CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak seronok masuk kerja, ada bos tengah marah" - Dynas Mokhtar

18-11-2024 08:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31770| Komen: 16


Tiada angin tiada ribut, pelakon Dynas Mokhtar meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir majikan yang tidak mampu mengawal amarah sehingga memberi kesan negatif kepada pekerja.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, berkata, emosi majikan yang tidak menentu boleh mempengaruhi mood serta produktiviti pekerja.

“Hari ini saya stres. Tak seronok sebenarnya bila awak masuk kerja dan ada orang tengah marah-marah, mesti akan beri kesan kepada mood.
“Mesti ada cara untuk menegur pekerja sebab semua itu akan memberi kesan terhadap mood pekerja itu,” katanya menerusi video dalam TikTok.

Perlu profesional dalam kerja, pelakon drama Susuk itu menasihatkan setiap majikan agar sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan untuk menjadi pemimpin yang mampu melahirkan kakitangan cemerlang.

“Apabila jadi begitu, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kualiti kerja dan automatik benda yang kita buat pada hari itu tidak akan menjadi bagus.

“Tak boleh nak buat kerja sepenuh hati dan hilang semangat sebab mood sudah lari.

“Jadi saya terfikir, apa jenis bos yang awak ingin jadi untuk pekerja awak? Itu persoalan saya untuk awak,” soalnya.

Pun begitu, Dynas tidak menyatakan secara khusus kepada siapa luahan tersebut ditujukan.

Rata-rata netizen senada dengan kenyataan ibu kepada tiga cahaya mata itu selain berpendapat majikan tidak sepatutnya menghempaskan kecamuk emosinya kepada pekerja secara semberono. 


Sumber - KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-11-2024 11:44 PM
Dia ni selalu dah bawak watak mak2 yg anak2 dah besar2.. padahal muda lagi..
Quote MistrezHermanaz 19-11-2024 08:46 AM
vibe muka dia garang , watak mak2 sorg lagi tu marissa yasmin, muda2 lagi dh dpt watak mak, yg tu lembut air muka nya
Quote SalenaGomez 19-11-2024 08:50 AM
MistrezHermanaz replied at 19-11-2024 08:46 AM
vibe muka dia garang , watak mak2 sorg lagi tu marissa yasmin, muda2 lagi dh dpt watak mak, yg tu le ...

Marisa tu slalu dpt watak mak mak moden. Yang duk kampung, nampak tua slalu pelakon lain slalu dpt. contoh fauziah nawi
Quote SalenaGomez 19-11-2024 08:52 AM
Perawankota replied at 18-11-2024 11:44 PM
Dia ni selalu dah bawak watak mak2 yg anak2 dah besar2.. padahal muda lagi..

Dynas ni rasanya dah 40+ kan. Ok je watak mak2 muda yang anak2 umur teenager … and n real life pon ada kan mcm tu
Quote Perawankota 19-11-2024 12:58 PM
SalenaGomez replied at 19-11-2024 08:52 AM
Dynas ni rasanya dah 40+ kan. Ok je watak mak2 muda yang anak2 umur teenager … and n real life po ...

Teens tu ok lg.. ari tu jadi mak tapi anak umur 30…
Quote phalanx 19-11-2024 01:07 PM
Perawankota replied at 18-11-2024 11:44 PM
Dia ni selalu dah bawak watak mak2 yg anak2 dah besar2.. padahal muda lagi..

Drama rtm zaman puasa pkp, dynas jadi mak azrel ismail. Beza umur setahun dalam real life.
Quote heythere123 19-11-2024 01:29 PM
Perawankota replied at 18-11-2024 11:44 PM
Dia ni selalu dah bawak watak mak2 yg anak2 dah besar2.. padahal muda lagi..


sheols jadi mak si zara zya dalam drama honeymoon comel sangat. Sebab sheols tak pakai makeup sangat so sharp features sheols tu tak menonjol
Quote hokeypokey 20-11-2024 01:47 PM
sape marah kau dynas???
Quote aavakateimani 21-11-2024 11:27 AM
mcm ni la kot muka kiwi bila dah tua
Quote aavakateimani 21-11-2024 11:28 AM
mcm ni la kot muka kiwi bila dah tua
Quote apedehal 21-11-2024 11:29 AM
aavakateimani replied at 21-11-2024 11:28 AM
mcm ni la kot muka kiwi bila dah tua

Kiwi tu sape nyahhh?5p buleh bayang dt 10 tahun nnt rupa dia
Quote aavakateimani 21-11-2024 11:49 AM
apedehal replied at 21-11-2024 11:29 AM
Kiwi tu sape nyahhh?5p buleh bayang dt 10 tahun nnt rupa dia

dewi yang skendel dgn jofliam
Quote pembacagosip 21-11-2024 12:22 PM
heythere123 replied at 19-11-2024 01:29 PM
sheols jadi mak si zara zya dalam drama honeymoon comel sangat. Sebab sheols tak pakai makeup sang ...

ye lawa sgt mmg watak mak dok kg tapi yg lawa baju elok
laki dia pak su samsul kan
best cerita ni
Quote heythere123 21-11-2024 12:51 PM
pembacagosip replied at 21-11-2024 12:22 PM
ye lawa sgt mmg watak mak dok kg tapi yg lawa baju elok
laki dia pak su samsul kan
best cerita ni

best, iols pon masa tu tengok gitu2 je tapi syok pulak sampai marathon.

tak sure la laki tu sape, tapi muka heols familiar la
Quote pembacagosip 21-11-2024 02:41 PM
heythere123 replied at 21-11-2024 12:51 PM
best, iols pon masa tu tengok gitu2 je tapi syok pulak sampai marathon.

tak sure la laki tu sape ...

i rasa rashdan baba la pelakon lelaki yg jadi apak zara
pelakon lama yg popular zaman produksi HVD spektra
Quote sharlenetexas 21-11-2024 03:02 PM
Kakak dt.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.046725 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top