CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak 7 tahun maut, motosikal bapa di rempuh kereta mewah

19-11-2024 08:13 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10489| Komen: 17

 

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan kereta mewah selepas dirempuh dari belakang di Lebuhraya Bukit Jalil, di sini pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, ketika kejadian kanak-kanak perempuan itu membonceng motosikal bersama ibu dan bapanya.

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian kira-kira 9.50 malam motosikal ditunggangi tiga beranak warga tempatan itu dirempuh sebuah kereta mewah jenis BMW.

"Dalam kejadian itu penunggang motosikal dan pembonceng bersama anak mereka terjatuh di atas jalan.

"Ketiga-tiga mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam dan anak mangsa berusia 7 tahun meninggal dunia ketika Menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu video kamera papan pemuka berdurasi 29 saat tular di media sosial memaparkan motosikal terbabit dirempuh sebuah kereta mengakibatkan penunggang dan pembonceng terjatuh ke atas jalan raya.


Dalam video sama kelihatan pemandu kereta BMW terbabit terus memecut laju melarikan daripada lokasi kejadian.

Mohd Zamzuri berkata, pemandu kereta terbabit hadir ke Balai Trafik Kuala Lumpur bagi membuat laporan berhubung kejadian itu hari ini.

Menurutnya, lelaki tempatan berusia 31 tahun itu buat masa ini dibebaskan dengan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.


Sumber -  Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote afie_m 19-11-2024 08:55 AM
harap pemandu tu tak buat report palsu
Quote Thunderclouds 19-11-2024 08:58 AM
Xdpt nk aman² tarik selimut tido.
Terpaksa repot.
Nk klem insurans wat bekki kete.
Sah sengkek.
Quote mizruncing 19-11-2024 09:11 AM
ya Allahhh mintak jauh la benda ni dari family aku. hari2 baca berita kemalangan sampai maut. budak kecik plak tu yang jadi mangsa
Quote Supersirap 19-11-2024 09:13 AM
alahai, sebak bila baca insiden seperti ini, semoga si pelaku dapat ditangkap
Quote PULANGKAN 19-11-2024 10:12 AM
Dalam video sama kelihatan pemandu kereta BMW terbabit terus memecut laju melarikan daripada lokasi kejadian.
say no more. ini pembunuhan. darah dibayar darah, nyawa dibayar nyawa


Quote BoongaKertas 19-11-2024 10:17 AM
kita dah start kena buat mcm thailand buat psl jenayah mcm ni. kena bayar pampasan sewajarnya!
Quote hokeypokey 19-11-2024 01:02 PM
dh langgar ko lari terus ye..
Quote lanacondor 19-11-2024 01:50 PM
Semoga pelaku terima balasan seadil2nya. Salam takziah buat keluarga mangsa. Aamiiin
Quote mehmet 19-11-2024 02:11 PM
BoongaKertas replied at 19-11-2024 10:17 AM
kita dah start kena buat mcm thailand buat psl jenayah mcm ni. kena bayar pampasan sewajarnya!

Kan. Sini claim OKU shj. Walhal bawa kereta setan.
Quote noor2 19-11-2024 02:33 PM
Kes langgar lari ni....innalillah
Quote airfilterkotor 19-11-2024 03:56 PM
[youtube]-hH7Zjaxmdw[/youtube]

Motosikal:
rear light ada, cumanya bonceng sampai 3 orang.

Motokar:
cermin keliling gelap, tak guna signal, tak melulu, tak laju, brek dari jauh tapi tetap kau langgar orang depan.
Quote zehra2 19-11-2024 04:05 PM
Allahuakbar.. kesian nya lah anak.. mungkin tak pakai helmet ke.
moga dapat keadilan sewajarnya
Quote shernazz 19-11-2024 05:03 PM
Iols teringat kejadian depan mata iols kat puchong tekali
Masa tu takde traffic light lagi kat situ ..
Dan simpang tiga tu masih tak bz mcm.sekarang
Ada eksiden moto n lori..budak pecah kepala...mak dia dok pangku anaknya..
Moto dah hancur dah...
Luluh hati iols sebab budak lagi kan..dah terkulai kat situ .laki iols.nak tolong payungkan tengok2 dah ada yang tolong bg kain towel tutup mayat.adik.tu...
Lingkungan umur 2 tahun kalau tak.silap..
Teringat kejadian tu bila.baca tajuk.thread.ni

Huhuhuuuu
Quote Ms.Mangga 20-11-2024 12:21 AM
airfilterkotor replied at 19-11-2024 03:56 PM
Motosikal:
rear light ada, cumanya bonceng sampai 3 orang.


Dia main phone kot? Sbb nmpk mcm terbreak break. Lpstu jalan clear. Dia boleh je nk potong motor tu. Tp dia hentam jugak. Ke mabuk?
Quote airfilterkotor 20-11-2024 12:37 AM
Ms.Mangga replied at 20-11-2024 12:21 AM
Dia main phone kot? Sbb nmpk mcm terbreak break. Lpstu jalan clear. Dia boleh je nk potong motor t ...

Kalau tak mabok, main henpon. Dua ni jer yang aku buleh nampak.
Quote BoongaKertas 20-11-2024 08:46 AM
mehmet replied at 19-11-2024 06:11 AM
Kan. Sini claim OKU shj. Walhal bawa kereta setan.

lambat nau menteri2 pasola kat msia ni nak amek action pinda akta. berapa ramai lg nk kena mati sbb hanat2 on the road mcm ni. tu tak kira yg mabuk lg. kes haritu budak tu sampai kena potong kaki kena lggr dgn pemandu mabuk. eh setannya.
Quote gangerina 20-11-2024 10:22 AM
airfilterkotor replied at 19-11-2024 03:56 PM
Motosikal:
rear light ada, cumanya bonceng sampai 3 orang.

tu bukan tak melulu itu salah bajet space nak masuk lane namanyaa....nak kejar masuk lane sebelah depan keta yg record dash cam ni...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.040939 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top