheols. Kecantikan asli
Quote Perawankota 15-11-2024 01:42 AM
bottompro: Cantik la sheols. Kecantikan a ...


Bab kecantikan asli ni mcm ramai yg meragui.. ada yang kata muda2 dah repair muka sana sini
Quote Acik2kepam 15-11-2024 07:37 AM
Kenapa org selalu komen dia cantik?
Kadang pelik gak taste memasing ni sama mcm yg memuja Ayu latifah tu

Akak cuma mampu geleng kelapa jelaaa
Quote cattiecute 15-11-2024 09:11 AM
Acik2kepam replied at 15-11-2024 07:37 AM
Kenapa org selalu komen dia cantik?
Kadang pelik gak taste memasing ni sama mcm yg memuja Ayu latif ...

aku pun tak rasa dia cantik sangat
tapi lain orang lain tastenya
tapi tak dapat beza sangat muka dia dengan siti hariesa tu
nampak sama je
umpama hanna delisha dengan sopia bakoba punya sama tu


Quote jula7 15-11-2024 09:21 AM
muka dia cantik, jenis air muka lembut...natural..x di buat2 lembutnya..tu yg menampakkan ayu..dan rasa lembut tu..
Quote dubuk 15-11-2024 09:28 AM
besornya
Quote haruslah 15-11-2024 09:54 AM
Muka melayu
Ye ke?
Ok la berlakon
Quote heythere123 15-11-2024 10:54 AM
Perawankota replied at 15-11-2024 01:42 AM
Bab kecantikan asli ni mcm ramai yg meragui.. ada yang kata muda2 dah repair muka sana sini

boleh je chuols scroll gambar di ig nya. Pastu banding sendiri asli ke tak.

sheols tak delete gambar lama. Even gambar masa sheols F4 pon ada je dekat google
Quote heythere123 15-11-2024 10:55 AM
cattiecute replied at 15-11-2024 09:11 AM
aku pun tak rasa dia cantik sangat
tapi lain orang lain tastenya
tapi tak dapat beza sangat muka d ...

mungkin iols antara yang terhijab dari nampak persamaan theyols. Sebab masa dorang berlakon sekali pon memang iols tak tertukar langsung
Quote cattiecute 15-11-2024 11:37 AM
heythere123 replied at 15-11-2024 10:55 AM
mungkin iols antara yang terhijab dari nampak persamaan theyols. Sebab masa dorang berlakon sekali ...

mebi sebab iols jarang tengok cite2 dorang ni kottu tak dapat beza
nampak sama je 2 orang tu
tambah2 ada kat tiktok dia , siti hariesa tu menari2.
tobat tak kenal mana satu.
Quote shernazz 15-11-2024 11:40 AM
Teringat.cite.korea..
Kena sidai.sebab scene last skali pastu suruh datang awal..pastu.diam2.ditangguhkan..
Cite ape tah yang ada kim soo hyun.tu
Quote heythere123 15-11-2024 12:04 PM
cattiecute replied at 15-11-2024 11:37 AM
mebi sebab iols jarang tengok cite2 dorang ni kottu tak dapat beza
nampak sama je 2 orang tu
tamba ...

haah, dorang pon banyak kali jugak buat tiktok together.

iols selalu layan drama siti khadijah, mungkin jugak kot jadi lebih familiar.
Quote beatgirlX 15-11-2024 03:17 PM
heythere123 replied at 15-11-2024 12:04 PM
haah, dorang pon banyak kali jugak buat tiktok together.

iols selalu layan drama siti khadijah, m ...

BFF dua org ni.. Tu kekadang sepesen je style
Quote pocongkiutss 15-11-2024 03:32 PM
cattiecute replied at 15-11-2024 09:11 AM
aku pun tak rasa dia cantik sangat
tapi lain orang lain tastenya
tapi tak dapat beza sangat muka d ...

Dia dgn siti hariesa nmpk la seiras

Tp hanah delicious vs peah beza laa..hanah jauh lg lawo
Quote Kancilkering 15-11-2024 03:48 PM
peah tu make up satu kaki tebal dia

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.191736 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top