Pelawak Achey mendedahkan isterinya Nor Hasanah Yahaya pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah bank selama tiga bulan ketika dia menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013. Menerusi Dol’s Podcast, Achey berkata isterinya melakukan kerana tersebut untuk membayar hutang. Katanya lagi, dia sedih apabila mendapat tahu isterinya bekerja untuk membayar sewa. “Masa aku dapat Bintang Mencari Bintang, bengkel memang terbiar sebab orang nak air tangan aku. Orang rumah aku uruskan, dia membayar sewa sampai satu tahap dia tak boleh bayar sewa dan deal dengan tauke untuk tangguhkan selepas tiga bulan. “Dia dah buntu sampai kerja sebagai tukang cuci dekat CIMB Labis, mula-mula tanpa pengetahuan aku tapi bila dapat tahu aku jadi sedih. Dia buat macam sebab tak nak orang keji aku, tak ada duit. “Sebab itu bila ada orang usik isteri aku walaupun sikit, aku tak boleh. Aku paling pantang dengan perkara itu,” katanya.
Sementara itu, Achey turut berkongsikan isterinya tidak pernah menggunakan duit hasil titik peluhnya selama tiga bulan sebaliknya memberikan kesemua gaji tersebut kepadanya. “Dia tak guna satu sen pun duit gaji selama tiga bulan untuk diri sendiri, pergi kerja naik motor duit minyak mak mentua aku akan bagi. Duit gaji memang semua dia bagi dekat aku. “Sekarang bila orang menindakkan orang rumah aku, kata-kata kesat berkaitan anak dan orang rumah aku didakwa mengambil kesempatan terhadap aku dah berjaya,” katanya. Sumber - Rotikaya |
red_velvet replied at 19-11-2024 10:57 AM
Okla i ade soft spot sikit ngan bini achey ni.. dia tak batak glemer nacam bini2 pelawak yg ada.. pa ...
red_velvet replied at 19-11-2024 10:57 AM
Okla i ade soft spot sikit ngan bini achey ni.. dia tak batak glemer nacam bini2 pelawak yg ada.. pa ...
annehuda replied at 19-11-2024 09:31 AM
tp mmg aku penah dengar, kalau korg join reality show ni mmg korg mcm tersepit sbb korg dh sign perj ...
ADVERTISEMENT